Assalamualaikum..
Ramai
kawan2 Saya bagitau Mee Tulang kat Ukir Mall, Alor Setar sedap. Tak puas hati
Saya singgah pi cari kat mana kedai Mee Tulang ni. Nak cari tak susah, pergi
kat Ukir Mall ( lokasi Pekan Rabu sekarang ) naik escalator ke tingkat 1, kedai
dia belah kanan. Maybe ramai yang tak sangka situ ada kedai makan, kalau tak
tengok dan cari betui2, memang tak jumpa.
Tujuan
pi nak makan Mee Tulang so oder menu tu je la..minum Sirap Limau.. Memang
sedap, mee, kuah cukup rasa, tulang lembut..kira memang puas makan. Ayaq minum
pun sedap. Kira boleh la mai makan lagi.
Ok..alamat
kedai:
No FL 17, Tingkat 1, Bangunan
Ukir Mall ( pekan rabu ), Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah.
Waktu berniaga : 12:00 tengahari
- 6:00 petang
No Contact : 018-637 2700 / 019-577 2700
Jumaat & Sabtu : TUTUP /
CUTI
Info lanjut cer tengok kat fb depa Mee Tulang Tingkat 1
- Mummy Ira -