Assalamualaikum..
London - Memiliki
tubuh badan yang sasa atau ‘sado’ mungkin menjadi idaman ramai lelaki kerana
percaya otot yang lebih besar menjadikan mereka lebih kuat.
Bagaimanapun, satu
kajian sekumpulan penyelidik di Universiti Manchester Metropolitan di Britain
mendapati otot yang besar tidak semestinya menjadikan anda kuat.
Kajian Profesor Hans
Degens dan pasukannya mendapati tisu otot yang sederhana menghasilkan lebih
tenaga berbanding tisu otot yang terlalu besar.
Hasil kajian kumpulan
itu diterbitkan di majalah Experimental Physiology baru-baru ini.
Degens dan pasukannya
mengkaji 12 ahli bina badan, enam atlet sukan dan 14 lelaki normal yang aktif
secara fizikal.
Penyelidik itu
kemudian mengkaji dan mengukur saiz sel otot setiap subjek bagi membolehkan
mereka mengenal pasti tenaga yang dihasilkan serta kualiti otot.
Kajian mendapati,
walaupun ahli bina badan memiliki sel otot yang lebih besar berbanding lelaki
biasa, tenaga yang dihasilkan lebih rendah.
Atlet sukan pula
didapati memiliki kualiti otot yang hampir sama seperti lelaki biasa yang
aktif, tetapi mampu menghasilkan tenaga lebih cepat menjadikan mereka lebih
kuat.
“Ramai antara kita
kagum dengan otot besar ahli bina badan dan beranggapan mereka kuat seperti
watak komik Incredible Hulk.
“Bagaimanapun, kami
dapati sel otot ahli bina badan menghasilkan kurang tenaga berbanding lelaki
biasa yang aktif,” katanya. - Agensi
- Mummy Ira -