10 Sebab ‘Susu Ibu Is The Best

By Zahirah Dzahir - 10/14/2018 10:01:00 PTG

Assalamualaikum..



10 Sebab ‘Susu Ibu Is The Best
 
1) Susu ibu membekalkan nutrien terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.

2) Susu ibu melindungi bayi dari SIDS (Sudden Infant Death Syndrome atau bayi mati mengejut).


3) Susu ibu, terutamanya kolostrum, menguatkan sistem imuniti bayi. Ia melindungi bayi daripada jangkitan seperti cirit-birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.

4) Susu ibu mudah diperoleh pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah disediakan. Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak.

5) Menyusu menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa.

6) Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ia mengandungi oxytocin (‘love hormone’) yang membantu membina hubungan erat antara ibu dan bayi.

7) Bayi yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. Bayi kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk.

8) Ia membakar lebih dari 500 kalori sehari. Jadi, menyusu badan adalah cara paling cepat untuk anda menurunkan berat badan selepas bersalin.

9) Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.

10) Susu ibu adalah 100% percuma dan menjimatkan kos perbelanjaan anda.
Susu ibu memang yang TERBAIK. Buat ibu yang berazam ingin menyusukan anak sehingga umur 2 tahun, teruskan usaha dan jangan pernah jemu untuk terus berdoa kepada Allah. Mudah-mudahan dilimpahi dengan susu yang banyak dan jangan cepat berputus asa. Setiap kesulitan itu ada jalan penyelesaianya dan semua itu bergantung atas kehendak dan keazaman masing-masing.




~~~~~~~~~
Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

6 orang berborak di sini!

  1. Bagus sgt susu ibu. Anak2 lebih sihat dan pintar. Semoga dipermudahkan proses menyusu buat semua ibu2 yang menyusukan anak2.

    BalasPadam
  2. Susu ibu memang terbaik.. Beruntung mereka yang dapat menyusukan anak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..moga dipermudahkan buat ibu² yang menyusu anak ni..

      Padam