Video seorang hafiz muda, Jihad Al Maliki, seorang kanak-kanak buta penglihatan. Matanya buta tapi hatinya tidak. Mula menghafal quran sejak umur 5 tahun - skrg beliau berumur 7 tahun. Mampu ingat dengan pantas ayat berapa, surah apa, juz berapa, hizb berapa, ayat muka surat kanan atau kiri, ayat pada muka surat berapa. Tahu ayat-ayat lain yg bersamaan di dalam quran. Masyaallah.
Mungkin berkat ibunya yang sering mendengar alunan quran sejak mengandungkan beliau sehingga beliau berumur 5 tahun. Orang kata hafal quran itu sangat sukar, tapi untuk dirinya sangat mudah katanya.
Ha..sapa Aika, Aifa dan Aira Azman ni. Maybe ada yang kenai maybe ada yang tak kenai. Tapi kalau sapa ikut sukan squash..konpom kenai. Apa yang menariknya, depa ni 3 beradik. Yang lagi menariknya 3 org beradik ni jugak aktif dalam sukan squash. Kiranya dok main squash la dan trio beradik pelapis squash negara. Main untuk wakil Malaysia dan untuk kejohanan tempatan dan juga antarabangsa.
Banyak juga kejohanan tempatan dan juga antarabangsa yang depa masuk..cam yang terbaru ni. Kan keluar paper pasai Aira telah muncul juara Aifa dapat no 2 di Kejohanan Squash Hong Kong Junior Open 2015 yang berlangsung dari 12 hingga 16 Ogos lepas.
Yang terbaru ni Aifa turut serta dalam Asian Junior Squash Championships in Teheran, Iran. Berita gembira sebab Aifa juara dalam kategori (girls’ Under-15). Tahniah
Asian Junior Squash Championships
Camna Saya boleh kenai 3 beradik ni. Memang kenai laaa..depa ni orang Kedah. Aika sekarang kat sekolah bukit jalil. Aifa sek men convent exStudent Sek Keb Jln Pegawai dan Aira student Sek Keb Jalan Pegawai. Dah tau lama dah 3 beradik ni main squash cuma kisah depa tak keluaq paper sangat. Rasanya kalau ada kejohanan tempatan atau antarabangsa..nama depa mesti ada tapi dalam paper the star.
Semoga Aika, Aifa dan Aira terus berjaya dan cemerlang dalam sukan squash. Tumpang bangga dengan kejayaan anak anak Kedah.
Aika, Aifa dan Aira dalam SPM..sorry audio kurang memuaskan.
kredit pic dari fb kak Anis Haniza Ahmad - Mummy Ira -
Hari ni mula la festival AOR 2015'
bertempat di Keriang Hill Resort , Gunung Keriang ( Kedah ) yang akan berlansung selama 3
hari bermula hari ni 28 – 30/8/2015.
Banyak aktiviti yang menarik disediakan
untuk para pengunjung. Antaranya aktiviti seperti AOR Music, AOR Literary Fest,
AOR Talks dan jualan akan diadakan.
Festival ni akan dirasmikan Menteri
Besar Kedah besok 29/8/15 pada 2.30
petang.
Haa..tunggu apa lagi. Kalau nak
tau apa lagi aktiviti yang ada kat sana..jom pakat pi serbu ramai2..jom kita pi
jom..
Info berguna untuk para ibu bapa
yang mempunyai anak kecil. Boleh la kita cuba urutan ni kat anak anak kecil
kita. Saya pun amalkan urut mengurut ni kat anak anak Saya. Jom cuba..
Sebelum ni tak pernah dengaq
lagi la berita misteri camni. Tak tau kalau memang ada kes camni..Saya ja yang
tak pernah tau. Apa yang misterinya..jom baca..
Seorang pensyarah
kolej swasta dari Georgetown tidak dapat tidur sejurus melihat lembaga aneh
seakan pocong di dalam gambar yang dirakam rakannya semasa melawat sebuah rumah
kosong di berdekatan Wisma Darul Aman, Alor Setar Kedah, kelmarin.
Gambar yang diambil
oleh rakannya itu dipercayai dirakam pada jam 12 tengah hari di kawasan rumah
warisan Melayu di Alor Setar berkenaan.
Mohd Zaidi Mahmud
berkata dia tidak menyedari kehadiran lembaga berkenaan namun hanya
menyedarinya selepas melihat semua gambar tersebut malam tadi.
"Mulanya saya
hanya melihat gambar tersebut sekali imbas dan kemudiannya memuat naik dalam
akaun facebook pada petang selepas pulang dari rumah berkenaan.
"Sebelum tidur
saya sekali lagi melihat gambar-gambar yang diambil tengah hari tadi (semalam)
dan terperanjat selepas saya meneliti di jendela yang berada dihujung sekali
ada lembaga seakan pucong sedang merenung keluar dari tingkap di situ,"
katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di rumahnya di Georgetown, di sini,
semalam.
Sumber berkata,
pihaknya sukar menafikan perkara berkenaan disebabkan pelbagai kejadian sama
pernah didakwa berlaku di rumah Tok Su terbabit.
Menurutnya, rumah
berkenaan milik seorang individu Bandar Baharu yang diletakkan di kawasan itu
sebagai tarikan pelancongan ketika zaman Tan Sri Sanusi Junid sebagai Menteri
Besar Kedah.
Katanya, rumah
berkeluasan 1,700 kaki persegi mempunyai sebanyak 34 tiang, enam ruang utama
iaitu beranda, rumah ibu berbumbung Limas potongan Belanda dan Beranjung, ruang
tengah, selang dapur dan pelantar.
"Ada pasangan
pengantin merakam gambar mereka, tetapi hanya imej rumah saja terpapar,"
katanya.
Zahirah Dzahir.
Part Time Mommy Blogger | Full Time Housewife | Blogger Utara | Blogger Kedah | Mommy Anak 3 termasuk Kembar | Wife Haris Fadilah .
For Collaboration | Advertorial | Review | Event dan sebagainya. Boleh hubungi ieradzahir@gmail.com