Pentingnya Kita Ambil Tahu Tentang Keselamatan Anak Di Dalam Kenderaan
7/10/2019 05:31:00 PTG
Assalamualaikum
Keselamatan anak
dalam kenderaan
Tahukan anda sebagai
ibu bapa, kita seharusnya lebih peka mengenai keselamatan anak-anak terutamanya
ketika memandu kenderaan. Apabila anda membawa anak anda di dalam kenderaan,
adalah penting untuk mempraktikkan prosedur-prosedur keselamatan dari mula
mereka naik hinggalah ketika mereka melangkah keluar dari kenderaan.
Ikutilah beberapa
tips keselamatan yang boleh di jadikan panduan untuk kita semua.
Langkah-langkah ini haruslah diambil bagi memastikan keselamatan anak di dalam
kenderaan.

PEKA DENGAN
PENGGUNAAN PINTU
Anak anda mesti
masuk dan keluar kenderaan melalui pintu yang selamat iaitu pintu yang
menghadap tepi lalu lintas, bersebelahan dengan bahu jalan raya.
PASTIKAN PINTU
KENDERAAN DIBUKA TERLEBIH DAHULU
Anak anda perlu
menunggu pintu kenderaan dibuka untuknya sebelum dia melangkah masuk dan
keluar.
Pastikan tangan dan
kakinya tidak berada di pintu sebelum anda menutupnya. Jangan lupa untuk
mengunci pintu dengan menukarkan posisi butang `child lock' pada pintu belakang
kepada kunci (lock). Butang ini boleh kelihatan pada bahagian pintu belakang.
Dengan cara ini kita dapat memastikan pintu tidak dapat dibuka dari dalam
walaupun pemandu lupa mengunci pintu.
PASTIKAN DUDUK DI
KERUSI BELAKANG
Kanak-kanak perlu duduk
di kerusi belakang kerana ia dapat mengurangkan risiko kecederaan sekiranya
berlakunya kemalangan.
PASTIKAN TALI
PINGGANG KELEDAR DIPAKAIKAN
Anak anda perlu
sentiasa memakai tali pinggang keledar yang di kancing secara pepenjuru
merentas dada dan letak bantal tambahan di tempat duduk bagi kanak-kanak. Bagi
kanak-kanak yang lebih kecil adalah lebih baik menggunakan tempat duduk khas
`child seat' untuk memastikan bahawa tali pinggang keledar itu dipasang dengan
selamat.
PASTIKAN TIDAK ADA
MANA-MANA BAHAGIAN ANGGOTA BADAN KELUAR DARI TINGKAP
Anda hendaklah
sentiasa mengingatkan anak anda supaya jangan sesekali meletakkan manamana
bahagian anggotanya diluar tingkap sesebuah kenderaan walaupun ketika kenderaan
tidak bergerak.
PASTIKAN PEMASANGAN
KUNCI KESELAMATAN
Kanak-kanak
mempunyai kecenderungan untuk meluru keluar dari kereta sebaik sahaja ia
berhenti dan ini amat merbahaya. Ini dapat dielakkan dengan memasang kunci
keselamatan kanak-kanak (child lock) yang terdapat pada pintu kereta.
Dengan cara ini
pintu hanya boleh di buka dari luar sahaja.
PASTIKAN MEMIMPIN
TANGANNYA
Selepas keluar, anak
anda perlu menunggu di atas bendul jalan sehingga seorang dewasa memimpin
tangannya.
Hendaklah di
ingatkan bahawa kanak-kanak tetap adalah kanakkanak, mereka sentiasa melakukan
perkara-perkara yang tidak diduga.
Beberapa langkah
berjaga-jaga ini mungkin dapat membantu anda melindungi anak anda dan
memastikan keselamatan mereka.
Oleh itu ibu bapa
hendaklah sentiasa memikirkan kemahiran seterusnya yang akan dipelajarinya dan
rancang terlebih dahulu. Ibu bapa tidak digalakkan untuk mengambil sesuatu
perkara secara mudah.
Hendaklah sentiasa
mengutamakan keselamatan anak anda tanpa mengira betapa penat atau tertekannya
anda. Ingat anda mungkin mempunyai satu peluang untuk berbuat demikian. Anda
yang membantu anak anda dalam mendisplinkan dirinya. Kepada ibu bapa hendaklah
diingatkan bahawa langkah berjaga-jaga boleh membantu anda untuk menyelamatkan
nyawa anak anda.
Sumber - Terbitan Persatuan
Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL); PKPKL@hotmail.com dengan kerjasama
KPDNKK