Assalamualaikum..
Kita ni kalau boleh guna air bukan nak stop dah. Tambah pula hari-hari kita dok guna air. Nak mandi, basuh membasuh, mana anak nak main air lagi. Kiranya penggunaan air tu non stop. Guna-guna la juga tapi kena tahu cara nak berjimat air. Tambah pula dengan la air kerap tak dak. Jenuh baawa timba tunggu lori pi ambik air. Apa kata mulai saat la, kita belajar macam mana nak jimatkan air.
Bilik mandi
* Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.
* Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan. Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram taman.
* Tutup pancuran mandian ketika bersabun.
Tandas
* Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memilih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan untuk mengurangkan air yang dicurah.
* Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.
* Sentiasa melakaukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran.
* Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air berwarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan.
Sinki
* Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur.
Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas.
* Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan air.

Dapur
* Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki.
* Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.
* Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk
* Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir
* Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.
Taman
* Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.
* Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.
* Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan. Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.
* Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca.
* Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.
* Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.
* Pastikan ketinggian rumput di taman lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.
* Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.
* Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman.
Garaj
* Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah.
* Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya.
Cara-cara menjimatkan air lain
* Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda.
* Sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.
* Maklumkan sebarang kerosakkan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta.
* Galakkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.
* Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.
* Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, di taman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah.
Sumber: FOMCA

Antara Teknik Belajar Yang Boleh Dijadikan Panduan Agar Cemerlang Dalam Pelajaran
10/06/2019 10:45:00 PG
Assalamualaikum..
Belajar ni tak kira usia. Dari kecil hingga dewasa malah warga emas pun boleh belajar. Tapi untuk pelajar. perlunya belajar dan berusaha untuk cemerlang dalam pelajaran.
google
Dan kita sering tertanya-tanya apakah resipi terbaik untuk cemerlang dalam
pelajaran. Adakah kerana kepandaian semula jadi ataupun sikap rajin
memungkinkan seseorang boleh berjaya.
Ramai ahli akademik percaya, kejayaan seseorang bukan hanya bergantung pada anugerah semata-mata, tetapi perlu diselarikan juga dengan teknik betul sewaktu mengulang kaji.
Teknik yang betul akan memberi kelebihan kepada pelajar untuk mencipta kecemerlangan sekali gus memenuhkan masa mengulang kaji dengan kualiti.
Antara teknik belajar yang boleh dijadikan panduan ialah;
1. Pilih suasana belajar tenang dan selesa. Jangan memilih suasana bising atau banyak gangguan kerana akan menjejaskan tumpuan.
2. Memilih masa yang sesuai untuk mengulang kaji contohnya pada waktu awal malam.
3. Memperuntukkan masa sekurang-kurangnya dua jam untuk mengulang kaji secara serius.
4. Tumpukan sepenuh perhatian waktu pembelajaran di sekolah terutama ketika guru sedang mengajar.
5. Menyusun atur semua nota dengan kemas, bersih serta mudah dibaca. Nota yang tidak teratur hanya akan memeningkan lagi tumpuan pelajar.
6. Cari teknik sesuai supaya lebih faham antaranya membaca, menghafal dan memahami. Istilah atau nota ringkas yang penting perlu digariskan.
7. Membuat jadual belajar. Pastikan jadual yang dibuat itu boleh diikuti.
8. Jangan bazirkan masa dengan melakukan perkara tidak berfaedah.

Kerap kali kita dengar tentang maalah DESPERASI ni. Mommy rasa la lagi kerap kita dengar tentang masalah ni. Bukan kat Malaysia ja yang ada DESPERI. Manusia sedunia mengalami masalah yang sama. Jadi perlunya kita ambil tahu tentang masalah ni. sekurang apa -apa yang berlaku depan mata kita, kita dapat menghadapinya. So, Mommy ada di fb Najmi Nawawi tentang
10 tanda DEPRESI. Jom baca..
10 tanda DEPRESI. Jom baca..
Mengenalpasti tanda-tanda awal pastinya dapat membantu ramai pejuang depresi dan ahli keluarga mereka. Setidaknya mereka tahu tentang depresi dan boleh mengambil langkah awal untuk rawatan.
1. Sedih yang berpanjangan
Ini ialah perkara 'common' yang kita boleh jumpa dalam kalangan pejuang. Pendek kata, pejuang depresi akan rasa diri mereka tidak berguna dan sukar untuk mencari sisi baik kehidupan seharian. Kesukaran mahupun sedikit akan dirasai seperti kesukaran yang besar dan sukar diatasi. Dengan perasaan seperti ini, pastinya sukar untuk penjuang menikmati kehidupan seperti orang biasa.
2. Hilang keyakinan diri
Orang yang mengalami depresi kebiasaanya ialah mereka yang 'telan' dan 'pendam' segala permasalahan jauh ke dalam jiwa. Mereka akan jadi ragu-ragu dengan tindakan mereka kerana risau akan memburukkan lagi keadaan. Apabila wujud gabungan memendam rasa dan tidak yakin diri maka kesannya mereka akan mudah untuk mencederakan diri sendiri mahupun membunuh diri.
3. Hilang minat untuk beraktiviti
Sebenarnya ia disebabkan oleh hilang fokus. Dari hilangnya fokus akan menyumbang kepada kesukaran menyempurnakan sesuatu, dan akhirnya melabel diri sendiri dengan persepsi negatif seperti rasa tidak berguna. Pejuang depresi juga akan cenderung untuk kurang mempunyai 'libido' yang boleh mengganggu hubungan dengan pasangan.
4. Suka bersedirian
Mereka akan jadi seorang yang sensitif dan mudah terasa dengan perbualan dalam hubungan sosial. Ini membuatkan mereka susah untuk bersosial dan kebiasaannya memang akan memilih untuk menyendiri atau lebih baik berdiam diri sahaja. Mengelak untuk bertemu orang lain sebenarnya membuatkan symptom depresi ini akan menjadi lebih buruk.
5. Anxiety atau rasa bimbang
Hilang keyakinan diri akan terus membawa diri pesakit untuk sentiasa berada dalam keadaan kebimbangan. Mereka akan risau tentang diri sendiri dan tentang masa depan mereka. Yang pasti mereka sentiasa rasa, semuanya sudah gagal dan akan terus gagal. Perasaan anxiety memang boleh hilang tetapi hati-hati, kerana ia boleh jadi pejuang berkenaan memang sudah berputus asa.
6. Tidak bersemangat dan lemah
Ini ialah faktor utama kenapa ramai pejuang depresi gagal untuk 'perform' dalam dunia kerjaya mereka. Mana tidaknya, kerjaya memerlukan kesungguhan dan pastinya hanya dapat terbentuk apabila memiliki daya semangat dan tenaga untuk menjayakannya. Mereka akan cenderung untuk hilang fokus berterusan dan seterusnya tidak mampu menyiapkan tugasan dengan baik.
7. Pola tidur terganggu
Kita panggil insomnia. Memang sangat susah untuk tidur walaupun orang lain sudah lama tidur. Namun turut terdapat juga pejuang memang akan memilih untuk tidur, ianya kerana hilang minat dan semangat untuk menuruskan kehidupan. Pendek kata kepenatan mental yang teramat sangat membuatkan mereka terus memilih untuk tidur.
8. Selera makan dan berat berubah
Sama ada pejuang akan jadi seorang yang hilang selera makan atau akan jadi seorang yang sangat pemakan pula. Boleh jadi antara dua ini, dan kebiasaanya memang akan hilang selera makan. Begitu juga dengan faktor ubatan depresi yang diambil akan turut mempengaruhi selera makan pesakit.
9. Tindakan extreme
Tindakan yang sering melulu ini sebenarnya disebabkan oleh letusan emosi atau ketidakmampuan untuk mereka mengawal kekuatan minda sendiri. Kita maklum, orang yang depresi bagaikan berperang dengan minda sendiri, pastinya ia perjuangan yang sukar. Jika datang orang tersayang untuk menasihati, ianya tidak mudah untuk diterima.
10. Fikir bunuh diri
Mereka boleh luangkan masa berjam-jam duduk dan berfikir sendiri cara-cara untuk bunuh diri. Ada juga yang memikirkan cara-cara untuk mencederakan diri sendiri dengan objek-objek yang berada di sekitar mereka. Ini sangat bahaya dan wajib untuk dapatkan rawatan segera.
p/s : Ya, depresi boleh datang dan juga pergi begitu sahaja. Walaubagaimanapun, ia tetap memberi impak dan kesan yang sangat besar dalam kualiti kehidupan seorang pejuang depresi.