Tips Penjagaan Kucing Bunting Buat Mereka Yang Pertama Kali Membela Kucing
By Zahirah Dzahir - 10/28/2018 09:18:00 PTG
Assalamualaikum
Mommy ada jumpa 1 artikel dalam fb yang menarik iaitu tentang cara kita nak jaga kucing bunting, maksud dia kucing tu mengandung. Maybe ada yang dah tahu dan ada yang tak tahu. Macam Mommy sefamily ni 1st time bela kucing. Kucing betina pula tu, lagi tak tahu bab-bab kucing ni. Kucing Mommy ni nama dia Kitty, ada yang kata muda lagi ni yang bunting. Rasanya baru 11 bulan umoq Kitty. Baru ja bela, baru nak ambik faham tentang kucing, baru Kitty nak galak-galak main manja. Tiba-tiba dah bunting. Tapi nak buat macam mana, dah terlanjur terima je laa. Tapi bagus juga ada artikel camni, sekurangnya dapat info sikit macam mana cara nak jaga Kitty. Jom baca..
TIPS
PENJAGAAN KUCING BUNTING
Apabila kucing
betina berada dalam kitar heat dan berpeluang untuk mengawan, kebarangkalian
besar adalah dia akan mengandung. Purata tempoh bunting kucing adalah sekitar
63-65 hari. Beberapa perubahan fizikal akan kelihatan pada kucing betina jika
dia mengandung.
Kucing jantan
tidak mengambil peranan dalam penjagaan anak kucing dan adakalanya sesetengah
kucing jantan akan bertindak agresif terhadap anak kucing. Sebaliknya pula,
kucing betina akan menjadi sangat defensif dan melindungi anak-anaknya,
termasuk daripada anda sendiri.
Jika anda
sedang menjaga kucing betina yang melahirkan anak, anda perlu lebih
berhati-hati dalam mengendalikan anak-anaknya kerana ibu kucing mungkin akan
menjauhi anak kucing jika bau anda kuat melekat pada badan anaknya. Sesetengah
ibu kucing juga akan menjadi agresif terhadap anda jika anda cuba mendekati
anaknya semasa kehadiran ibunya.
TANDA –
TANDA KUCING BUNTING
Pemilik kucing
yang tidak berpengalaman mungkin terlepas pandang tanda kucing betina berada
dalam keadaan heat. Sesetengah kucing memperlihatkan tand-tanda yang jelas
berada dalam heat berbanding kucing lain. Jika anda mempunyai kucing yang
berada dalam heat dan kemudian berhenti dan tiba-tiba kitar itu tidak
kelihatan, maka kucing betina anda kemungkinan besar sudah mengandung.
Kebiasaannya,
kucing betina tidak memerlukan sebarang penjagaan khusus ketika tempoh bunting.
Mereka kelihatan boleh menjaga diri masing-masng. Selain dari memberikan
makanan yang mereka mahukan dan melindungi mereka dari penyakit dan parasit,
selebihnya boleh diserahkan kepada mereka sahaja untuk menjaga dirinya.
Disebabkan
tempoh mengandung hanyalah sekitar 9 minggu, maka segalanya akan berlaku dalam
keadaan singkat. Antara tanda-tanda yang kelihatan adalah:
• Peningkatan
selera makan
• Puting susu
menonjol dan kemerahan (sekitar 2 minggu selepas mengawan)
• Bahagian
perut semakin membulat
Jika anda
khuatir, anda boleh bawakannya ke vet untuk pengesahan lanjut. Jika vet
mempunyai x-ray, anda boleh mengimbasnya pada hari ke 50-54 untuk melihat
jumlah anak kucing di dalamnya. Purata kelahiran adalah antara 3-5 ekor anak
kucing tetapi bergantung kepada keadaan juga lah.
TANDA –
TANDA KUCING NAK BERANAK
Kita boleh
menjangka bahawa si ibu kucing akan melahirkan anaknya dalam masa terdekat
apabila dia menunjukkan kecenderungan mencari dan menempatkan sarang bagi
kelahiran anak-anaknya. Susu akan kelihatan pada putingnya lebih kurang 1-2
hari sebelum melahirkan anak. Anda juga boleh memeriksa suhu badan ibu kucing
pada bahagian dubur sebanyak 2 kali sehari jika anda mahukan kepastian. 24 jam
sebelum kelahiran, suhu badannya akan menurun pada tahap 37 darjah Celsius.
KEPERLUAN/PENYEDIAAN
Kotak Kelahiran
atau tempat yg selesa untuk si ibu melahirkan. Kucing biasanya suka tempat yang
gelap dan tidak mudah dilihat untuk melahirkan anak, jadi, sediakan satu kotak
kosang yang dialas kertas di mana-mana tempat tersorok dalam rumah anda ya.
Sarung tangan
yang steril. Beli je dari farmasi berdekatan. Mana la tau kalau kita diperlukan
untuk membantu menyambut kelahiran nanti…heheheh…jadik bidan terjun! Heuhuhu
Pipet atau
jarum suntikan untuk membantu buang mucus pada bhg mulut dan hidung anak kucing
yang dilahirkan…biasanya Persian yg tak pandai jaga anak susah nak menjilat…nak
tak nak, kita yang perlu bantu ya. Hehe
Dental floss
atau benang.
Antiseptik
untuk disapu pada tali pusat anak kucing.
Gunting
Tuala Bersih
Pastikan no
telefeon vet anda mudah dicari untuk kes kecemasan.
Susu gentian
untuk si anak kucing. Hanya perlu disediakan sebagai langkah berjaga-jaga
sekiranya si ibu tidak mahu menjaga anak yang baru dilahirkannya. Jarang
berlaku tetapi kemungkinan tetap ada ya.
APA
YANG BERLAKU KETIKA KELAHIRAN KUCING
Masa yang
diambil untuk kelahiran bergantung kepada samada ibu kucing pernah melahirkan
anak atau berapa banyak anak kucing yang dilahirkan pada masa itu. Tempoh
kelahiran boleh berlaku dalam masa beberapa minit, jam malah mungkin juga
seharian jika anaknya ramai.
Anda boleh
melihat lendiran mukus dikeluarkan apabila proses kelahiran bermula.
Contraction akan berlaku dan anak kucing akan dilahirkan. Ibu kucing akan
menjilat dan membuang lendiran pada anak kucing. Jika tidak, anak kucing akan
lemas dan jika ini berlaku maka anda perlulah campurtangan untuk mengelakkannya
mati. Ibu kucing kemudiannya akan menggigit tali pusat yang menyambungkan anak
kucing.
Semasa anak
kucing dilahirkan, berat mereka hanyalah beberapa gram sahaja dan sangat-sangat
terdedah kepada bahaya. Mereka amat bergantung kepada ibunya untuk terus hidup
kerana mata mereka masih tertutup, telinganya masih belum berfungsi dan mereka
hanya mampu merangkak.
Ibu kucing akan
meneruskan kelahiran beberapa anak kucing lagi. Dia akan terus menjilat dan
membersihkan anak-anaknya dan secara perlahan-lahan akan menolak mereka ke arah
puting susunya. Anak kucing mampu menyusu dalam masa kurang 1 jam selepas
dilahirkan.
Anak kucing
akan menerima imuniti awal pencegahan penyakit dengan cara menyerap antibodi
yang ada pada kelenjar susu ibunya. Anak kucing hanya mampu menyerap antibodi
yang ada pada badan ibunya dalam masa 24 jam terawal semasa ia dilahirkan. Maka
adalah amat penting bagi anak kucing untuk menyusu dari ibunya secepat mungkin
selepas dilahirkan.
Ibu kucing
mungkin akan memakan tali pusat anaknya, walaupun kelihatan agak jijik tetapi
ini sebenarnya adalah perkara biasa sahaja. Ibu kucing akan mengalami lelehan
yang keluar dari faraj dalam tempoh 2 minggu atau kurang selepas melahirkan
anak. Lelehan ini akan kelihatan seperti darah dan mungkin juga berwarna hijau
dan berlendir. Tetapi lelehan ini tidak sepatutnya kelihatan seperti lendiran
pekat berwarna putih kekuningan seperti nanah atau bisul. Jika ini berlaku,
bawa ibu kucing ke klinik vet seberapa cepat.
Jika kucing
anda (si ibu) suka merayau-rayau, cuba kurungnya di dalam bilik bersama-sama
dengan anaknya supaya mereka tidak terbiar. Anda juga perlu prihatin dengan
masalah kutu, jika si ibu mempunyai kutu, ia boleh merebak ke anak kucing dan
boleh menyebabkan anemia yang mengancam nyawa anak kucing.
KESULITAN
BERANAK
Seperti mana
manusia, kucing juga boleh mengalami kesulitan semasa melahirkan anaknya.
Dystocia adalah istilah yang merujuk kepada proses kelahiran yang bermasalah.
Kucing yang sudah tidak melahirkan anak dalam masa yang panjang, atau mempunyai
anak kucing yang tersangkut dan menyembul keluar dari vulva adalah antara
situasi yang tergolong sebagai dystocia.
Ibu kucing yang
sakit atau lemah, anak kucing berada dalam keadaan songsang dan anak kucing
yang terlalu besar untuk melalui salur kelahiran dan anak kucing yang mati
dalam rahim dan menghalang anak kucing lain untuk keluar adalah antara punca
dystocia.
Jika ibu kucing
telah mengalami contraction selama 1 jam tanpa melahirkan anak, anda perlu
mendapatkan bantuan veterinar. Doktor akan mengimbas X-ray untuk melihat
kedudukan anak kucing dan mengenalpasti sebarang keadaan luarbiasa padanya.
Doktor juga mungkin akan memeriksa darah ibu kucing untuk mengetahui masalah
seperti kekurangan kalsium atau gula, yang merupakan antara punca menghalang
ibu kucing untuk mengalami contraction secara normal.
Jika klinik itu
mempunyai kemudahan ultrasound, ujian ini dapat mengenalpasti degupan jantung
anak kucing dan lain-lain masalah. Doktor mungkin akan membuat keputusan untuk
menyuntik ibu kucing dengan dadah atau menggunakan kaedah pembedahan caesarian,
bergantung kepada situasi. Kebiasaannya dadah akan diberikan untuk mendorong
kelahiran dan jika tidak berjaya maka pembedahan perlu dilakukan. Namun begitu,
pembedahan juga meningkatkan risiko kematian anak kucing (tetapi ia juga perlu
untuk menyelematkan nyawa ibu kucing).
2 orang berborak di sini!
Wahhh gud info !! Sebelum ini masa kat rumah ni ada kucing, kita tau-tau je dah terberanak. Tapi sebelum itu dia mengiew dan lalu-lalang depan kita banyak kalilah
BalasPadamBagus perkongsian ini untuk mereka yang baru nak bela kucing..
BalasPadam