Assalamualaikum..
Kenapa kita kena cipta banyak² kenangan dengan orang yang kita sayang
Bukan nak tayang tapi nak dijadikan kenangan. Sama ada kita yang tiada atau org yang kita sayang dah tiada.
Ya..memang akan sedih bila kenang kembali semua tu. Maybe ada yang ok ada yang tak. Sekurang²nya ia akan jadi kenangan yang paling berharga bila kita atau mereka pergi buat selamanya.
*Mommy antara salah seorang yg dalam golongan tak boleh nak tengok gambar² kenangan lalu walaupun kenangan tu yang membahagiakan. Hati akan teringat² sedih meruntun jiwa. Lebih mudah kalau ingat² lupa kenangan itu. 

Masing² ada cara nak cipta kenangan masing² bersama orang² yang tersayang. Jangan buang masa. Cipta banyak kenangan, moga kenangan itu menjadi salah 1 kenangan yang paling berharga buat kita semua.
Alfatihah buat mereka semua yang telah pergi meninggalkan kita.
Panduan Untuk Ibu Bapa Bila Berbasikal Bersama Bayi /Anak Anda | Mohd Dziehan Mustapa
8/08/2021 10:31:00 PG
Assalamualaikum..
NAIK BASIKAL BERSAMA-SAMA BABY
Kisah dunia berbasikal sejak dua-tiga minggu ini menjadi tumpuan dan buah mulut ramai pihak. Pelbagai isu timbul dan disuarakan. Ditambah pula dengan insiden yang tidak diingini berlaku melibatkan individu berbasikal.
Oh yer, saya ini juga individu baru dalam dunia berbasikal. Namun saya bertuah ada sifu dan Kawan-kawan yang betul-betul menitik beratkan isu keselamatan semasa berbasikal.
Namun saya tertarik membuat sedikit ulasan dan nasihat berdasarkan rujukan dan pembacaan berkaitan membawa baby berbasikal.
Tular sekeping gambar menunjukkan individu berbasikal membawa anak (tidak diketahui umur) menggunakan "baby carrier backpack" di bahagian belakang sambil berbasikal di jalan raya.
Semua perlu tahu bahawa amalan menggunakan "baby carrier backpack" untuk bawa anak bersama-sama berbasikal adalah amalan yang salah mengikut "American Academic Paediatric (AAP)". Malah kita lihat sendiri pun kita tahu antara bahaya yang boleh mengundang.
Membawa bersama-sama sikecil menaiki basikal dewasa boleh menyebabkan basikal tersebut tidak stabil dan meningkatkan masa untuk basikal berhenti ketika" braking".
Kecelakaan boleh berlaku pada bila-bila masa dalam apa sahaja kelajuan semasa menunggang basikal walaupun dalam situasi kayuhan yang santai. Situasi ini boleh menyebabkan kecederaan yang ketara kepada individu penunggang basikal dan anak yang menunggang bersama-sama.
Berikut adalah sedikit garis panduan untuk mengurangkan, tetapi tidak menghindari, risiko kecederaan berbasikal bersama-sama anak.
1) Bayi yang berumur kurang dari 12 bulan terlalu kecil dan tidak sesuai untuk duduk di tempat duduk belakang mahupun di boleh membawa bersama-sama menaiki basikal. Membawa bayi menaiki basikal menggunakan "baby carrier backpack" / beg galas (depan/belakang) juga tidak dibenarkan dan amalan yang salah.
2) Anak-anak yang berusia 12 bulan hingga 4 tahun yang boleh duduk dengan baik tanpa disokong dan lehernya cukup kuat untuk menampung berat helmet ringan di kepala boleh dibawa berbasikal bersama-sama menggunakan treler kanak-kanak atau tempat duduk khas di belakang.
3) Tempat duduk khas yang dipasang di belakang pula mestilah :



4) Sebaik-baiknya menaiki basikal bersama-sama sikecil di taman, di kawasan laluan basikal, atau di jalan raya yang lengang tanpa kenderaan. Elakkan menunggang di jalan raya yang sibuk dan dalam keadaan cuaca buruk. Kayuh dengan berhati-hati dan dalam kelajuan yang rendah sahaja.
5) Hanya individu dewasa sahaja yang boleh membawa kanak-kanak menaiki basikal bersama-sama. Kanak-kanak dewasa (abang/kakak) tidak digalakkan mengayuh basikal sambil membawa kanak-kanak kecil.
6) Helmet basikal khas untuk bayi yang ringan harus selalu dipakai oleh sikecil untuk mencegah atau mengurangkan kecederaan kepala. Helmet styrofoam kecil yang memenuhi standard dan piawaian pihak berwajib. Di Malaysia perlulah mendapatkan kelulusan SIRIM.
7) Pastikan sikecil mesti diikat ke tempat duduk basikal dengan tali pinggang yang kukuh.
Ingat bahawa risiko kecederaan serius masih boleh berlaku semasa anda membawa anak kecil menaiki basikal. Perlu sentiasa berhati-hati.
Bersukan dan beriadah itu bagus untuk kesihatan fizikal dan mental. Namun isu keselamatan tidak boleh diambil ringan terutama apabila membawa baby bersama-sama dalam keadaan bergerak (berlari/berbasikal)
Saya juga pernah menulis dahulu berkaitan membawa baby berlari dalam event larian sambil dengan menggunakan "baby carrier backpack" ini
Semoga penulisan saya kali ini memberi sedikit informasi dan nasihat buat kita semua. Elakkan cemuhan, berikan nasihat secara baik. Semoga bermanfaat buat semua.
Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia
249
Apa Yang Kita Perlu Faham Tentang LEBAM @ HEMATOMA
8/01/2021 10:19:00 PG
Assalamualaikum..
Hasil perkongsian dari Dr Arisman tentang LEBAM @ HEMATOMA
𝐋𝐄𝐁𝐀𝐌 = 𝐇𝐄𝐌𝐀𝐓𝐎𝐌𝐀










Sekiranya berlaku hematoma yang teruk, maka perlu;




.
.





Sebarang lebam yang muncul boleh jadi bahaya kepada nyawa kita. Dapatkan konsultasi pertama dengan doktor lebih awal. Jangan biarkan selepas beberapa hari baru mencari rawatan.
.
Dr. Arisman, MD.
“Sama-sama belajar”
Medical Mythbusters Malaysia
Assalamualaikum..
Salah 1 kesalahan terbesar mak ayah ni bila mana depa malu anak² tak berjaya, anak² ada masalah dalam hidup. Bila difikir balik apa yang nak dimalukan. Anak² kita kot. Macam mana jadinya depa. Depa tetap anak kita.
Jangan selama ni kita dok show off apa yang kita ada apa yg kita buat..tiba mai tang anak kita ada masalah, kita down. Malu bila yg lain berjaya anak kita tak. Kita kata kita ikhlas tapi dalam masa yang sama kita down kita frust.
Jangan kita selalu ulang. Apa lagi yang tak cukup, semua depa dapat. Kita bagi macam² tapi dalam masa yang sama kita tak ambik faham dan peduli apa yang si anak tu rasa. Kita hanya kisah apa yang kita rasa ja.
Jangan ambil mudah bila si anak tu tak mau berkomunikasi, tak mau bercampur..hanya berkurung dalam bilik. Selalu tanya khabar.. tanya ok tak. Kalau kita selalu tanya khabar orang takkan kita tak boleh tanya khabar anak kita sendiri.
Jangan ingat bila depa anak kita..dok 1 rumah.. kita dah tau & faham dalam luar anak² kita. Kita hanya nampak mereka membesar depan mata kita tapi kita tak tau dalaman depa.
Ya..ada sesetengah anak² ni semakin membesar remaja..depa lebih suka buat hal sendiri tak suka kita masuk campur. Tapi dalam masa yang sama..kita pula ambil kesempatan, biarlah janji ada depan mata. Kita tahu apa yang depa buat. Tu yang salahnya..Yang betulnya kita tak tahu lansung.
Ya..anak² pun ada privacy depa sendiri. Ada benda yang kita boleh buat tak tau & ada benda yang memang kita perlu ambik tau.
Cari jalan macam mana untuk kita tau tentang depa. Kalau kita boleh prosah up macam² apa yg kita buat. Takkan kita tak boleh prosah ambik tau psai depa.
Jangan bila dah terjadi sesatu masalah..orang bertanyakan hal untuk ambil berat. Kita berasa dan salahkan orang bila orang tak faham apa yg kita rasa. Sedangkan kita sendiri pun tak faham apa yang ank² rasa. Kita frust macam mana pula dengan frust anak kita.
Bila dah jadi mak ayah ni. Hal tentang anak² memang akan buat kita susah hati. Memang boleh buat kita nangis. Hari² kita akan fikir tentang depa. Kita pun dalam proses belajar dan mengajar untuk menjadikan semuanya lebih baik.
Berjaya atau tak anak² tu. Bila kita dah tak dak nanti..
depa juga yg akan mandikan kita..
solatkan jenazah kita..
usung kita ke tanah perkuburan..
turunkan kita ke liang lahad..
talkinkan untuk kita..
mendoakan kita..
So..berbanggalah dengan mereka.
Panjang nau karangnya 

Just peringatan untuk diri sendiri, Mama dan si Abah yang masih belajar menjadi parent yang 
terbaik
buat anak². Bukan punya harta yang banyak. Hanya berusaha yang terbaik
buat mereka. Takkan nak rasa sorang². Kena bagi orang lain rasa sama 
Apa pun tahniah buat anak² yang dapat sambung belajar. Mana yg tak dapat tu jangan susah hati. Akan ada rezeki masing².
moga dipermudahkan semua urusan kita.
~~~~~~~~
Mommy Ira