Apa Salahnya Bergelar Mr Mama

By Zahirah Dzahir - 10/22/2014 05:56:00 PTG

 Assalamualaikum

Gerunnya rasa hati tatkala membaca pelbagai berita mengenai nasib bayi kecil yang meninggal dunia akibat tersedak susu di taska, didera oleh pengasuh, terjatuh di rumah pengasuh dan pelbagai lagi kejadian ngeri.

Sebagai ketua keluarga berita tersebut amat menggusarkan hati. Apatah lagi jika baharu dikurniakan bayi yang comel. Percaya atau tidak dalam menghadapi situasi ini, ada keluarga yang mengambil keputusan drastik untuk mengelakkan daripada perkara buruk terjadi kepada si comel tersayang.

Biasanya si isteri yang berkorban berhenti kerja demi memberi tumpuan menjaga anak tetapi pada masa kini ia bukan lagi suatu perkara yang baharu apabila si suami selaku ketua keluarga pula yang rela hati melepaskan kerjaya di pejabat untuk bergelar Mr Mama.

Walaupun umum sedia maklum tugas hakiki seorang suami adalah bekerja mencari nafkah untuk keluarga di luar rumah dan menyediakan keperluan di dalam rumah tangga. Namun tuntutan kehidupan hari ini mencetuskan fenomena baharu Mr Mama yang menjadikan suami pengurus rumah tangga.

Salahkah? Tidak mengapa, kewujudan Mr Mama bukan satu kesalahan. Mungkin bagi sesetengah masyarakat yang masih bersikap konservertif dan ortodoks akan memandang serong peranan baharu Mr Mama. Mereka lebih terbiasa dengan situasi isteri/ibu yang perlu duduk di rumah menguruskan rumah tangga dan anak-anak.

Tetapi jika ia sudah disepakati oleh kedua suami dan isteri, ia tiada sebarang masalah. Bahkan biasanya Mr Mama bukan sekadar menjaga anak dan menguruskan tugas-tugas rumah tangga, mereka juga bekerja sendiri dari rumah. Maka, jangan salah anggap kerana Mr Mama masa kini juga punya punca pendapatan sendiri dan tidak bergantung kepada si isteri sahaja. Bezanya mereka bekerja sendiri dari rumah dan punya masa lebih fleksibel.

Bertuahlah bagi isteri yang punya suami sanggup berkorban meninggalkan kerjaya hebat di pejabat demi memastikan keselamatan anak-anak dan kesejahteraan rumah tangga dalam keadaan selamat dan selesa.

pa n ma

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!