Assalamualaikum..
Sedih rasanya bila kena let go teadmill Takasima..bukan senang nak dapat..coz saya beli dengan harga RM1k ++ yang 2nd hand..Beli tahun lepas..kira tak sampai setahun lagi saya beli. Sebabnya ada masalah kesihatan sikit. So..dari dibiar tak guna baik jual..budak2 pun dok main..bahaya jugak n boleh rosak. Saya iklankan dalam mudah..alhamdulillah dalam masa seminggu dah ada orang yang nak beli..Jual je la kat orang Gurun. sedih memang sedih tapi nak buat camna..Cik Husband kata tak pa..nanti dah sihat ada rezeki len..kita beli..Sob..Sob..
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman menerusi pengumuman khas mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di RTM1, sebentar tadi.
"Kami secara rasmi mengisytiharkan pesawat MH370 sebagai satu kemalangan berdasarkan Standard of Annexes 12 dan 13 Chicago Convention," katanya.
Dengan pengisytiharan itu, kerajaan memahami ia suatu yang sukar kepada semua waris 239 penumpang dan anak kapal.
"Tanpa mengguris perasaan setiap ahli keluarga mangsa yang terkorban, pengumuman ini diharapkan mampu memberi bantuan yang mereka perlukan, termasuk proses pampasan.
"Kami juga memahami bahawa MAS bersedia untuk meneruskan dengan kadar segera proses pampasan, dengan kesediaan waris untuk mengambil tindakan," katanya.
Azharuddin berkata, bagi membolehkan setiap waris mendapat maklumat yang disahkan, laman web khas MH370. www.mh370.gov.my ditubuhkan, khusus untuk waris penumpang.
http://www.bharian.com.my/node/32252?MH
Kenyataan rasmi KP Jakim berhubung pengumuman DCA mengenai MH370.
Sumber dari FB Jakim..
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Tiba masa untuk servis kereta..ikutkan kena servis lama dah..tapi tak sempat..asyik dok guna ja kereta tu..dok tangguh2..kemaren Cik Husband kata kena jugak pi antar servis kereta tu coz dah banyak sangat dah kilometer kereta tu bergerak..di biar lama, nanti bahaya pulak jadinya. Akhirnya tiba masa kereta kebal kami masuk jugak workshop. Pi antar kat workshop kawan dia Amim Auto Garage. Nasib baik kereta tak banyak..boleh juga siap dalam masa 1 hari. Lega tak payah nak tinggal kereta. Cam biasa la dah servis..chek n tukar la apa yang patut..dah siap tunggu apa lagi..bayar n balik je laaa..
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Tragedi dua buah pesawat Penerbangan
Malaysia (MAS) dan sebuah kapal terbang AirAsia Indonesia QZ8501 tahun
ini telah menggemparkan dunia.
Dalam kejadian pertama pada 8 Mac, pesawat MH370 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China hilang daripada radar pada pukul 12.41 pagi di ruang udara Vietnam selepas kira-kira dua jam berlepas.
Pesawat itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Pelbagai teori dikaitkan dengan misteri kehilangan MH370 termasuk ditembak jatuh oleh tentera Amerika Syarikat yang berpangkalan di kepulauan Diego Garcia di Lautan Hindi.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan bagi mengesan MH370 mencatat rekod sebagai yang terbesar dan paling mahal dalam sejarah penerbangan dunia.
Dalam kejadian pertama pada 8 Mac, pesawat MH370 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China hilang daripada radar pada pukul 12.41 pagi di ruang udara Vietnam selepas kira-kira dua jam berlepas.
Pesawat itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Pelbagai teori dikaitkan dengan misteri kehilangan MH370 termasuk ditembak jatuh oleh tentera Amerika Syarikat yang berpangkalan di kepulauan Diego Garcia di Lautan Hindi.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan bagi mengesan MH370 mencatat rekod sebagai yang terbesar dan paling mahal dalam sejarah penerbangan dunia.
Pada 17 Julai, negara sekali lagi diuji apabila menerima khabar menyedihkan berhubung pesawat MH17 yang ditembak jatuh dan mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.
Pesawat Boeing 777-200 MH17 itu dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur.
Selepas empat jam berlepas meninggalkan Lapangan Terbang Schiphol, pesawat terbabit terhempas di Donestk, timur Ukraine selepas ditembak dengan objek berkelajuan tinggi.
Sehingga kini, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan pembunuhan di ruang udara itu.
Sementara itu, pesawat Airbus A320-200 milik AirAsia Indonesia QZ8501 pula yang membawa 162 penumpang termasuk tujuh kru dipercayai terhempas di sekitar Selat Karimata, Laut Jawa pada 28 Disember lalu.
Pesawat itu dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura sebelum terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Indonesia pada 6.12 pagi.
Usaha-usaha mengeluarkan mangsa sedang giat dilakukan setelah operasi SAR berjaya menemui lokasi kejadian semalam di perairan Pulau Kalimantan.
sumber
kamithemedia.blogspot.com