Assalamualaikum..
Rasanya dulu kalau nak guna rempah ratus ni..mesti tok2 kita mak2 kita akan giling bahan tu sampai jadi halus n rempah.. Bila zaman belalu lagi mudah bila tersedia rempah yang dibungkus siap yang di jual dalam pek2 kecil.
Yang best kat Mydin, bila.. segala jenis rempah, kacang dsb yang kita nak, semua dah tersedia dalam bekas cuma kita pi pilih ja. Cedok banyak mana yang kita nak pi timbang and bayar..Mudahkan..
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Sedikit perkongsian untuk sahabat di luar sana..
Tak salah kalau kita nak bantu, nak tegur tp pada masa yg sesuai bknnya secara sesuka hati..tak pun mendoakan sahabat pun salah satu cara kita bantu sahabat kita..
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)
Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah
orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa
kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda
:
"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." (Maksud Al-Hadith )
Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.
Kesilapan pertama : Kurang berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
- Saidul (penghulu) Istighfar
- Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
- Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)
- Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
- Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 : 128)
- Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74)
- Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :
- menakutkan anak-anak dengan sekolah
- menakutkan dengan tempat gelap
- menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
- menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur
Kesilapan ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
- tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
- terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
Kesilapan keempat : Menegur anak secara negatif
- mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
- membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
Kesilapan kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual).
- ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani
Kesilapan keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium
mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali
r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah
baginda. Berkata Aqra’ : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang
anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka."
Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : "Siapa yang tidak
mengasihi tidak akan dikasihi."
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kesilapan ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
- ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
Kesilapan kelapan : Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini
mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar
menjadi pemalas dan selekeh.
Kesilapan kesembilan : Kurang menghidupkan sunnah di rumah
seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan
sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang
lebih baik dari salam yang diberi.
Kesilapan kesepuluh : Tidak menggantungkan rotan di tempat yang
mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, dibolehkan merotan anak
dengan tujuan mendidik dan ada syarat serta cara-caranya agar tidak
mencederakan.
Kesilapan kesebelas : Kurang mendedahkan anak-anak dengan model
yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi
dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang
jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan
akhlak Islam.
Kesilapan keduabelas : Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
Kesilapan ketigabelas : Membenarkan orang yang tidak elok
sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat
sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh
yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.
Kesilapan keempatbelas : Kurang mengawasi rancangan-rancangan
yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini
adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan
akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan,
pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan
agama anak-anak.
Kesilapan kelimabelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah
untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di
akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu
kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan
didikan Islam.
=================================
Sumber: Kuliah Mingguan Surau An-Nur , 15 Safar 1419 bersamaan 10 Jun 1998
Oleh Ustaz Khalid bin Haji Mohd Isa
http://ibubapacemerlang2012.blogspot.com/search/label/Parenting#
Assalamualaikum
Tidak lama lagi, musim persekolah 2014 bakal bermula. Mungkin sekarang
ibubapa sedang sibuk membuat pendaftaran dan persediaan memasukkan
anak-anak di tadika yang terpilih. Bagi anak-anak yang baru pertama kali
bersekolah, ini adalah pengalaman yang mungkin sangat mengujakan atau
mungkin juga menakutkan.
Adakah ia normal?
Pertama kali ke sekolah, anak menangis, memeluk erat ayah atau ibu dan
tidak mahu lepas. Adakah ini normal? Sudah tentu ia adalah normal. Dalam
rutin biasa mereka, mungkin mereka hanya di kelilingi ibu ayah,
pembantu rumah, adik beradik, atau datuk dan nenek. Tiba-tiba pada suatu
hari dia ditinggalkan di sebuah tempat yang sangat asing baginya. Tentu
dia merasa sangat takut. Takut jika ibu dan ayahnya tidak kembali
mengambilnya dan takut jika tidak dapat pulang ke rumah.
Bagaimana membantunya?
1. Dedahkan anak dari awal tentang sekolah barunya. Tunjukkan dan bawa anak ke sekolah.
2. Beli barang-barang sekolah bersama agar dia merasai keterujaan untuk pergi ke sekolah.
3. Selalu bercerita dengan anak tentang apa yang boleh dilakukan di sekolah - tentang buku, tentang guru dan tentang kawan-kawan
4. Selalu berikan anak jaminan bahawa di sekolah adalah selamat dan katakana kepadanya bahawa kita akan kembali mengambilnya
5. Jika anak masih takut, letakkan sesuatu seperti barang anda di dalam
beg sekolahnya - contoh barang adalah seperti selendang ibu. Katakan
kepada anak, jika dia rindu, pegang selendang tersebut.
6. Usah ambil lambat - sekali berjanji, mesti ditepati. Jika kita
memungkirinya, anak mungkin sukar untuk mengatasi masalah ketakutannya.
7. Nasihat dan terus nasihat. Jangan berputus asa.
8. Berbincang dengan guru tentang tindakan dan perkembangan anak di sekolah.
9. Ibu dan bapa mesti positif dan kuat! - Anak mendapat kekuatan daripada ibu bapa mereka yang juga kuat.
Semoga ada manfaatnya.
* Untuk semua ibu bapa yg anaknya nak mula bersekolah boleh la cuba tip2 dari Ashikin Hashim ni. Macam Haziq dulu, alhamdulillah tak dak masalah nak masuk tahun 1 ke sekolah, maybe dia dah biasakan diri masa pra sekolah dulu. Kadang2 yang lebih takutnya kita..anak2 tu cool ja.. :)