"Benarlah bila orang berkata...hijrah itu sebenarnya mudah.Istiqomah itu yang susah"- Felixia Yeap / Raisyyah Yeap
9/11/2016 05:47:00 PTG
Assalamualaikum..
" Benarlah bila orang berkata...hijrah itu sebenarnya mudah.Istiqomah itu yang susah.
Berhijrah demi Allah SWT, kita pasti istiqomah.
Berhijrah demi manusia, kita pasti mengalah"
- Felixia Yeap / Raisyyah Yeap
Istiqomah itu yang susah.
Akhir-akhir ini, kita dikejutkan oleh berita tentang seorang saudari dan seorang saudara kita yang melambai kain putih tanda mengalah di pertengahan jalan penghijrahan mereka.
Mengejutkan?
Benar, tetapi pada masa yang sama, saya teramat memahami apa yang mereka lalui.
Saya turut mengalami perkara yang sama, setiap hari. Tetapi bagi saya, saya cuba lalikan diri saya daripada tohmahan, makian dan sindiran manusia.
Bagi saya, banyak lagi perkara yang penting dalam hidup ini untuk dibuat...daripada hanya cuba memuaskan hati dan menutup mulut manusia yang tidak menyumbang kepada penghijrahan kita.
Yang hanya tahu mencari kesalahan dan aib kita walaupun kita sedang berusaha menjadi lebih baik.
Misalnya, menjaga keluarga kita, mencari rezeki yang halal, membuat kerja amal, melebihkan dan menyempurnakan ibadah, etc etc.
Tidak perlu kita terlalu mengambil berat apa yang negatif yang keluar dari manusia yang sentiasa berfikiran dan mengucap yang negatif sahaja.
Fokuskan pada yang positif.
Fokuskan pada yang membina.
Fokuskan pada yang ikhlas.
Istiqomah itu terlalu susah, saya tahu.
Tetapi hijrah dan Hidayah itu juga teramat mahal dan berharga. Tidak semua dikurniakannya.
Saya akui, saya terlalu jauh daripada sempurna dalam penghijrahan saya sendiri, dan iman saya pun seringkali ada turun naiknya.
Kadang-kadang bertudung labuh, kadang-kadang berselendang.
Kadang-kadang leka, kadang-kadang insaf.
Tetapi itulah manusia.
Namun cubalah sedaya upaya, kekalkan pendirian untuk berhijrah...bukan kerana manusia, tetapi kerana Allah SWT.
Kalau tak boleh Hijrah laju-laju, hijrah lah slow slow.
Lebih baik perlahan tetapi istiqomah...daripada laju tetapi cepat mengalah.
Bagi yang suka menyindir, berburuk sangka, memfitnah dan menghasut orang-orang yang berusaha untuk berhijrah...bertaubatlah.
Mulut tu Allah SWT berikan untuk mengucap yang baik-baik sahaja.
Biarlah syaitan-syaitan sahaja yang buat kerja mereka tu.
Kepada pelakon wanita dan jutawan lelaki itu.
Daripada bekas model P*****y ini.
Berhijrah demi Allah SWT, kita pasti istiqomah.
Berhijrah demi manusia, kita pasti mengalah.
kredit fb Felixia Yeap /
Raisyyah Yeap
Assalamualaikum..
Maka biarlah Allah yang membuat keputusan, untuk menentukan dan meminjamkan apa yang terbaik buat kita ♡
#ZahirahDzahir
#IraMummySiKembarBlogspotDotCom
Cnp
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Alhamdulillah..maka selesai sudah peperiksaan UPSR sesi 2016. Maka hilanglah juga kejap debaran dihati. Nanti datang balik debaran tu, bila dah dekat nak dapat result.
Sepanjang tahun ni juga, semua pelajar
telah berusaha dengan bersungguh sungguh, ibaratnya hilanglah juga beban di bahu para
pelajar ni. Semoga semua pelajar UPSR akan dapat keputusan yang cemerlang 6A.
Apa pun tamatnya UPSR bukan beerti tamat juga masa untuk belajar. Belajar tetap
kena belajar. Ilmu/belajar ni tiada hadnya. Jadi teruskan belajar dan belajar ok..
- Mummy Ira -
Rahsia Doa Seorang Ibu Jika Setiap Malam Dia Mendoakan Anak-Anaknya.
9/08/2016 01:22:00 PTG
Assalamualaikum..
Doktor Fauziah Ad-Dabbus, seorang
pakar psikologi yang amat popular di Kuwait pernah menulis mengenai
rahsia-rahsia doa seorang ibu jika setiap malam dia mendoakan anak-anaknya.
Isi tulisannya sebagai berikut :
"Aku bersumpah demi Allah.... wahai setiap ibu,
agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah
SWT dan mengkhabariNya bahwa engkau redha atas anak-anakmu seredha-redhanya,
dan aku bersumpah demi Allah....
agar engkau tidak menghijab/menghalangi RedhaNya kepada anak-anakmu.
Dan aku memintamu wahai para ibu
agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau angkat kedua tanganmu
sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepadaNya bahwa
engkau redha atas mereka masing-masing. "
*Begini doanya:*
اللهم إني أُشهدك
أني
راضية
عن
إبني/إبنتي
(.....) تمام
الرضا
وكمال
الرضا
ومنتهي
الرضا فاللهم
انزل
رضوانك
عليهم
برضائي
عنهم
"Allaahumma innii usy-hiduka
annii raadhiyah 'an ibnii/ibnatii.... (sebut nama anak-anakmu satu persatu)...
tamaamar-ridhaa wa kamaalar-ridhaa wa muntahayir-ridhaa. Fallaahumma anzil
ridhwaanaka 'alaihim bi ridhaa-ii 'anhum"
(Ya Allah aku bersaksi kepadaMu
bahwa aku redha kepada anak-anakku ................(SEBUTKAN NAMA ANAK2 SATU
PERSATU............................
YA ALLAH DENGAN REDHO MU DAN KESEMPURNAAN MU.. MAKA TURUNKANLAH YA ALLAH KEREDHOAN MU KEPADA ANAK2 KU DEMI REDHOKU KEPADA MEREKA....
YA ALLAH DENGAN REDHO MU DAN KESEMPURNAAN MU.. MAKA TURUNKANLAH YA ALLAH KEREDHOAN MU KEPADA ANAK2 KU DEMI REDHOKU KEPADA MEREKA....
Oleh kerana beratnya kehidupan
sehari-hari seringkali seorang ibu melupakan doa untuk anak-anaknya, sering
juga dia menganggap bahwa pusat-pusat bimbingan psikologi adalah jalan lebih
baik untuk perkembangan anak-anaknya.
Doa seorang ibu itu adalah
sebenarnya jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anaknya di dunia
dan akhirat InsyaAllah.
Oleh itu ibu2 janganlah kamu
mengeluh atas keadaan anak2 jika melalui kesukaran dan janganlah pernah LETIH
untuk berdoa.
- Mommy Ira -