Assalamualaikum..
Fahami Label Sampul Ubat
Baca,
fahami dan ambil ubat seperti yang diarahkan
Sebagai
pengguna anda perlu membaca label ubat sebelum mengambil ubat seperti yang
diarahkan. Penggunaan ubat yang betul mengikut arahan doktor dan nasihat ahli
farmasi adalah penting bagi mendapatkan rawatan yang berkesan dan selamat.
Label sampul ubat mengandungi maklumat penting berkenaan pengambilan ubat
dengan betul dan selamat. Oleh itu, adalah penting untuk membaca dan memahami
label sampul ubat bagi mengelakkan kesilapan pengambilan ubat-ubatan.
Maklumat
yang perlu ada pada label sampul ubat
Kesilapan
dalam pengambilan ubat-ubatan boleh dielakkan jika label ubat dibaca dengan
teliti dan difahami.
Secara
umumnya, berikut adalah maklumat yang ada pada sampul ubat;
- Nama dan alamat pihak pembekal atau penjual (klinik atau farmasi)
- Nama penuh ubat / Nama bahan aktif ubat
- Nama pesakit
- Tarikh ubat dibekal atau dijual
- Nombor rujukan pesakit pada buku rekod
- Arahan/cara pengambilan ubat yang lengkap
- Label “UBAT TERKAWAL/CONTROLLED MEDICINE” (untuk ubat terkawal sahaja)
Isu
perbezaan nama jenama dan nama generik
Pengguna
digalakkan mengetahui nama generik ubat dan bukannya nama dagangan ubat untuk
mengelakkan kekeliruan. Namun masih ramai yang tidak faham dan keliru dengan
nama sebenar sesuatu ubat itu.
Nama
penuh ubat atau dikenali dengan nama generik ubat adalah nama kimia atau nama
bahan aktif ubat tersebut serta digunapakai di seluruh dunia. Sebagai contoh
‘Paracetamol’ adalah nama generik ubat, nama dagangan/jenama pula adalah nama
yang diberi oleh syarikat pengeluar atau pengilang ubat dan ia berbeza daripada
satu pengeluar ke satu pengeluar yang lain.
Hak
untuk mengetahui nama generik ubat
Pengguna
mempunyai hak untuk mengetahui nama generik ubat yang diambil atau dibekalkan.
Jika anda menerima sampul ubat dengan tertulis nama ubat seperti ubat
demam,ubat batuk, ubat selesema, ubat tahan sakit atau ubat sakit sendi dan
pelbagai lagi, anda berhak untuk meminta agar nama ubat tersebut ditulis dalam
nama generik atau bahan aktif ubat tersebut. Pengguna berhak mengetahui nama
ubat yang diambil.
Cara
Pengambilan Ubat
Ubat
perlu diambil dengan cara yang betul bagi mendapatkan kesan optimum ubat-ubatan
terhadap sesuatu simptom/penyakit. Ini juga dapat mengelakkan kesan yang tidak
diingini. Pengambilan ubat yang betul adalah mengikut arahan yang diberikan
pada label sampul ubat.
Justeru
itu, arahan cara pengambilan ubat merupakan satu perkara penting yang terdapat
pada label sampul ubat. Setiap kali pengguna ingin mengambil ubat, baca dan
fahami arahan mengambilan ubat. Arahan pengambilan pada sampul ubat menerangkan
kekerapan dan selang masa yang sesuai untuk mengambil ubat tersebut.
Waktu
pengambilan
melibatkan kekerapan ubat tersebut diambil. Umumnya, sesuatu ubat yang
dibekalkan mempunyai arahan pengambilan seperti berikut:
Arahan
khas pengambilan
melibatkan ubat-ubatan tertentu sahaja. Umumnya, sesuatu ubat yang dibekalkan
mempunyai arahan khas pengambilan seperti berikut:-
- Sebelum makan
Tujuan arahan ini adalah untuk mengelakkan interaksi ubat
terhadap makanan yang akan diambil. Selain itu, ia juga meningkatkan penyerapan
ubat yang diambil sewaktu perut kosong (ubat diambil 30 minit sebelum makan).
Contoh: ubat Insulin Actrapid Injection, Iron Tablet dsbnya.
- Selepas makan
Tujuan arahan ini adalah untuk mengelakkan iritasi perut.
Ini bermaksud ubat tidak boleh diambil sewaktu perut kosong. Contoh: ubat
Mefenamic Acid, Ranitidine dsbnya.
- Sebelum/selepas makan
Arahan ini diberikan untuk ubat-ubatan yang tindakan dan
pengambilannya tidak terganggu oleh makanan atau perut kosong. Contoh: ubat
Paracetamol, Chorpheniramine dsbnya.
- Bersama makanan
Tujuan arahan ini adalah untuk mempertingkatkan kesan ubat
dan menggalakkan penyerapan yang lebih efektif. Contoh ubat Acarbose, Calcium
Carbonate dsbnya.
- Ambil waktu pagi sahaja
Sebagai contoh ubat Frusemide yang boleh menyebabkan kerap
membuang air kencing. Ia boleh menganggu tidur pesakit. (Jika bekerja waktu
malam maka perlu diambil waktu malam)
- Ambil waktu malam sahaja
Sesetengah ubat memberi kesan yang optimum jika diambil pada
waktu tidur. Contoh: ubat Simvastatin perlu diambil pada waktu malam kerana
sintesis kolesterol meningkat pada waktu malam.
- Ambil bila perlu
Arahan ini diberi untuk ubat yang perlu diambil jika ada
simptom atau penyakit sahaja. Contoh: ubat Paracetamol, Mefenamic Acid.
Label
Amaran
Sebagai
makluman kepada pengguna selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada
(Akta Racun 1952) semua ubat-ubatan yang dijual atau dibekalkan perlu mempunyai
label “Ubat Terkawal / Controlled Medicine”.
Selain
daripada itu, label “Untuk Kegunaan Luaran / For External Use Only” juga perlu
ada untuk ubat-ubatan yang dijual atau dibekalkan untuk kegunaan luaran seperti
losyen dan krim perubatan dalam bahasa Malaysia, Inggeris Cina dan Tamil. Label
ini perlulah dalam tulisan merah atau berlatar belakang merah.
Label
Harga Ubat
Pada
tahun 2011, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
telah mula memperkenalkan label harga ubat pada setiap ubat yang dibekalkan
kepada pesakit termasuk juga pada sampul-sampul ubat.
Tujuan
meletakkan label harga ubat ini adalah memberi maklumat kepada pesakit
berkaitan harga ubat agar mereka lebih memanfaatkan serta menghargai pemberian
ubat bersubsidi kerajaan seterusnya patuh dalam pengambilan ubat-ubatan
tersebut.
kredit Portal MyHEALTH
http://www.myhealth.gov.my