Assalamualaikum..
Jom..besok 19/9/15.. warga Alor Setar dan sekitar dengannya..pakat beramai sertai kayuhan jelajah Desa Jerlun. Sapa berminat nak kayuh basikal dengan MB boleh pi naa tapi mesti ada basikal. Kalau tak dak basikal camna nak kayuhnya. Kalau boleh tu bawak basikal sendiri tak payah nak pinjam2 orang punya..baru kayuh pun puas hati.
Kredit Mukhriz Mahathir FC
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Ada member Saya yg dok kat Sungai Petani bagitau, nak makan Nasi Arab yang sedap boleh pi ke AL HAURA ARABIC KOPITIAM.
Cari dalam fb..jumpa la page kedai makan ni. Depa kata, makanan2 nya semua sedap...Nasi arab
alhaura lain dari yg lain..AYAM dan KAMBING DI BAKAR. NASI ARAB ni makan dalam talam..ayaq asam pon sedap..kambing dan ayam mmg juicy..ayaq GREEN TEA pon sedap LEMAK2 MANIS
rasanya..
alamat :
Bandar Laguna Merbok SUNGAI alamat lengkapnye 32B, LRG BLM 1/4..atau taip saja di WAZE "AL HAURA ARABIC KOPITIAM"
Waktu operasi:
12.00ptg-11malam setiap hari,
jumaat dari pkl 2:30ptg-12mlm..
isnin cuti.
sebarang pertanyaan boleh hubungi :
SHAHRIL 0174061204 atau ATY 0168020419
*free wifi
*surau di sediakan
*the best Nasi Arab in Town
#alhauraarabickopitiam
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
kredit fb
- Mummy Ira -