Assalamualaikum..
Baru ni saja bawak anak2 pi main bowling, kira pi sefamily. Ikutkan tak bawak kembar kecik 2 org tu..takut nanti depa kacau. Tapi Cik Husband kata tak bawak pun kesian, so bawak la jugak. Kami pi main kat Sky Bowl di Pacific Star Parade Alor Setar. Orang tak ramai tak, lane banyak kosong. Main pun 2 games, tak lama coz kembar buat perangai nak main sama.
ada jual makan n minum
abah ngajar anak cara buat balingan
nak bagi diam bagi makan
dok sat ja, bangun pakat dok berjoget plak
tak mau main boleh urut badan
ni cam kedai nak beli bola bowling ka, nak service bola ka..
boleh la skali skala ak bawak sefamily pi main. Bagi saya tempat ni ok coz lepas abes main nak pi shopping pun boleh coz Sky Bowl ni memang dalam Supermarket pun...
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Semua orang pakai jam tangan. Tak kira kanak2 ka dewasa ka warga emas ka mesti pakai. Ada juga sesetengah yang tak pakai jam tangan..rimas katanya. Termasuklah saya. Masa belajar dulu ja saya pakai jam tangan. Habis belajar, mula kerja tak pakai dah. Nak tengok jam, tengok kat dinding, tak pun komputer, tak pun henset.
Pakai jam ni pulak ada macam2 cara pakai, ada pakai kat tangan kiri..ada pakai kat tangan tangan kanan. Ada juga yang buat personaliti sapa pakai jam tangan kanan tu camna orangnya. Begitu juga sebaliknya yang pakai jam tangan kiri.
Ni info saja suka suka tau..jangan ada yang percaya pulak..kalau ada yang sama , kebetulan ja tu. K ..
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Kaedah dalam mendidik anak-anak supaya cemerlang sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.
Menurut Datuk Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.
Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:
Tahap pertama:
Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.
Tahap kedua:
Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
Tahap ketiga:
Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.
Tahap keempat:
Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.
1. Kaedah pesanan dan arahan.
Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
- Mengenai solat di awal waktu
- Adab dengan orang tua-tua
- Adab dengan guru
- Adab dengan kawan-kawan
- Tugas harian di rumah
- Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
- Tatacara makan mengikut sunnah nabi
- Cara belajar yang berkesan
- Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
- Keselamatan jalan raya
- Tanggungjawab melindungi adik-adik.
3. Kaedah Soal jawab
Kaedah ke-3 dalam mendidik anak cemerlang ialah dengan bersoal jawab. Bersoalajawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.
Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.
Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.
4. Kaedah merujuk pengalaman lalu
Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.
5. Kaedah nasihat dan teguran
Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.
Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.
6. Kaedah bermain dan bergurau
Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.
Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.
Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.
7. Kaedah latihan yang berterusan
Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-
a. Jantina
Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.
b. Usia
Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.
Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.
-Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Assalamualaikum..
Rasanya tak salah kot bagi kelonggaran anak dalam belajar. Biar ada caranya, ada langkahnya.
Cam kata Dr Syukri Abdullah..
MARATON ... Bukan PECUT 100 Meter
Itu Kalau Mahu Anak Cemerlang
Mahu Anak Cemerlang ?
Memang kena studi kuat.
Tetapi ...
takkan studi memanjang.
Biarlah juga dia ...
- melekat kat TV ...
- lepak2 dgn kawan ...
- memanjang dgn handphone ...
- asyik merapu dgn facebook ...
- seronok berpacaran ...
- ralit dengan hame komputer ...
Teori mana ni yg dipakai ...
Nasihat siapa ni yg didengar ...
NO WAY ! NO GO ! NO ROAD !
Semua orang tahu ....
Nak anak cemerlang
Nak dia 5A UPSR
Nak dia skor PT3
Nak dia cemerlang SPM.
Dia kena berMARATON.
Dia tak boleh pecut sekilat 100 meter.
Maraton ....
Bermaksud usaha berterusan, bersungguh2 dan istiqamah dari bulan Januari hingga akhir tahun sama ada setahun, 2 tahun (SPM Tkn 4 dan 5) atau 3 tahun (UPSR Thun 4,5,6 / PT3 Tkn 1,2,3).
Pecut 100 Meter
Studi 500% bersungguh2 - 3 bulan, 2 bulan malah 1bulan sebelum exam. Studi, studi, studi sampai tak tidur, sampai lupa makan ... maklumlah nak pulun pulun pulun sebulan dua terakhir.
Justeru kalau Mak-Ayah asyik manjakan anak dgn pelbagai KEMAHUAN tetapi ambil mudah dengan KEPERLUAN ... maka sorrylah KECEMERLANGAN jauh ... nun jauh untuk direalisasikan.
Malang kerana:
Terlalu manjakan anak ...
Tak tergamak nak:
-- susahkan anak dengan studi setiap hari
-- payahkan anak dengan tinggalkan gajet dan hiburan
-- rumitkan anak dengan latihan, latihan, latihan
-- sibukkan anak degan studi, ulangkaji, latihtubi, hafalan dsb.
"Kesian kat dia"
"Isssh budak lagi ... biarlah dia main sama"
"Ya lah ... remaja ni nak juga enjoy life"
"Tau lah ... tapi takkan studi. Ni cuti. Ni hujung minggu !"
SALAH, SALAH, SALAH, SALAH, SALAH, SALAH. Cukuplah peringatan sedikit untuk hari ini.
Semua juara, johan dan yang terulung dalam sukan, bidang agama, perniagaan, hiburan, akademik ... malah apa jua bidang hanya berjaya kerana PULUN, PULUN PULUN, PULUN.
(Pulun: ikut Kamus Dewan "bersungguh-sungguh")
sumber FB Dr Syukri Abdullah..