Assalamualaikum..
Info yg kena tau masa posa..Sya share dari fb mediaPERUBATAN
Rawatan-rawatan yang tidak membatalkan puasa:
1) Ubat titis mata dan titis telinga.
2) Tablet nitroglycerin dan yang seumpama dengannya yang diletakkan di bawah lidah (sublingual). Biasanya digunakan untuk merawat sakit jantung.
3) Semua bentuk rawatan yang melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti vaginal suppository, pencucian (doush), vaginascope atau tangan doktor yang memeriksa pesakit (digital examination).
4) Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan ke dalam badan melalui saluran kencing seperti
urethroscope, barium, pencuci urethra.
5) Menampal gigi, mencuci gigi atau menggosok gigi dengan siwak atau berus gigi selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).
6) Semua jenis suntikan kecuali Parenteral Nutrition (Fluid therapy).
7) Pendermaan darah atau menerima darah.
8) Bantuan oksigen atau gas pelali (anesthetic gases).
9) Semua jenis krim atau minyak yang disapu pada kulit walaupun dibekalkan dengan bahan kimia yang terserap ke dalam kulit.
10) Mengambil darah untuk ujian makmal.
11) Semua jenis salur yang dimasukkan ke dalam saluran darah bagi tujuan x-ray pada jantung atau mana-mana bahagian pada anggota badan (catheterization).
12) Laparaskopi yang dimasukkan ke dalam abdomen untuk tujuan pembedahan.
13) Semua jenis ubat kumur, seperti mouth-rinsing gargle dan penyembur mulut selagi mana tidak masuk ke dalam halkum.
14) Uteroscope atau IUCD(pencegah kehamilan) yang dimasukkan ke dalam rahim.
15) Sampel organ yang diambil daripada badan seperti hati atau daripada mana-mana anggota badan (biopsy).
Majoriti yang terlibat (pakar perubatan & Syariah) dalam persidangan tersebut memutuskan bahawa pesakit tidak batal puasa dengan rawatan berikut:
1) Ubat titis ke dalam hidung (nasal drops) atau ubat asthma (inhaler).
2) Semua jenis ubat yang dimasukkan melalui anus (dubur). (Walaupun sebahagian ulama’ mazhab menghukumkan batal puasa, tetapi sebahagian yang lain tidak menghukumkan batal. –Untuk keluar dari khilaf elok jika rawatan dilakukan pada waktu malam selepas berbuka puasa- penulis).
3) Pembedahan yang menggunakan pelali seluruh badan (general anesthesia) yang dijalankan pada siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan.
4) Suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui artificial kidney (dialysis) sama ada peritoneal atau hemodialysis.
5) Memasukkan gastroskop ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair atau apa-apa bahan rawatan disalurkan.
Rujukan :
Persidangan IOMS ke-10 pada 1997 di Morocco bertajuk: “An Islamic View of Certain Contemporary Medical Problems” (Pandangan Islam terhadap Beberapa Masalah Kesihatan Kontemporari).
'Ilmuwan Berbakti,Teguh Sehati"
"at-Taqwa,as-Syifa',ar-Rahmah"
"Muslim Sejati,Generasi Rabbani"
Unit Fikah Perubatan,
Jabatan Pembangunan Insan,
PERUBATAN 2016/2017.
kredit mediaPERUBATAN
Assalamualaikum...
Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar.
Allahummasolli Ala'muhammad..
Ok..hari ni hari akhir ank bersekolah..sekolah akn cuti selama 2 minggu..buat ank2 yg nak exam..cuti, cuti jugak..belajar jangan lupa.. selamat bercutiiii..
Dan juga cuti minggu ke 2 akan masuk bulan ramadhan..maknanya puasa pun akan bermula selama sebulan..jadi selamat berpuasa untuk semua..
*macam2 gaya ada sblm pi sekolah..
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Ikutkan tak nak beli tab2 ni..besa la kalau beli nnti kembar ralit pulak nak main tab ja. Tapi bila tak beli pun henset Mummy pulak jadi mangsanya. Jadi setelah ditolah tambah kira..Cik Husband pun beli la jugak. Beli yg besa2 ja. Beli la sorang satu..tu pun ada yg suruh kongsi. Nak kongsi camnanya..kembar ni barang apa pun.. kaler, bentuk yg sama pun tetap berebut sesama depa. Kadang2 pening jugak kepala ni. Cuma tak mention ja sapa punya just pesan jangan berebut kena kongsi. Tapi dalam dok pesan pun berebut jugak.
Dah nama pun kembar berebut camna pun ttap nak berkongsi
jugak..jadinyaa bila nak tngk katun..buka ja de2 tab..memasing pilih katun yg
mana depa nak tngok..letak ja sebelah menyebelah..boleh la pakat kongsi tngk
katun yg mana depa pilih..kan senanggg..jangan kacau henset Mummy sudahhh..
- Mummy Ira -