Assalamualaikum..
Selamat hari guru pada guru-guru yg pernah mencurahkan ilmu buat diri ini..cikgu2..
- Tadika Telok Kechai
- Sekolah Kebangsaan Sungai Korok skrg SK Jalan Pegawai
- Maktab Mahmud Alor Setar
- Kolej Islam Darul Ehsan ( KISDAR ) skrg Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
dan buat semua sedara mara, rakan2 dan semua yg bergelar guru wlu di mana berada...
Selamat Hari Guru
Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Kalau kita dengar sesetengah bakal doktor study kat luar negara..pakat kata hebat. Balik mai Malaysia confirm dapat ilmu banyak. Ya betul..tak dinafikan mesti dapat ilmu tu lebih tapi kesian jugak dekat sesetengah bakal doktor ni..yang mana balik Malaysia alami tekanan emosi. apa sebabnya..jom artikel yang diasiarkan pada 14/5/15
- 25 peratus doktor muda lepasan luar negara alami tekanan emosi
- Doktor lepasan luar negara alami tekanan emosi?- 25 peratus doktor muda lepasan luar negara alami tekanan emosi
25 peratus doktor muda lepasan luar negara alami tekanan emosi
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/54809
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/54809
SEBANYAK 25 peratus doktor muda lepasan luar negara yang pulang untuk meneruskan kerjaya mereka di negara ini dikesan mengalami tekanan emosi.
Perkara ini dinyatakan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya bahawa tekanan tersebut disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya mereka gagal menyesuaikan diri berikutan perbezaan situasi semasa belajar di luar negara berbanding senario sebenar di lapangan di dalam negara.
"Ada negara (institusi pengajian inggi) tempat pelajar Malaysia belajar, mereka tidak dibenarkan melihat dan merawat pesakit dan hanya belajar menggunakan modul. Jadi mereka tidak pernah didedahkan dengan kaedah sebenar rawatan.
"Berbanding doktor (pelajar perubatan) yang belajar di dalam negara, mereka lebih mudah menerima dan telah biasa dengan keadaan sebenar di hospital kerajaan mahupun swasta," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kementerian Kesihatan peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur, hari ini.
Selain itu Dr Hilmi berkata terdapat negara yang mengajar ilmu kedoktoran mengikut terminalogi masing-masing sehingga menyebabkan timbul kekeliruan dalam kalangan doktor muda Malaysia setelah mereka kembali berbakti dalam negara.
Beliau berkata faktor itu menyebabkan doktor pelatih perlu belajar semula untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sebenar merawat pesakit di dalam negara.
"Tekanan ditambah dengan sikap segelintir doktor senior yang membuli doktor muda sehingga ramai yang mengalami tekanan emosi dan mengambil keputusan berhenti daripada kerjaya mereka," katanya.
Beliau berkata pihaknya telah memberi nasihat kepada doktor muda dan turut mengadakan minggu orentasi selain menggunakan khidmat pakar bagi melegakan tekanan yang dihadapi mereka. - Bernama
KUANTAN: Sebanyak 25 peratus doktor muda lepasan luar negara yang pulang untuk meneruskan kerjaya mereka di negara ini dikesan mengalami tekanan emosi. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata tekanan itu disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya mereka gagal menyesuaikan diri berikutan perbezaan situasi semasa belajar di luar negara berbanding senario sebenar di lapangan di dalam negara.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/54809
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/54809
Assalamualaikum..
1. Mendengar dan memahami apa sebenarnya di sebalik ‘ketidak-jujuran’ itu. Membaca riak wajah, memahami apa yang mereka lalui seharian atau mungkin ada hajat yang tidak dipenuhi. Take time and listen.
Boleh rujuk kembali post saya ‘pendengar terbaik di dunia’ dan ‘sebab mengapa anak berbohong’
2. Bila ingin menyalahkan/menghukum mereka, jangan lupa mereka sebenarnya masih kecil. Nilai mereka berdasarkan berapa usia kematangan mereka. Jangan pukul rata, padahal usia yang berbeza mencerminkan tahap perkembangan peribadi yang berbeza. Anak 3 tahun yang ‘berbohong’ tak sama nilai kesalahannya dengan anak 13 tahun yang berbohong. Tak logik kedua-duanya kena hukuman yang sama. Ingat! Yang salah ialah perbuatan mereka, it’s the behaviour that was wrong, not the person.
3. Bina hubungan dengan anak anda. Jadikan mereka hormat pada anda sehingga anda menjadi orang ‘terakhir’ yang dia akan tipu dalam dunia ini. Ibu bapa yang jarang di rumah; bila dirumah asyik menghadap telefon; bila diminta tolong bacakan buku, ajar mengaji susah; semua ini antara sikap yang menghakis hormat anak pada ibubapa.
4. Tunjukkan contoh. Jangan menipu, bercakap bohong, jenaka yang melampau tak kira terhadap anak, isteri, suami atau orang lain. Cuba jujur dalam apa jua keadaan. “Abi tak bagi sebab kakak dah makan banyak aiskrim tadi, nanti gigi rosak, sakit gigi, tak boleh ke sekolah” lebih baik dari ‘makanlah lagi nanti Abi letak kakak dalam peti ais!”
5. Untuk anak yang berusia 7 tahun ke atas, mula didik ‘responsibility’. “Kalau abang buat ini jadi begini, tak buat ini jadi begini”. Bagi mereka faham, apa yang mereka lakukan tak habis disitu sahaja, ada kesan. Saya ajar anak saya ‘responsibility’ dengan binatang peliharaan. Bila dia tahu tanggungjawab, dia tahu kesan baik buruk perbuatan dia, dia akan nampak value jujur dalam diri.
Kalau tertangkap mereka berbohong, ajar mereka perbaiki sendiri keadaan ‘kalau tak solat, suruh qadha’ solat depan kita, kalau tak jaga adik, potong waktu bermain.
6. Disiplin dengan hukuman. Menghukum mereka kerana ‘berbohong’ boleh mengajar mereka agar tidak mengulang perbuatan. Namun hukuman tidak semestinya fizikal. Boleh jadi tak dapat bintang (system star-chart), kurangkan masa main, duduk sudut bilik (ikut usia – 1 minit untuk satu tahun), jangan bercakap dengannya untuk suatu tempoh, tangguh plan jalan-jalan.
7. Terangkan kepada mereka mengapa mereka dihukum. Sebelum dan selepas hukuman, brief mereka why do they deserve this. Bagi yang lebih besar, Tanya mereka apa yang mereka dapat bila dihukum.
8. Be consistent dengan disiplin. Jangan bermusim, memilih, dan tak serius dalam mendisiplinkan anak. Mereka akan dapat mesej bahawa mereka dihukum kerana ‘mood’ mak ayah, bukan kerana kesalahan.
9. Reward kejujuran mereka. Jangan hanya nak menghukum. Bila mereka jujur, iktiraf kejujuran mereka, puji dan bagi hadiah. Tak semestinya fizikal. Extra play time, extra ice-cream semua dikira. Maklumkan mereka reward ini kerana mereka jujur, kalau tak tak akan dapat.
10. Didik mereka seawal mungkin dengan Aqidah, Allah maha melihat, syurga, neraka, konsep dosa dan pahala. Guna cerita, hadith, movie, nasyid dan sebagainya. Sedikit demi sedikit dan sentiasa relate semula dengan perilaku seharian mereka.
Saya juga masih balajar dan bertatih dalam pengembaraan mendidik anak ini. Setiap anak dan keluarga berbeza. Apa yang kita lalui menjadi manual yang tersendiri dalam mendidik anak. Apa yang saya kongsikan adalah panduan umum, saya alu-alukan para ibubapa yang berpengalaman berkongsi bersama pengalaman masing-masing dalam ruangan komen.
Dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya kejujuran itu membawa kepada kebaikan, dan kebaikan menghantarkan ke dalam syurga. Tidaklah seseorang berbuat jujur hingga Allah mencatatnya sebagai orang yang selalu jujur. Dan berbohong itu membawa kepada kejelekan, dan kejelekan itu menghantarkan ke dalam neraka. Sungguh seseorang terbiasa bohong hingga Allah mencatatnya sebagai seorang pembohong.” (HR. Bukhari No. 6094, Muslim No. 2607)
sumber fb Dr Rozanizam Zakaria
Assalamualaikum..
'kakak dah ambil wudhu'?' 'dah'
'sapa yang tumpahkan air?' 'bukan kakak..'
'tadi dah makan vitamin kan?' 'belum lagi..'
'ye ker ni???'
Bila mak ayah tahu anak-anak tak cakap benar, atau bahasa lainnya berbohong, ia akan jadi drama yang boleh memecah keheningan rumah. Ada yang akan naik suara, lawan hujah macam laywer, soal jawab macam penyiasat dan ada yang naik marah sampai didik anak dengan 'tangan'. Bagi yang emosi, ada yang terluka dengan perilaku anak lantas menyalahkan diri.
'Bercakap benar' adalah sifat/akhlak yang abstract. Kanak-kanak tidak terus memahaminya secara lahiriah. Ianya adalah konsep yang berkembang, sebagaimana perkembangan minda dan personaliti mereka. Oleh itu, ibubapa perlu faham bahawa ianya tidak akan terjadi secara automatik, tetapi 'develop' sedikit demi sedikit berdasarkan pendidikan, pengalaman dan persekitaran.
Silap ibubapa yang cepat menghukum ialah LUPA bahawa anak-anak tidak semestinya memahami dunia sebagaimana kita faham. LUPA kita juga pernah kecil, pernah curi-curi minum air masa mandi di bulan ramadhan dan tak mengaku bila calarkan kereta ayah masa main basikal.
Kenapa kanak-kanak berbohong?
KELIRU DENGAN APA YANG BETUL/SALAH
Kanak-kanak bertindak mengikut persekitaran dan interaksi dengan ibubapa/cikgu. Respon mereka pada sesuatu persoalan bergantung kepada reaksi kita. Sebab itu bila kita tanya soalan dalam nada marah, mereka tend untuk menjawab sesuatu yang 'menyelamatkan' diri. Pada kita BOHONG, pada mereka TAK MAHU AYAH MARAH. SALAH pada kita, tetapi bagi mereka inilah yang SEPATUTNYA dilakukan. Bila kita hukum mereka tanpa menjelaskan hal sebenar, mereka jadi lebih keliru.
MANA TUMPAHNYA KUAH
Antara teori pendidikan yang famous ialah 'modelling theory' - teknik belajar dari orang yang lebih besar.
'nanti ayah belilah', 'kalau bising nanti polis datang', kalau buat lagi ayah hantar dekat luar', 'polis tak bagi duduk depan'
Semua ini ialah ayat penyedap yang jadi zikir dan wirid ramai ibubapa.
Realitinya?
Jadi bila anak-anak kena piat telinga bila bohong, si ibu tolong piat telinga ayah juga bila ajar anak bohong. Siayah juga jangan lupa piat telinga ibu. (metafora je ni, jangan buat betul-betul!)
TAKUT BUAT SILAP
Bila kita dimomokkan dengan dunia serba sempurna dalam media, kita cuba didik anak-anak kita bahawa hidup ini tiada ruang untuk silap, salah sebut, tertumpah air, terconteng dinding dan terpukul adik. Semua akan berakhir dengan mak berleter, ayah naik suara. Apa yang lebih teruk, bila hukuman mendahului penjelasan, soal selidik dan budi bicara. Tambah pula dengan 'perasa' emosi dan panas baran mak ayah.
Bila Kita cipta budaya itu dalam keluarga, anak-anak akan takut 'buat silap', when imperfection does happen..jalan paling selamat- bohong.
PENGARUH
Terutama zaman remaja, pengaruh rakan sebenarnya mendahului pengaruh ibubapa dan guru. Apatah lagi kalau anak-anak tidak nampak sinar bahagia dalam rumah. Kawan bohong dan ajar berbohong adalah sebahagian 'ilmu' yang mereka akan saling pelajari dan ulangkaji bersama-sama.
Sebelum menghukum, fikirkan dulu apa sebenarnya yang berlaku dan kenapa ia berlaku. Sudah tentu jalan mudah marah, tengking dan hukum. Tapi jangan harap ia akan jadi kemarahan, tengkingan dan hukuman yang terakhir anda.
Nak jadi ibubapa kena jadi macam psikologis juga, kena fikir, analisa dan cari punca, baru ubah.
Bahagian ke-2. Apa nak buat? 10 Tips Menangani Isu Anak Berbohong
sumber fb Dr Rozanizam Zakaria
Pengebom Boston Dzhokhar Tsarnaev Dijatuhi Hukuman Mati Dengan Suntikan Maut
5/16/2015 05:50:00 PTG
Assalamualaikum..
Barisan panel juri hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap Dzhokhar Tsarnaev di atas tuduhan melakukan serangan bom ketika berlangsung maraton di Boston, pada April 2013.
Hukuman dijatuhkan selepas 14 jam perbincangan oleh pihak juri yang diadakan selama tiga hari.
Juri mengambil lebih 14 jam untuk memutuskan hukuman mati untuk enam daripada 17 tuduhan bagi Tsarnaev yang merupakan seorang beragama Islam yang diberi status warganegara Amerika Syarikat ketika kecil.
Perbincangan kes berkenaan diadakan selama tiga hari dan 12 panel juri terpaksa sebulat suara menjatuhkan hukuman mati terhadap Tsarnaev. Jika tidak, bekas pelajar universiti berketurunan Chechen itu secara automatik akan menerima hukuman penjara seumur hidup tanpa parol.
Hukuman mati ke atas Tsarnaev, 21 akan dilakukan secara suntikan maut.
Dalam insiden pada 3 April 2013 itu, tiga orang terbunuh manakala lebih 260 cedera apabila bom yang diletakkan Tsarnaev dan abangnya meletup di garisan penamat.
Sebelum ini peguam Tsarnaev mengakui anak guamnya memainkan peranan dalam serangan itu, tetapi ia didalangi dan dirancang abangnya.
Tsarnaev yang menghilangkan diri selepas kejadian itu kemudiannya ditahan empat hari kemudian ketika bersembunyi di dalam sebuah bot.
Abang Tsarnaev bagaimanapun terbunuh selepas ditembak ketika cuba melarikan diri.
- Reuters
sumber
Assalamualaikum..
#PerlukanBantuan
Jom kita bantu dan beri sumbangan ikhlas untuk Keluarga Adik Idlan Adam Rizki Bin Zulkifli
Adik Idlan Adam (2 bulan) disahkan mempunyai masalah saluran jantung yg sempit, paru2 berada di kedudukan tidak betul serta keadaan usus yang membengkak selain tidak mempunyai limpa.
Adik Idlan Adam perlu menjalani pembedahan sebanyak 3 kali sehingga usia 2 tahun dan telah menjalani pembedahan pertama pada 1 Mei 2015. Pembedahan kedua pula pada usia 6 bulan. Adik Idlan telah ditempatkan di Institut Jantung Negara sejak dilahirkan lagi
Demi menjaga adik Idlan bapanya En Zulkifli telah berhenti kerja pada 30 April 2015 dan ibunya juga merancang untuk cuti tanpa gaji selama setahun untuk rawatan susulan adik Idlan di IJN.
Sama2 kita bantu kurangkan beban keluarga ini yg telah menggunakan semua wang simpanan dan gaji untuk menampung kos sara hidup juga perjalanan dalam mendapatkan rawatan susulan buat Adik Idlan. Adik idlan juga ada 3 adik beradik lain yang sedang bersekolah
Bantuan boleh disalurkan ke:
Zulkifli Bin Hasim
4703963509 (Public Bank)
17250095947 (Hong Leong Bank)
Nombor Telefon 0136201073
Adik Idlan kini berada di wad 1-4 (PICU) katil 3, Hospital Besar Melaka.
Bersama2 kita mendoakan kesihatan adik Adlan ini, semoga cepat menjalani pembedahan dan sembuh.
sumber facebook
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Awai pagi Jumaat hantaq Haziq Muqri ke Kompleks Belia Dan sukan..ada pertandingan lompat tali aka skipping katanya. Pagi Jummat ni jalan tak jem..nyaman ja suasana..sejuk ja..sat ja nak ke kompleks. Masa ni Saya berhenti kat lampu Isyarat. Terus tu, lalu Dataran Masjid Zahir.
Bila masuk tengahhari ja, dengan panas dengan jem..kereta pakat berebut sapa nak pi dulu. Yang bestnya 2 kali perjalanan Saya nak ke kompleks, 2 kali ni Saya berhenti kat tempat yang sama. Tu yang boleh ambek gambaq tuuu..
jalan masa pagi
jalan masa tengahhari
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Sekadar perkongsian -
Penyalahgunaan Tudung Zaman Kini
google
Tudung ‘Mickey Mouse’
Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.
Tudung Lilit
Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.
Tudung ‘See Through’
Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap. Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.
Tudung Jambul
Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.
Tudung ‘Singlet’
Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.
Tudung Saji
Sekejap pakai, sekejap tidak. Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.
sumber facebook
- Mommy Ira -
Assalamualaikum..
Sekadar perkongsian ilmu tentang kurma
1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?
2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?
3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?
4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?
5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?
7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?
8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?
9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?
10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?
11. Tahukah anda bahawa ada sesetgh fakta yg dinyatakan di atas, saya sndri pun baru tahu...
Jadi...Panjang2kanlah agar lbh ramai yg tahu....
sumber facebook Sahabat Halal
- Mummy Ira -