Assalamualaikum..
Alhamdulillah..dah pun nak berakhirnya tahun 2014. Cepat sangat masa berlalu. Sepanjang tahun 2014 ni..Ada yang best jadikan sebagai kenangan indah dan yang tak best kita lepaskan dan jadikan sebagai pengajaran yang berguna dalam hidup..
Buat Keluarga : Koranglah yg terpenting dalam hidup saya..
Buat Sahabat : Jangan lupa kan saya ya, ingat2 lah kat saya ni..
Buat kawan2 : Maaf ya kalau saya ada buat silap dan salah, yg disengaja mahupun tak disengajakan.
Buat Yg Tak Suka Kat saya : Maaf jika selama ini saya selalu salah dimata kamu
Buat yg sayang pada saya : saya juga sayang pada kamu.
Buat org yg prnah menyakiti saya : Terima kasih ya kerna sudah mngajar saya bgaimana utk trus tabah dan sabar.
Buat yg baru nak kenal dgn saya : Terima kasih sebab sudi nak kawan dengan saya..walaupun kita tak pernah jumpa..hanya jumpa di alam maya..
Terima kasih semua sebab sudah ada dalam hidup saya, yg menjadikan tahun 2014 saya jadi ceria.
Terima kasih semua
Harap maaf kan saya andai ada silap
Assalamualaikum..
google
Berita gembira untuk semua..Harga petrol turun 35 sen, diesel 30 sen akan berkuatkuasa tengah malam ini.. 1 Januari 2015..
Kalau tak harga RON95, RON97 , Diesel sebelum ni..1 Disember 2014
-RON95: RM2.26 Sen Seliter
-RON97: RM2.46 Sen Seliter
-Diesel: RM2.23 Sen Seliter
Harga Terkini RON95, RON97 , Diesel untuk 1 Januari 2015
RON95: RM1.91 Sen Seliter
RON97: RM2.11 Sen Seliter
Diesel: RM1.93 Sen Seliter
sumber BH Online
* dah harga minyak turun, pakat tunggu pulak harga barang turun ka dak..
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Baru ni saja bawak anak2 pi main bowling, kira pi sefamily. Ikutkan tak bawak kembar kecik 2 org tu..takut nanti depa kacau. Tapi Cik Husband kata tak bawak pun kesian, so bawak la jugak. Kami pi main kat Sky Bowl di Pacific Star Parade Alor Setar. Orang tak ramai tak, lane banyak kosong. Main pun 2 games, tak lama coz kembar buat perangai nak main sama.
ada jual makan n minum
abah ngajar anak cara buat balingan
nak bagi diam bagi makan
dok sat ja, bangun pakat dok berjoget plak
tak mau main boleh urut badan
ni cam kedai nak beli bola bowling ka, nak service bola ka..
boleh la skali skala ak bawak sefamily pi main. Bagi saya tempat ni ok coz lepas abes main nak pi shopping pun boleh coz Sky Bowl ni memang dalam Supermarket pun...
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Semua orang pakai jam tangan. Tak kira kanak2 ka dewasa ka warga emas ka mesti pakai. Ada juga sesetengah yang tak pakai jam tangan..rimas katanya. Termasuklah saya. Masa belajar dulu ja saya pakai jam tangan. Habis belajar, mula kerja tak pakai dah. Nak tengok jam, tengok kat dinding, tak pun komputer, tak pun henset.
Pakai jam ni pulak ada macam2 cara pakai, ada pakai kat tangan kiri..ada pakai kat tangan tangan kanan. Ada juga yang buat personaliti sapa pakai jam tangan kanan tu camna orangnya. Begitu juga sebaliknya yang pakai jam tangan kiri.
Ni info saja suka suka tau..jangan ada yang percaya pulak..kalau ada yang sama , kebetulan ja tu. K ..
- Mummy Ira -