Assalamualaikum
1.
Bayi
anda kelihatan sungguh comel apabila memakai baju yang cantik dan baru.
2.
Bayi
dan anda bermain di bilik sendirian dalam suasana yang nyaman.
3.
Anda
menyanyikan lagu tepok amai-amai sambil memegang tangannya.
4.
Bayi
menujukkan riak wajah gembira apabila mendengar suara nyanyian anda
walaupun agak sumbang.
5.
Seharian
anda gembira apabila melihat bayi anda tersenyum buat kali pertama.
6.
Anda
dapat menghabiskan masa bersama bayi anda sambil menonton rancangan televisyen
kegemaran anda.
7.
Bayi
anda tidak kisah apa jua permainan yang diberikan kepadanya. Bayi anda sentiasa
menunjukkan rasa gembirannya walaupun hanya diberi permainan kotak kecil
sahaja.
8.
Anda
boleh lakukan apa sahaja dengan bayi anda seperti menari sambil mendukungnya.
Pastinya bayi seronok dengan gerakan ke kanan dan ke kiri.
9.
Bayi
akan sentiasa tersenyum apabila melihat wajah anda. Ia pengubat duka anda.
10.
Anda
bukan supermodel yang cantik dan menawan, tetapi bayi tetap suka melihat wajah
anda siang dan malam.
11.
Anda
tetap hebat di hati bayi anda!
12.
Rambut
bayi lembut membuatkan anda suka membelainya.
13.
Kasih
sayang yang ditunjukkan oleh bayi adalah yang sebenar, tulus, dan murni.
14.
Wajah
bayi yang begitu suci membuatkan anda suka menatapnya setiap masa.
15.
Badan
bayi yang gebu membuatkan anda suka menyentuhnya bila-bila masa.
16.
Bayi
menjerit kegembiraan apabila melihat kelibat anda.
17.
Tangisan
bayi akan berhenti apabila anda dekat kepadanya.
18.
Anda
seronok berbual dengannya walaupun bayi belum faham apa yang anda ucapkan.
19.
Bayi
membuatkan anda merasakan dunia ini aman dan damai.
20.
Ciuman
anda akan membuatkan bayi tersenyum dan ketawa.
21.
Sekali-sekala
anda akan mengeletek badan bayi dan bayi akan menunjukkan aksi geli. Sungguh
lucu sekali!
22.
Bayi
bertepuk tangan dan ketawa apabila melihat anda melangkah masuk ke dalam bilik.
23. Bayi seronok apabila
anda mendukungnya.
24. Juga
siapa lagi akan membuatkan anda bangun dengan penuh bersemangat waktu pagi.
Pastinya bayi comel anda!
25. Bayi anda tersenyum
semasa tidur, membuatkan anda merasakan bayi sangat gembira dengan
kehidupannya.
26.
Anda
sanggup menghabiskan masa yang lama untuk melihat bayi anda tidur yang membuatkan
anda merasa gembira bergelar ibu atau bapa.
27. Pelbagai jenama
pakaian dipasaran yang menawan hati anda untuk digayakan oleh bayi anda.
28. Jika
anda sedang bersedih, bayilah ‘pengubat’ hanya dengan melihat wajah bayi
yang comel ini.
29.
Sekarang
masa anda banyak bersama bayi. Sungguh menyeronokkan!
30.Sungguh bahagia
selepas 30 minit melihat bayi anda menyusu badan. (Penyusuan susu ibu seelokkan
dilakukan antara 15 hingga 20 minit untuk setiap payu dara kanan dan kiri.)
31.
Anda
sunggup minum air dengan banyak dan makan makanan berkhasiat penambah susu dan
pam susu 3 jam sekali (bagi ibu yang bekerjaya) setiap hari demi memastikan
anda dapat memberikan penyusuan ibu secara eksklusif buat bayi anda.
32. Comelnya kaki kecil
bayi! Anda meniup dan mengusik-usik di telapak kakinya.
33.
Tangan
kecilnya juga comel!
34. Bayi adalah teman
terbaik untuk anda habiskan masa berjam-jam di kedai permainan kanak-kanak.
35.
Bayi
anda mengajar anda menghargai masa walaupun ketika itu baru jam 5 pagi!
36. Bayi membuatkan anda
tidur awal kerana anda tertidur selepas menyusu susu badan kepadanya.
37.
Anda
terlalu sibuk untuk memikirkan kesan parut selepas melahirkannya.
38. Bayi anda akan
mendengar semula lagu-lagu anda semasa bayi dulu yang hampir anda lupa.
39. Bayi anda sudah boleh
makan. Walaupun wajahnya comot. Bayi anda tetap comel!
40. Bayi
anda menunjukan keseronokkan semasa anda memandikannya.
41.
Bau
wangi badan bayi selepas mandi cukup menyenangkan anda.
42. Anda
sanggup mencari mandian yang terbaik untuk bayi kerana kulit bayi begitu
sensitif dan lembut.
43. Bayi anda memberikan
senyuman semasa anda melakukan urutan padanya.
44.
Anda
tersenyum puas apabila bayi memandang ke arah ibu bapa anda yang kini sudah
bergelar datuk dan neneknya.
45. Walaupun badan anda
letih, tetapi tetap luangkan masa untuk membacakan buku cerita kanak-kanak
kesukaan bayi anda berulang kali.
46.
Walau
apa yang berlaku dalam kehidupana anda, bayi tetap memikirkan anda yang terbaik
dalam kehidupannya.
47. Gerakkan badan dan
cara bayi merangkak atau membalingkan telefon kesayangan anda, semua itu anda
anggap sebagai penerokaan buat bayi anda.
48. Anda
mejerit kegembiraan apabila melihat bayi anda sudah boleh meniarap.
49. Bayi
membuatkan anda berasa diri hebat, kuat dan tahan lasak yang anda tidak sedari
sebelum kelahirannya.
50. Anda menjadi penenang
buat bayi dengan memeluk eratnya yang menangis setelah diberi suntikan
imunisasi.
51.
Gelagat
bayi anda memasukkan jari kaki ke mulut, tampak comel sungguh!
52. Bayi anda sakit.
Kekuatan supermum anda terserlah!
53.
Anda
menjaga bayi dengan penuh berhati-hati kerana dia masih kecil.
54. Anda menjadi seorang
yang cerewat untuk membeli segala kelengkapan bayi supaya bayi selesa dan
selamat dalam jagaan anda.
55.
Wajah
bayi seiras anda dan suami. Anda tersenyum apabila ada teman berkata,
“Mata bayi seiras seperti kamu.”
56. Setelah minum susu,
anda akan sendawakan bayi. Arrrr! Sungguh comel bunyi sendawa daripada
permata hati anda yang kecil ini.
57.
Bayi
mengajar anda menjadi seorang yang tidak pentingkan diri sendiri. Walaupun anda
letih, anda tetapi memberi tumpuan kepada perkara asas bayi.
58. Anda dapat melihat
kehebatan suami anda apabila sanggup menyalin lampin bayi. Biarpun dia tidak
dapat menandingi anda tetapi dia berjaya menyalin lampin tanpa bayi menangis.
59. Anda dan suami tidak sabar
untuk melihat perkembangan bayi setiap bulan.
60.
Anda,
suami dan bayi menjalani kehidupan yang harmoni sebagai sebuah keluarga.
(Sumber:
Majalah Pa&Ma Februari 2013)