Viral/Trending - Status Mohd Yazid Jadi Viral Dikongsi Warga Netizen
10/02/2015 10:50:00 PG
Assalamualaikum..
Salah 1 kisah yang
jadi viral sekarang ni, tentang status FB Mohd Yazid Ismail, yang berkongsi
sebahagian kisah hidupnya Menceritakan tentang latar belakang keluarganya yang
berasal dari keluarga yang susah dan diuji dengan kesihatan ayahnya yang
lumpuh, dan betapa pentingnya amalan solat menjadi kunci kepada semua kejayaan
yang dikecapi keluarga besarnya kini.
Jom baca..
Saya ada 16 adik beradik seibu sebapa.
1 hingga 11 semua lelaki.
12 hingga 16 semua perempuan.
1 hingga 11 semua lelaki.
12 hingga 16 semua perempuan.
Kita skrg kalau beranak 5 sederet lelaki dah
rasa frust. Ni mak saya tabahnya dia sampai 11 lelaki..rilek je. Susah nak
jumpa keluarga yg ada adik beradik 1 hingga 11 yg sama jantina. Boleh masuk
malaysia book of record ni.
Dan 1 hingga 16 semua masuk universiti.. ni
pun boleh masuk rekod rasanya.
Pada tahun 1991, masa mak mengandung anak ke16
ayah diserang stroke dan lumpuh. Hilang sumber pendapatan. Tiada simpanan sbb
hidup cukup2 makan je. Pihak masjid bagi wang ehsan setiap bulan hanya rm150,
mak besarkan kami dan dalam masa yg sama uruskan ayah yg lumpuh dengan seratus
lima puluh tu. Macam mana boleh survive? Ni semua urusan Allah..semua rezeki
dari Allah
(ÙˆَÙ„َا تَÙ‚ْتُÙ„ُوا Ø£َÙˆْÙ„َادَÙƒُÙ…ْ Ø®َØ´ْÙŠَØ©َ Ø¥ِÙ…ْÙ„َاقٍ ۖ Ù†َØْÙ†ُ Ù†َرْزُÙ‚ُÙ‡ُÙ…ْ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكُÙ…ْ ۚ Ø¥ِÙ†َّ Ù‚َتْÙ„َÙ‡ُÙ…ْ Ùƒَانَ Ø®ِØ·ْئًا Ùƒَبِيرًا)
Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu
kerana takutkan kepapaan; KAMILAH YANG MEMBERI REZEKI KEPADA MEREKA (anak2) DAN
KEPADA KAMU (ibubapa). Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu
kesalahan yang besar
[Surat Al-Isra 31]
[Surat Al-Isra 31]
Allah bagi rezeki kpd anak2 dalam bentuk
kesedaran untuk berdikari. Walaupun masih sekolah rendah kami dah mula cari
duit sendiri. Jadi buruh sementara, kutip botol dan tin aluminium untuk dijual,
bercucuk tanam dan lain-lain. Pada tahun 2001,ketika tingkatan 4, saya masih
kutip kayu api utk masak.. ada parut kena parang pd tahun 2001 di tangan
kiri.
Makanan kami juga tidak semewah orang lain.
Makan nasi tanpa lauk sudah jadi kebiasaan. Sekadar nasi campur air, garam dan
sedikit gula sudah memadai. Mujur di sekolah ada Rancangan Makanan Tambahan
RMT, dapatlah kami rasa makan yang sedap secara berterusan.
Walau keadaan hidup begitu susah, tidak pernah
sekalipun mak berhenti berjuang mahupun mengaku kalah dalam membesarkan
anak-anaknya.Mak juga tidak berkeluh-kesah di hadapan anak-anak, biarpun
beberapa kali saya melihat mak menangis mungkin kerana terlalu berat menanggung
keperitan hidup.Kami anak-anak yang masih kecil ketika itu hanya boleh menahan
sedih melihat keadaan emak.
Ketika itu memang tidak banyak yang boleh kami
bantu, malah untuk angkat ayah yang lumpuh untuk dimandikan pun susah. Nasib
baik abang-abang di sekolah menengah banyak tolong dengan penuh kesabaran
tetapi apabila mereka masuk universiti, tinggal kami yang kecil-kecil sahaja di
rumah.
Sehingga tahun 2001, kami masih memasak
menggunakan dapur kayu api. Bukan tidak ada dapur gas tetapi mahu menjimatkan
wang daripada membeli gas. Kalau bekalan kayu api berkurang, kami adik beradik
akan masuk hutan mencari kayu api. Ketika itu tiada lagi orang kampung yang
mengutip kayu api, hanya keluarga kami sahaja.
Mak pula pegang prinsip tidak akan hutang duit
orang. Hidup dengan sekadar apa yang ada. Alhamdulillah, beban emak sedikit
ringan apabila abang-abang di universiti mengirim duit biasiswa masing-masing
untuk adik-adik di kampung. Pernah abang saya cerita, dia sanggup ikat perut
semata-mata untuk hantar duit ke kampung.
Sepanjang ingatan saya, semasa ayah masih
hidup dan sihat, dia tidak pernah bertanya tentang pencapaian pelajaran
anak-anak, tapi ayah selalu tanya tentang solat berjemaah di masjid atau tak.
Arwah ayah selalu pesan, "tidak guna belajar tinggi dan pangkat tinggi
tapi solat jemaah tidak dijaga". Arwah ayah memang sangat menekankan
pendidikan agama dan praktikalnya.
Walaupun kami masa masih bersekolah dan sangat
sibuk dengan mencari duit tapi kami tetap ke masjid solat jemaah. Kami cuma
dapat belajar ketika di sekolah sahaja kerana di rumah kami sibuk dengan kerja
dan mengasuh adik-adik yang masih bayi. Namun, syukur semuanya kini cemerlang
dalam pelajaran.
Pesanan untuk ibubapa, bagi mendapat keluarga
yang bahagia di dunia dan akhirat berilah penekanan pada pendidikan agama
terutamanya solat. Anak-anak lelaki mesti dibiasakan dengan solat jemaah.
Skrg bila tengok orang yg kutip tin dan botol
di tepi jalan saya teringat keadaan saya dulu2. Walaupun saya dah hidup senang
dan alhamdulillah bisnes Public Mutual saya maju tapi saya tak lupa asal usul
saya.
- Mummy Ira -
- Mummy Ira -