Apa Yang Kita Perlu Tahu Tentang Demam Denggi

By Zahirah Dzahir - 6/28/2019 04:50:00 PTG



Assalamualaikum

Demam Denggi bukan boleh kita buat mudah. Bahaya demam denggi ni sebab ia boleh bawa kepada kematian. La, mana –mana tempat kita kan dengar tentang demam denggi ni. Paling susah hati kalau tiba-tiba kementerian kesihatan buat fogging di kawasan taman. Tahu dah mesti ada orang yang masuk wad akibat demam denggi. . So..Mommy  nak share sikit pasai info demam denggi ni dari http://www.myhealth.gov.my



 
Pengenalan tentangDemam Denggi

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.

Tanda dan gejala
 

·        Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
·        Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
·        Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
·        Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
·        Muntah dan kurang selera makan.


Pemastian diagnosa penyakit

Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).

Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.

NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.

Rawatan


·        Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
·        Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
·        Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
·        Mandi jerlum.
·        Antibiotik tidak diperlukan.


Demam Denggi Berdarah

Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.

Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.

Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.

Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.

Faktor penyumbang

Intravena:
 
·        Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak.
·        Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru.
·        Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan penularan berlaku dengan cepat.


Pencegahan

Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.

Elakkan gigitan nyamuk dengan:


·        Gunakan ubat nyamuk.
·        Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
·        Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
·        Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
·        Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.

Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
  
·        Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
·        Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.


Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:
  •     Muntah berlarutan/berpanjangan.
  •     Sakit perut.
  •     Kurang bermaya/sawan.
  •     Sesak nafas.
  •     Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
  •     Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.
Maklumat lanjut
  •     Sila berjumpa Pegawai Perubatan atau Pakar Pediatrik.
  •     Pejabat Kesihatan berhampiran.
  •     Klinik Kesihatan berhampiran.
  •     Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit melalui laman web, www.dph.gov.my atau telefon : 03-8883 3888.
sumber


6 tips bagi rawatan alternatif sebagai penawar demam denggi:

    Minum air suam/ air masak dalam kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari

    Reneh sup ketam sama ada ketam laut atau ketam nipah. Boleh google Khasiat Sup Ketam untuk ketahui lebih lanjut.

    Jus daun betik juga dikatakan mujarab sebagai penawar denggi dengan menumbuk daun betik matang sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Berikan satu sudu kecil jus kepada pesakit

    Jus buah kiwi juga boleh dicuba dengan mengisar buah kiwi yang segar dan minum jusnya.

    Jus kurma juga sama konsep dengan buah kiwi tadi. Kisar bersama air suam dan berikan kepada pesakit untuk minum pagi dan petang.

    Makan tembikan dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya konsep ini adalah untuk mendapatkan bekalan air bagi mengantikan cecair tubuh dan sifat buah tembikai itu sendiri yang sejuk.


~~~~~~~~~

Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

3 orang berborak di sini!

  1. terima kasih info sis :)

    harap dijauhkan , sebab tengok denggi ni boleh bawa maut huhu

    BalasPadam
  2. Numpang promo ya Admin^^
    ajoqq^^com
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajoqq^^com...
    segera di add Whatshapp : +855969190856

    BalasPadam