Assalamualaikum..
Salah 1 perkara yang wajib kita tau bila dalam perjalanan jauh ni ialah camna cara nak buat solat qasar dan jama'. Kalau tak dalam perjalanan jauh pun..tak salah kita tau tentang perkara ni. Senang nanti bila dalam perjalanan jauh tak perlu kita susah hati camna nak buat solat qasar dan jama' ni.
Jom baca..untuk pemahaman Saya sendiri dan semua.. Saya share dari laman Jakim
SOLAT QASAR
Takrifan Solat Qasar
adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang
empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara
solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
Hukum Qasar Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
i. Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud; “Dan apabila kamu
musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan
(memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
ii. Al-Sunnah yang bermaksud; ‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada
Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan
kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya
kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah
yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan
sedekah- Nya” (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
Jarak Dibenarkan Qasar Dua marhalah
iaitu empat burudin di mana
setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri
daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah
bersamaan 89 kilometer.
Syarat Solat Qasar
i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
ii. Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu)
iii. Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv. Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna)
v. Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
Niat
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)
SOLAT JAMA'
Takrifan Solat Jama’ terbahagi kepada :
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu
Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam
waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
Syarat solat jamak?
Solat jama' taqdim:
i. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.
ii. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib)
berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
Solat jama' taakhir:
i. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
Contoh niat solat jama'
Untuk Jamak Taqdim:
i. Jama’ Taqdim Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
ii. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana
Allah Taala)
Untuk Jama' Taakhir:
i. Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)
ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)
Semoga kita dapat memahami panduan solat qasar dan jama' dan dapat membantu kita bila berada dalam sesatu perjalanan jauh. Jangan buat tak kisah tentang solat.. atas alasan kita tak tau cara dan tak sempat nak solat.. Semoga setiap perjalanan kita akan diberkati Allah.
Sumber
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Rasanya ramai ibu bapa yang ada masalah Anak Tantrum ni..anak2 yang suka marah, mengamuk..termasuklah dengan anak2 Saya. Jom baca info yang Saya share dari FB Leo Zackery Ibrahim tentang Anak Tantrum dan Tips Nak Menanganinya
Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.
Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:
1- Pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- Bisik kan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- Baca ayat Quran dan A'uzu billahi minashaitanir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kepadanya dan anda.
4- Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.
*Kenali Apa Itu Tantrum?
Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala "Temper Tantrum" ialah suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyper-aktif. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap "sulit", dengan ciri-ciri sebagai berikut:
1) Kanak-kanak tidak cukup tidur.
2) Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur.
3) Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.
4) Lambat beradaptasi terhadap perubahan.
5) Emosi tidak tenteram (sering negatif).
6) Mudah marah dan mudah menangis.
7) Sulit dialihkan perhatiannya.
Tantrum termanifestasi dalam berbagai perilaku. Berikut adalah beberapa contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia:
Dibawah Usia 3 tahun
·Menangis
·Menggigit
·Memukul
·Menendang
·Menjerit
·Memekik-mekik
·Menghempaskan badan ke lantai
·Memukul-mukulkan tangannya
·Menahan nafas
·Menghentakkan kepala
·Melemparkan barang
·Menyangkung
·Memeluk tubuhnya
Usia 3-4 tahun
·Perilaku tersebut diatas
·Menghentakkan kaki
·Berteriak
·Meninju
·Membantingkan pintu
·Mengkritik
·Merengek
Usia 5 tahun keatas
·Perilaku-perilaku tersebut diatas
·Memaki hamun orang lain @ ibubapanya
·Menyumpah
·Memukul kakak @ adik @ kawan-kawannya
·Mengkritik diri sendiri
·Memecahkan barang dengan sengaja
·Mengancam
·Merungut
·Trauma @ fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak.
*FAKTOR PENYEBAB TANTRUM
Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya Tantrum. Diantaranya adalah seperti berikut:
1) Kehendak @ Keinginan Anak Di Halang
Setelah tidak berhasil meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, maka sianak mudah saja melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan mendesak ibubapanya agar memenuhi impiannya.
2) Ketidakmampuan anak mengungkapkan dengan perkataan
Kanak-kanak bawah usia 4 tahun memiliki keterbatasan bahasa. Amat sukar sekali untuk mereka menterjemahkan keinginan mereka dalam bentuk bahasa yang mudah untuk kita fahami. Oleh itu, kondisi mereka yang masih tidak betah telah menekan emosi mereka menjadi kecewa dan secara tidak langsung mewujudkan frustasi pada diri mereka dan disampaikan dengan sikap tantrum.
3) Pergerakan yang Terhad
Kanak-kanak yang hyper-aktif sudah biasa dengan pergerakan yang bebas tanpa kongkongan atau batasan. Sekiranya, ibubapa cuba mengawal pergerakan atau hadkan kelakuannya menjadi sopan dan bertertib, maka ini mewujudkan stress pada diri sianak. Untuk anak melepaskan stress, maka wujudnya tantrum. Sebagai contoh; anak hendak minum menggunakan gelas, ibu atau pengasuh tidak benarkan dan menggantikan dengan cawan plastik; sianak masih bertegas dengan keinginannya, maka telah wujud sifat amarah dalam dirinya dan untuk dia melepaskannya dia akan bersikap tantrum agar kehendaknya
diperbolehkan.
4) Asuhan Ibubapa
a. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba ada keinginannya yang lain tidak diikutkan.
b. Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan). Apabila anak melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba kita menegur dan menghukum, maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum.
c. Ibubapa bertelagah pendapat yang mana baik @ buruk untuk sianak.
5) Anak merasa penat, lapar atau dalam keadaan sakit.
6) Anak sedang stress
Samada anak penat dengan bebanan tugasan sekolah, dan lain-lain atau kerana merasa tidak aman (insecure).
7) Trauma @ Fobia
Anak diseksa atau pernah menyaksikan sesuatu yang ngeri atau diperkosa sejak kecil. Trauma yang melanda dirinya menjadikan emosinya tak tenteram. Kanak-kanak mengharapkan perlindungan yang aman. Apabila itu terjadi, dia beranggapan bahawa ibubapa tidak memberikan kasih sayang atau keamanan yang diharapkan. Maka dia akan tantrum untuk melepaskan tekanan yang melanda emosinya. Tantrum ini memakan masa untuk pulih dan akan terbawa sehingga dia dewasa.
Semoga ianya bermanfaat untuk semua..Sharing is caring....
Assalamualaikum..
Pernah dak makan mee kat Boat Noodle..mesti pernahkan. Kalau yang tak tau..yg ni.. bila abes makan pakat dok susun mangkuk jadi bertingkat..yang tu laaa. Rupanya kat Alor Setar pun ada Boat Noodle ni. Tu pun member yang bagitau..kalau dak pakai tak tau tu laa. Tapi ada yang tanya halal ka..Dijamin HALAL..owner dia Nor Ismawarni atau nama FB Mawar Ismail
Actually kedai ni .. BUTIK , kalau kat signboard dia HLM Boutique / Fantabulous Skincare tapi ada skali dengan Boat Noodle. Kiranya nak pi makan boleh..nak pi shopping pun boleh..nak pi untuk de 2 skali pun boleh. Sambei makan boleh shopping. Kalau sebelum pi tu..nak call dulu pun boleh..takut orang ramai..kot nak booking dulu pun boleh.
Nak cari butik ni pun memang kena tengok betui2. takut terlepas pandang. Butik ni tingkat atas..kena naik tangga n signboard kaler pink. meh kat bawah ni sya buh pic kot2 boleh bantu kalau ada yang nak pi..tapi kalau nak more details boleh pone ja owner dia..
kalau ada yang tanya kat mana..Saya jawab..Kat Jalan putra, bertentang dengan sek STAR, signboard Fantabulous kaler pink,
FB Mawar Ismail
IG Houseofladymawar
013-5969195
FB Mawar Ismail
IG Houseofladymawar
013-5969195
dalam kawasan LITC ni
seberang tu sek STAR
masuk pintu ni
pintu masuk
sapa yang nak shopping pun boleh. ada juga kuih kat stu
menu
boleh makan tiga mangkuk 'big mouth' ..kenyang..full tank..
yg ni pulak member..peminat Boat Noodle..
Mummy kepada twin gegel
more details boleh follow ig Mawar Ismail
So..sapa yang teringin nak makan Boat Noodle tu..boleh la pi kat Fantabulous Skincare..k
- Mummy Ira -