Viral/Trending - Betui Ka Rumah Tok Su Dekat Wisma Darulaman Ada 'Pocong' ?
By Zahirah Dzahir - 8/27/2015 06:11:00 PTG
Assalamualaikum..
Sebelum ni tak pernah dengaq lagi la berita misteri camni. Tak tau kalau memang ada kes camni..Saya ja yang tak pernah tau. Apa yang misterinya..jom baca..

Seorang pensyarah
kolej swasta dari Georgetown tidak dapat tidur sejurus melihat lembaga aneh
seakan pocong di dalam gambar yang dirakam rakannya semasa melawat sebuah rumah
kosong di berdekatan Wisma Darul Aman, Alor Setar Kedah, kelmarin.
Gambar yang diambil
oleh rakannya itu dipercayai dirakam pada jam 12 tengah hari di kawasan rumah
warisan Melayu di Alor Setar berkenaan.
Mohd Zaidi Mahmud
berkata dia tidak menyedari kehadiran lembaga berkenaan namun hanya
menyedarinya selepas melihat semua gambar tersebut malam tadi.
"Mulanya saya
hanya melihat gambar tersebut sekali imbas dan kemudiannya memuat naik dalam
akaun facebook pada petang selepas pulang dari rumah berkenaan.
"Sebelum tidur
saya sekali lagi melihat gambar-gambar yang diambil tengah hari tadi (semalam)
dan terperanjat selepas saya meneliti di jendela yang berada dihujung sekali
ada lembaga seakan pucong sedang merenung keluar dari tingkap di situ,"
katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di rumahnya di Georgetown, di sini,
semalam.
Sumber berkata,
pihaknya sukar menafikan perkara berkenaan disebabkan pelbagai kejadian sama
pernah didakwa berlaku di rumah Tok Su terbabit.
Menurutnya, rumah
berkenaan milik seorang individu Bandar Baharu yang diletakkan di kawasan itu
sebagai tarikan pelancongan ketika zaman Tan Sri Sanusi Junid sebagai Menteri
Besar Kedah.
Katanya, rumah
berkeluasan 1,700 kaki persegi mempunyai sebanyak 34 tiang, enam ruang utama
iaitu beranda, rumah ibu berbumbung Limas potongan Belanda dan Beranjung, ruang
tengah, selang dapur dan pelantar.
"Ada pasangan
pengantin merakam gambar mereka, tetapi hanya imej rumah saja terpapar,"
katanya.
Sumber: myMetro
0 orang berborak di sini!