Kalau Anak Anda terkena Demam Campak / Chicken Pox..Ini Yang Harus Dilakukan..
12/14/2017 02:04:00 PTG
Assalamualaikum
Kalau anak anda
terkena demam campak / chicken pox.. Ini
yg harus dilakukan..
Kalau ini pengalaman
pertama anak anda diserang chickenpox, baik anda baca tip ini sehingga habis
untuk mengetahui apa yang patut dilakukan.
1. Segera berjumpa
doktor
Mula-mula sekali
jika anda mengesyaki anak mungkin diserang chickenpox, segera bawa dia berjumpa
doktor untuk pengesahan dan mendapatkan rawatan.
2. Bagi anak minum
air kelapa
Ini petua orang
tua-tua yang sangat berkesan untuk merawat chickenpox. Air kelapa bagus diminum
ketika awal terkena chickenpox kerana ia dikatakan membantu mengeluarkan
chickenpox tersebut ke seluruh badan. Air kelapa juga bagus dibuat mandi oleh
pesakit chickenpox.
3. Kuarantin anak
daripada pengasuh/nurseri
Anak anda memang
wajib kena kuarantin. Jika tinggal di rumah pengasuh atau nurseri, ia bermakna
anda tidak boleh menghantar anak sepanjang dia tidak sihat. Chickenpox mudah
berjangkit. Nanti ada ibu bapa lain yang akan menjeling jika anda terus
menghantar anak ke nurseri atau rumah pengasuh.
4. Bergilir jaga
anak
Inilah masanya ibu
dan ayah perlu berkorban. Banyak kerja di pejabat? Ia bukan alasan jika anak
kena chickenpox terutama jika anda tiada pembantu rumah. Anda berdua perlu
bergilir-gilir mengambil cuti untuk menjaga anak di rumah. Kalau banyak kerja
pejabat, boleh sahaja buat dari rumah. Asalkan ada internet di rumah, tiada
masalah!
5. Sapu losyen
calamine
Doktor akan
membekalkan anda losyen calamine. Mesti sapu losyen ini dengan kerap pada badan
anak untuk mengurangkan kegatalan. Kalau petua orang lama dulu, menyarankan
pesakit chickenpox tidur beralaskan daun semambu. Kini dengan losyen calamine,
tak perlu guna lagi mencari daun tersebut. Dengan losyen calamine, rawatan
lebih mudah dan cepat.
6.Ambil paracetamol
kanak-kanak
Pastikan anda ada
termometer untuk memantau suhu badan anak. Jika badannya panas, ambil sirap
paracetamol kanak-kanak untuk mengurangkan demam yang boleh mencecah suhu
sehingga 39 darjah selsius.
7.Pakaikan lampin
sahaja
Jika anak anda masih
memakai lampin pakai buang, biarkan dia hanya berlampin sahaja sepanjang di
rumah. Ini bagi mengelakkan badannya cepat berpeluh jika anda memakaikan dia
pakaian. Badan yang berpeluh dan panas akan menyebabkan anak mudah gatal.
8.Minum banyak air
masak
Anak anda mungkin
tiada selera makan. Bagi memastikan dia tidak mengalami dehidrasi, bagi anak
minum banyak air serta makanan berbentuk cecair seperti sup, jus buah atau
yogurt.
9. Kerapkan sesi
penyusuan susu ibu
Bayi berusia enam
bulan ke bawah tidak boleh diberi makanan lain selain susu ibu. Tetapi ibu yang
menyusukan anak boleh minum atau makan makanan yang berkhasiat. Jadi, kerapkan
penyusuan susu ibu kerana susu ibu adalah penawar terbaik untuk anak. Begitu
juga jika anak anda masih menyusu susu ibu walaupun dia sudah mula makan
makanan pejal.
10. Banyak bersabar
Anak anda akan
banyak merengek, menangis dan meragam. Jangan cepat hilang sabar dan
marahkannya. Dia terlalu kecil untuk menahan kesakitan yang dialami. Jika orang
tua yang kena chickenpox pun boleh merintih kesakitan, apatah lagi anak kecil
yang tidak faham apa-apa lagi. Layanlah kerenah dan kemahuannya, banyakkan
memeluk dan memberi perhatian kepada anak.
11. Elak makanan
laut
Jangan bagi anak
makan makanan laut selagi dia belum sembuh daripada chickenpox. Begitu juga
bagi ibu yang menyusukan anak. Elak makan makanan laut.
12. Vitamin E
hilangan parut
Selepas anak sembuh
daripada chickenpox, ia akan meninggalkan kesan parut di badan anak. Tentu anda
susah hati melihat parut tersebut. Anda boleh cuba menggunakan kapsul Vitamin E
dengan cara mengeluarkan cairan kapsul itu dan lumurkan pada parut anak
anda.Minyak tea tree juga dikatakan boleh membantu menghilangkan parut.
13. Banyakkan berdoa
Sebagai seorang
muslim, doa adalah senjata ampuh paling mujarab apabila menghadapi musibah.
Selain berusaha dengan rawatan moden dan tradisional, jangan lupa banyakkan
berdoa memohon kepada Yang Maha Esa kerana dialah sebaik-baik Penyembuh.