Persediaan Diri Anak Ke Sekolah

1/09/2015 08:59:00 PG
Assalamualaikum..


Lagi beberapa hari lagi sesi persekolahan 2015 dah pun nak mula. Boleh dikatakan setiap kali sesi persekolahan baru dibuka pastinya ada di antara mak bapak yang menghadapi dilema dengan permasalahan yang dibawa oleh anak-anak. Tambah pulak bagi yang baru mula bersekolah cam masuk tahun 1 dan prasekolah. Kadang2 tengok mak bapak yang takut lebihnya, takut anak tak leh survive kat sekolah. Anak plak yang cool lebih.Macam anak saya, Haziq..masuk tadika ja meraung bagai nak rak, bila masuk tahun 1 cool ja..suruh kita balik lagi.

Ada juga sesetengah anak-anak yang mula tunjuk perangai cam menangis setiap kali ingin ke sekolah, ada yang bersifat terlampau malu dan ada juga yang masih ingin menghisap puting atau botol susu di sekolah. Sekarang, mana2 mak bapak pun, sebelum masuk sekolah akan terang habis habisan kat anak pasai nak masuk sekolah ni, terang bagi depa faham.

Saya ada baca tips2 persediaan sebelum ke sekolah..jom kita baca and share..

* Latih anak bertanggungjawab terhadap barang-barang sendiri seperti beg sekolah, buku teks, alat tulis, buku tulis dan sebagainya.

 

* Beri peluang anak jalin hubungan baik bukan sahaja dengan ahli keluarga tetapi juga bukan keluarga dan rakan sebaya untuk memupuk kemahiran bergaul dan berjaya di sekolah.
 

* Gunakan bahasa yang sempurna di rumah kerana penguasaan sesuatu bahasa dengan baik dapat membantu meningkatkan kefahaman anak di sekolah.
 

* Asuh anak tentang kemahiran berpakaian khususnya apabila bertukar pakaian untuk latihan jasmani serta cara melipat dan menyimpan pakaian di tempat selamat.
 

* Latih anak menggunakan tandas secara betul seperti amalan beristinjak, menanggalkan pakaian dan memakai semula serta amalan mencuci tangan selepas ke tandas.
 

* Selain mengajar menggunakan telefon awam, bekalkan anak-anak dengan nombor telefon yang betul dan minta mereka hafal beberapa nombor seperti rumah, pejabat atau telefon genggam.
 

* Terangkan keadaan bagaimana mereka boleh menghubungi ibu bapa seperti sakit perut, demam, tertinggal bas, waktu persekolahan tamat lebih awal dan sebagainya.
 

* Latih anak-anak menyampaikan pesanan yang betul dalam bentuk lisan atau bertulis agar apa yang dipesan guru kepada ibu bapa dapat diingat dengan betul.
 

* Terangkan keadaan bila dan bagaimana untuk meminta bantuan guru atau orang dewasa seperti terjatuh, terluka, dipukul murid dan sebagainya.
 

* Perkenalkan anak dengan nilai wang dan banyak mana yang patut diberi apabila membeli makanan di kantin sekolah.
 

* Latih anak mengawasi waktu bila seharusnya mereka patut bangun tidur, mandi, gosok gigi, dan berpakaian untuk ke sekolah
 

* Ajar anak anda cara membaca jadual waktu sekolah. Mulakan dengan menunjukkan buku-buku berkaitan dan mengemaskannya untuk anak anda.

- Mummy Ira -

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.