Kasihi Dan Sayangilah Ibu Bapa Kita Selagi Mereka Masih Bernyawa
1/17/2019 04:29:00 PTG
Assalamualaikum..
Menarik post ni..Saya share dari fb Haron Jusoh..kadang2 tu
mungkin kita tak perasan kita ada bagi ibu bapa kita terasa hati.. tapi Ibu dan
bapa kita akan tetap mengasihi kita ... sayangilah dan jagalah mereka seperti
mana mereka telah menyayangi dan menjaga kita masa kita kecil..semoga kita
semua diberi kesihatan yang baik agar kita dapat berbakti kepada ibu dan bapa
kita..
Di Jepun, dulu pernah ada tradisi membuang orang yang sudah
tua ke hutan . Dan ada juga organ mereka diambil untuk kegunaan perubatan . . .
Mereka yang dibuang adalah orang tua yang sudah tidak berdaya , agar tidak
membebankan kehidupan anak - anaknya . . .
Pada suatu hari , ada seorang pemuda yang berniat membuang
ibunya ke hutan . Kerana si Ibu telah lumpuh dan agak nyanyuk .. Si pemuda ini
bergegas menyusuri hutan sambil menggendong ibunya . Si Ibu yang kelihatan tak
berdaya , berusaha mencapai setiap ranting pohon yang mampu diraihnya lalu
mematahkannya dan menaburkannya di sepanjang jalan yang mereka lalui . Sesampai
di dalam hutan yang tebal , si anak menurunkan Ibu tersebut dan mengucapkan
kata perpisahan sambil berusaha menahan sedih kerana ternyata dia tidak
menyangka terpaksa melakukan perbuatan ini terhadap Ibunya . Si ibu yang tak
terdaya tadi masih tenang . . . . .
Dalam senyumnya , dia berkata , ''Anakku , Ibu sangat
menyayangimu . Sejak kau kecil sampai dewasa , Ibu selalu merawatmu dengan
segenap cintaku . Bahkan sampai hari ini , rasa sayangku tidak berkurang
sedikitpun . Tadi Ibu sudah menandai sepanjang jalan yang kita lalui dengan
ranting-ranting kayu . Ibu takut kau tersesat . Ikutilah tanda itu agar kau
selamat sampai di rumah '' .
Setelah mendengar kata-kata tersebut , si anak menangis
dengan sangat sebak dan sayu . Kemudian terus memeluk ibunya dan kembali
menggendongnya untuk membawa si Ibu pulang ke rumah . Pemuda tersebut akhirnya
merawat Ibu yang sangat mengasihinya sampai Ibunya meninggal .
Sahabatku semua . . renung2kanlah . .
'' Orangtua '' bukan barangan lusuh yang boleh dibuang atau
diabaikan setelah terlihat tidak berdaya . Kerana pada saat kita berjaya atau
saat kita dalam susah , hanya ''orangtua'' yang mengerti kita dan batinnya akan
menderita jika kita susah .
''orangtua'' mereka tidak pernah meninggalkan kita
,macammanapun keadaan kita .. Walaupun kita pernah melawan atau meninggi suara
kepada orangtua namun Ibu dan ayah kita akan tetap mengasihi kita ....
Kasihi dan sayangi la orangtua kita selagi mereka masih
hidup..
kredit Haron Jusoh's post.
Assalamualaikum..
Pengantin sekarang ramai TAK SOLAT ???
Ini fakta zaman sekarang. Bila jadi pengantin memang semua
nak nampak cantik dan pakaian pun mengerlip. Tapi sayangnya kecantikan itu
takut dicemari lalu meninggalkan solat yang wajib buat diri.
Akibat nak bermekap, mak andam sampai ke rumah pengantin seawal
jam 11 pagi. Maka si pengantin pun menadah muka selama sejam dua lamanya,
akhirnya siap bermekap stlh hampir jam 1 tengahari.
Dah tahu zuhur masuk setengah jam lagi, terus disarungkan
busana perkahwinan yg ketat membaluti seluruh tubuh wanita. Tak ada seinchi pun
kelonggaran, malah lebih ketat lebih mengujakan.
Itu belum lagi menyentuh hal mak andam separa alam yang tdk
dpt dipastikan jantinanya lelaki mahupun wanita. Maka bersentuhan la kulit sang
ajnabi bertopengkan wajah si pari² untuk menatariaskan pengantin akhir zaman
yang hanyut dgn kejahilan diri.
Apatah lagi jika mak andamnya lelaki, walau bersarung tangan
tetap dia ajnabi dan si bakal suami pula jenis berpenyakit bisu bila isteri
disentuh lelaki yg juga halal untuk dinikahi si bakal isteri.
Akhir zaman, majlis pernikahan yang sepatutnya mengundang
seribu keberkatan dan malaikat rahmat turut sama mendoakan, tlh dicemari dengan
kemaksiatan yang tiada berkesudahan.
Busana yg anggun disarung tadi di bawa pula ke majlis
pernikahan untuk mnjadi saksi penyatuan dua hati. Saat sah menjadi isteri, maka
tertanggunglah segala dosa atas bahu si suami yg dayus membiarkan sang bidadari
menjadi tatapan nafsu ajnabi.
Hilanglah kesucian dan jatuhlah maruah seorang isteri
sebelum mlm pertamanya lagi. Manakan tidak, beratus psng mata melirik menjamu
kecantikan si pengantin rupawan yang tidak memberatkan hukum menutup aurat buat
dirinya.
Belum lagi disebut tentang perihal solat yang dianggap remeh
di hari persandingan kedua mempelai. Sibuk menjamu telinga dgn bunyi karaoke
sampaikan azan pun diperlekeh dan solat juga tercicir.
Pengantin takut merosak kecantikan majlis dan wajah hanya
kerna sudah lengkap berbusana, lalu solat yg fardhu tinggalkan tnpa ada rasa
malu melayan tetamu.
Maka bermulalah episod cinta yang disaksikan kemurkaan Allah
swt buat kedua mreka. Namun masih beria berkata LOVE TILL JANNAH.
*sekadar peringatan untuk bakal-bakal pengantin di luar sana
Assalamualaikum..
Bersahabat bererti saling rasa merasai, saat senang dan saat
susah tetap bersama, saat senyum tawa dan duka terasa sesama, saat kita
menanggung apa jua, bersahabatlah sehingga ke syurga!!, saat kita bersahabat,
bersahabatlah bagaikan sahabat sahabat Rasulullah, sehingga gugur tersenyum
indah melihat tempat di syurga itu.
Bersahabat bukan bererti mengambil kesempatan, bukan jua
membiar saat terbuang, bukan juga menikam dari belakang bila berkesempatan,
namun bersahabatlah demi sebuah kedamaian yang di ajar oleh agama Islam..
sebuah ukkhuwwah yang tiada bandingan!!.. ألØمد لله
- ustazahmaddusuki -
Ya, bukan mudah nak cari seorang sahabat yang betul-betul ikhlas berkawan dengan kita. Yang akan sentiasa ada bila kita perlukan pertolongannya. Yang boleh terima kita dalam apa jua keadaan. Yang boleh terima dengan mudah tak kira la perangai baik atau buruk kita. Ada tu memang ada tapi tak ramai. Kawan, ya ! memang ramai. Masing-masing ada perangai masing-masing dan sudah tentunya kita tak boleh baca apa yang tersirat dalam hati masing-masing.
Apa pun, Mommy ucapkan terima kasih buat kalian yang bergelar sahabat yang bergelar kawan kerana sudi menerima Mommy sebagai sahabat/kawan kalian. Moga ikatan persahabatan kita semua akan berkekalan hingga jannah.
~~~~~~~~
Mommy Ira