Info untuk semua..Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah telah menganjurkan majlis Sambutan Hari
Warga Emas dan Hari Kanak-kanak Sedunia pada 15 November 2014 bertempat
di Dewan Wawasan Jitra. Ada banytak aktiviti Pameran berkonsep
Interaktif, Persembahan dan Pertunjukan, Seminar motivasi, Walkhaton,
Senam Seni dan Pertandingan Mewarna.
Kepada semua tak kira orang negeri mana pun..jom pakat pi ramai2 memeriahkan majlis tersebut.
Berbanding penyakit lain, sakit sendi sering dianggap remeh kerana dirasakan tidak berbahaya hingga menyebabkan kematian.
Tanpa menyedari penyakit dideritai ialah Artritis Reumatoid (RA), pesakit lambat mendapatkan rawatan, menyebabkan usaha mengubatnya sukar. Ini kerana RA mengambil masa lama untuk menunjukkan gejala ketara.
Sekitar lima daripada 1,000 individu di Malaysia dan 23.7 juta individu di seluruh dunia menghidap RA. Ia penyakit serius dan progresif yang boleh menyebabkan kerosakan sendi yang tidak boleh dipulihkan.
Presiden Yayasan Artritis Malaysia, Dr Amir Zain berkata, RA ialah penyakit auto imun sistemik kronik yang menyakit dan melumpuhkan.
"Individu dengan artritis akan mengalami kesakitan, bengkak dan kejang pada sendi, terutama di tangan, kaki dan lutut. Kajian menunjukkan individu dengan RA adalah 40 peratus lebih berkemungkinan untuk mengalami kesihatan am yang sederhana atau teruk berbanding individu tanpa RA.
"Sebagai tambahan kepada simptom yang menyakitkan dan kesan seterusnya ke atas kualiti hidup, RA adalah penyakit jangka masa panjang yang boleh membebankan penyakit dari segi ekonomi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Xeljanz (tofacitinib sitrat) pilihan rawatan oral untuk pesakit RA aktif tahap sederhana hingga teruk yang tidak dapat diubati atau tidak toleran terhadap methotrexate (MTX) di ibu negara, baru-baru ini.
Meskipun RA boleh menyerang semua peringkat umur, ia biasanya berlaku dalam lingkungan umur 40 hingga 70 tahun serta menyerang dua hingga tiga kali lebih ramai wanita berbanding lelaki.
Pesakit RA mempunyai taraf fungsi lebih teruk daripada mereka yang mempunyai osteoartitis dan kira-kira enam kali lebih berkemungkinan untuk menanggung caj perubatan berbanding mereka yang tidak mempunyai artritis.
Sendi diserang mengalami kerosakan dalaman dan sekitar tulang. Tiada rawatan khusus untuk menyembuhkan penyakit ini. Pesakit memerlukan rawatan yang bukan hanya untuk menangani kesakitan dan keradangan, juga mengekang proses perkembangan penyakit.
Lebih teruk lagi, RA juga dikaitkan dengan penyakit lain termasuk penyakit kardiovaskular, jangkitan kuman dan masalah kesihatan mental.
Dalam kalangan masyarakat kita, kesedaran dan pengetahuan mengenai RA masih pada tahap rendah. Lazimnya pesakit tidak menghiraukan gejala penyakit itu kerana menyangka ia sakit sendi biasa. Mereka hanya mendapatkan rawatan apabila sakit semakin teruk.
Pakar reumatologi yang berkhidmat dengan Arizona Arthritis & Rheumatology Associates, Dr John Tesser pula menjelaskan, Xeljanz adalah terapi baru yang penting. Ia berfungsi menerusi mekanisme berbeza dan menambah kepada pilihan terapeutik, seterusnya meningkatkan keupayaan pakar reumatologi untuk merawat penyakit autoimun yang serius ini.
"Memandangkan tahap keterukan dan kesan penyakit ini, ketersediaan Xeljanz memberi pilihan rawatan tambahan kepada pesakit yang mempunyai RA aktif tahap sederhana hingga teruk yang tidak toleran kepada terapi lain yang sedia ada.
"Tidak seperti terapi biologi lain yang mensasarkan sitokin di luar sel, Xeljanz bekerja (jauh) di dalam sel untuk laluan merencat laluan Janus kinase (JAK), lalu menghentikan isyarat dan pengeluaran sitokin yang terbabit dalam keradangan RA. Satu lagi manfaat tambahan bagi Xeljanz adalah ia tidak memerlukan suntikan atau infusi," katanya.
Turut hadir, Ketua Farmaseutikal Inovasi Global Pfizer Malaysia/Singapura, Lee Jin Jack. Keberkesanan dan keselamatan Xeljanz dibuktikan dalam program pembangunan klinikal sedunia yang komprehensif membabitkan hampir 4,800 pesakit yang dirawat dengan tofacitinib yang menghasilkan kira-kira 7,000 tahun pengalaman pesakit dengan tofacitinib.
Dalam kajian klinikal, Xeljanz 5 miligram dua kali sehari menunjukkan keberkesanan klinikal sama ada ia diambil secara monoterapi atau digabungkan dengan DMARD bukan biologi seperti methotrexate (MTX) dalam pelbagai populasi pesakit, termasuk pesakit yang tidak menunjukkan tindak balas kepada DMARD bukan biologi atau DMARD biologi, seperti ajen perencat faktor nekrosis tumor (TNF).
Program fasa 3 oral (Percubaan Fasa 3 Artritis Reumatoid) meliputi lebih 550 lokasi di lebih 40 negara seluruh dunia. Program itu merangkumi enam percubaan klinikal yang lengkap, sebagai tambahan kepada satu kajian lanjutan jangka masa panjang yang masih berjalan. -http://www.hmetro.com.my/-
-------------------------------------
Untuk kesihatan sendi dan tulang cadangan vitamin Shaklee yang sesuai iaitu Advanced Joint Health Tablet untuk sendi dan OsteMatrix untuk kalsium (tulang)
Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shakleeboleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..
Berbanding penyakit lain, sakit sendi sering dianggap remeh kerana dirasakan tidak berbahaya hingga menyebabkan kematian.
Tanpa menyedari penyakit dideritai ialah Artritis Reumatoid (RA),
pesakit lambat mendapatkan rawatan, menyebabkan usaha mengubatnya sukar.
Ini kerana RA mengambil masa lama untuk menunjukkan gejala ketara.
Sekitar lima daripada 1,000 individu di Malaysia dan 23.7 juta
individu di seluruh dunia menghidap RA. Ia penyakit serius dan progresif
yang boleh menyebabkan kerosakan sendi yang tidak boleh dipulihkan.
Presiden Yayasan Artritis Malaysia, Dr Amir Zain berkata, RA ialah
penyakit auto imun sistemik kronik yang menyakit dan melumpuhkan.
"Individu dengan artritis akan mengalami kesakitan, bengkak dan
kejang pada sendi, terutama di tangan, kaki dan lutut. Kajian
menunjukkan individu dengan RA adalah 40 peratus lebih berkemungkinan
untuk mengalami kesihatan am yang sederhana atau teruk berbanding
individu tanpa RA.
"Sebagai tambahan kepada simptom yang menyakitkan dan kesan
seterusnya ke atas kualiti hidup, RA adalah penyakit jangka masa panjang
yang boleh membebankan penyakit dari segi ekonomi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Xeljanz
(tofacitinib sitrat) pilihan rawatan oral untuk pesakit RA aktif tahap
sederhana hingga teruk yang tidak dapat diubati atau tidak toleran
terhadap methotrexate (MTX) di ibu negara, baru-baru ini.
Meskipun RA boleh menyerang semua peringkat umur, ia biasanya berlaku
dalam lingkungan umur 40 hingga 70 tahun serta menyerang dua hingga
tiga kali lebih ramai wanita berbanding lelaki.
Pesakit RA mempunyai taraf fungsi lebih teruk daripada mereka yang
mempunyai osteoartitis dan kira-kira enam kali lebih berkemungkinan
untuk menanggung caj perubatan berbanding mereka yang tidak mempunyai
artritis.
Sendi diserang mengalami kerosakan dalaman dan sekitar tulang. Tiada
rawatan khusus untuk menyembuhkan penyakit ini. Pesakit memerlukan
rawatan yang bukan hanya untuk menangani kesakitan dan keradangan, juga
mengekang proses perkembangan penyakit.
Lebih teruk lagi, RA juga dikaitkan dengan penyakit lain termasuk
penyakit kardiovaskular, jangkitan kuman dan masalah kesihatan mental.
Dalam kalangan masyarakat kita, kesedaran dan pengetahuan mengenai RA
masih pada tahap rendah. Lazimnya pesakit tidak menghiraukan gejala
penyakit itu kerana menyangka ia sakit sendi biasa. Mereka hanya
mendapatkan rawatan apabila sakit semakin teruk.
Pakar reumatologi yang berkhidmat dengan Arizona Arthritis &
Rheumatology Associates, Dr John Tesser pula menjelaskan, Xeljanz adalah
terapi baru yang penting. Ia berfungsi menerusi mekanisme berbeza dan
menambah kepada pilihan terapeutik, seterusnya meningkatkan keupayaan
pakar reumatologi untuk merawat penyakit autoimun yang serius ini.
"Memandangkan tahap keterukan dan kesan penyakit ini, ketersediaan
Xeljanz memberi pilihan rawatan tambahan kepada pesakit yang mempunyai
RA aktif tahap sederhana hingga teruk yang tidak toleran kepada terapi
lain yang sedia ada.
"Tidak seperti terapi biologi lain yang mensasarkan sitokin di luar
sel, Xeljanz bekerja (jauh) di dalam sel untuk laluan merencat laluan
Janus kinase (JAK), lalu menghentikan isyarat dan pengeluaran sitokin
yang terbabit dalam keradangan RA. Satu lagi manfaat tambahan bagi
Xeljanz adalah ia tidak memerlukan suntikan atau infusi," katanya.
Turut hadir, Ketua Farmaseutikal Inovasi Global Pfizer
Malaysia/Singapura, Lee Jin Jack. Keberkesanan dan keselamatan Xeljanz
dibuktikan dalam program pembangunan klinikal sedunia yang komprehensif
membabitkan hampir 4,800 pesakit yang dirawat dengan tofacitinib yang
menghasilkan kira-kira 7,000 tahun pengalaman pesakit dengan
tofacitinib.
Dalam kajian klinikal, Xeljanz 5 miligram dua kali sehari menunjukkan
keberkesanan klinikal sama ada ia diambil secara monoterapi atau
digabungkan dengan DMARD bukan biologi seperti methotrexate (MTX) dalam
pelbagai populasi pesakit, termasuk pesakit yang tidak menunjukkan
tindak balas kepada DMARD bukan biologi atau DMARD biologi, seperti ajen
perencat faktor nekrosis tumor (TNF).
Program fasa 3 oral (Percubaan Fasa 3 Artritis Reumatoid) meliputi
lebih 550 lokasi di lebih 40 negara seluruh dunia. Program itu
merangkumi enam percubaan klinikal yang lengkap, sebagai tambahan kepada
satu kajian lanjutan jangka masa panjang yang masih berjalan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7522#sthash.ucCegxYr.dpuf
Mengajar anak mengenai budi bahasa adalah suatu proses yang memerlukan
masa yang berpanjangan dan bukan dalam masa tempoh yang singkat.
Membentuk anak mengenai budi merupakan suatu proses yang berterusan.
Anak2 yang masih kecil suka akan peraturan dan secara umumnya suka akan
sesuatu yang baru dalam hidupnya. Jadi apa kata ikuti panduan untuk
membentuk budi bahasa dalam diri anak2 dan anda sebagai boleh ibu bapa,
suatu hari nanti boleh berbangga dengan hasilnya.
Ajar anak-anak mengenai apa itu hormat.
- Secara tidak langsung membuatkan mereka belajar untuk menghormati
orang lain. Bukankah segalanya bermulanya dari rumah? Jadi, cakap dengan
baik kepada anak dan tingkah laku itu akan membuatkan anak melakukan
perkara yang sama kepada orang lain.
Bantu lakukan kerja rumah.
- Biarkan anak melakukan kerja rumah yang mudah seperti membuang sampah
ataupun membawa pinggan plastik dan diletakkan di atas meja. Aktiviti
ini merupakan suatu pengenalan kepada anak untuk membantu ahli keluarga
membersihkan rumah serta jangan lupa untuk mengajarnya asas tatatertib
menggunakan telefon.
Praktik kesopanan dalam keluarga.
- Setiap ahli keluarga perlu mempraktikkan perkataan ‘ tolong ‘ dan ‘
terima kasih ‘. Jadikan ia suatu ungkapan yang wajib dalam keluarga.
Jika anak terlupa untuk untuk mengucapkan terima kasih, buat sesuatu
untuk mengingatkannya seperi berkata, ‘ Ibu sedang menunggu ni…’ dan
pastinya dia sedar bahawa anda sedang menunggu untuk dia
ucapkan ' terima kasih ‘.
Mudah meminta maaf dan memaafkan.
-Galakkan anak untuk meminta maaf apabila telah melakukan kesalahan.
Jadikan ungkapan meminta maaf sebagai satu kebiasaan. Ini akan
membuatkan dia lebih disenangi dalam pergaulannya.
Memberikan pujian.
-Berikan pujian berbanding kritikan apabila anak melakukan perkara yang
betul. Bagi anak-anak, pujian adalah kata-kata yang menakjubkan. Biarkan
anak tahu bahawa anda sangat bangga apabila dia menunjukkan sikap yang
sopan setiap masa.
Kongsi permainan dengan kanak-kanak lain.
-Berikan kata-kata pujian apabila dia sedia berkongsi dengan orang lain.
Katakan kepadanya sikap suka berkongsi barang membuatkan dirinya
disukai ramai.
Jangan terlalu inginkan hasil yang cepat.
- Melatih anak mengenai budi bahasa bukan suatu yang mudah. Dalam tempoh
itu pelbagai kesalahan dilakukan. Ia merupakan suatu proses percubaan
sama ada boleh dilakukan atau tidak. Anak akan belajar dari
kesilapannya.
Menggunakan penggunaan ayat yang betul.
-Jika anak menggunakan perkataan. ‘ Adik mahu air,’ betulkan penggunaan
ayatnya dan berkata, ‘ Boleh ibu tolong ambilkan adik air,?’ dan minta
anak ulangi ungkapan tadi.
Duduk di meja dengan kedudukan yang sopan.
- Jangan membuat bising dan makan dengan sopan supaya tiada makanan atau
minuman yang tumpah. Paling penting, jangan bergaduh di meja makan.
Menjadi model tatatertib kepada anak.
-Jika mulut anda penuh dengan makanan, jangan bercakap kerana anak akan mengikut apa yang kita lakukan.
Berlatih untuk duduk diam di meja makan.
-Lakukan dalam tempoh masa 15 ke 20 minit. Ini akan mengajar anak
berdisiplin di meja makan tanpa melakukan sebarang perbuatan yang
mungkin membuatkan kita marah.
Gunakan perkataan ‘ tolong ‘.
-Guna perkataan ini apabila mahu meminta anak mengambil barang yang
mahu. Pastikan barang itu mudah untuk diambil dan tidak mudah pecah.
Komen.
-Jangan membuat komen yang tidak baik mengenai makanan di hadapannya. Jika tidak mahu katakan ‘ tidak, terima kasih ‘
Minta kebenaran.
-Jika anak merampas barang permainan rakannya, katakan kepadanya,‘
perbuatan kamu ini tidak baik kerana mengambil barang kawan tanpa
kebenaran’
Salam.
-Menghulurkan tangan untuk berjabat salam apabila berjumpa dengan orang
yang lebih tua daripadanya. Ia mampu melahirkan perasaan hormat dalam
diri anak.
Suara.
-Beritahu kepadanya tempat yang perlu bersuara kuat dan tempat yang perlu bersuara perlahan.
Ramai anak-anak sekarang belajar berkomunikasi dari rakan-rakan sebaya
mereka. Akibatnya mereka mempelajari bahasa kasar dan bahasa yang tidak
sesuai untuk berkomunikasi. Oleh itu, dedahkan hidup anak-anak dengan
persekitaran yang cemerlang.
Anak soleh-solehah merupakan harta yang paling berharga bagi orang tua.
Setiap orang tua pasti menginginkan buah hatinya menjadi anak yang soleh dan solehah.
Untuk mendapatkan semua itu, tentu perlu ada kesungguhan yang tinggi dari orang tua dalam mendidik anak.
Salah satu yang wajib diajarkan kepada anak adalah segala hal tentang al-Quran kerana ia adalah pedoman hidup manusia.
Rasulullah SAW pernah bersabda (yang ertinya):
Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai Nabimu; mencintai ahlul baitnya; dan membaca al-Quran kerana orang-orang yang memelihara al-Quran itu berada dalam lindungan singahsana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya; mereka beserta para nabi-Nya dan orang-orang suci. - HR ath-Thabrani
Allah SWT berfirman:
Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus dan memberikan khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar. - QS al-Isra' (17: 9)
Bila al-Quran sebaiknya diajarkan pada anak? Tentu seawal mungkin.
Semakin awal semakin baik. Akan sangat bagus jika sejak anak dalam kandungan seolah-olah calon anak kita itu sudah terbiasa 'hidup bersama' al-Quran; yakni ketika si ibu yang mengandungnya, rajin membaca al-Quran.
Amalan 7M Supaya Anak Selalu Hidup Bersama al-Quran
01.Mengenalkan
Saat yang paling tepat mengenalkan al-Quran adalah ketika anak sudah mulai tertarik dengan buku. Sayang, banyak orang tua yang lebih suka menyimpan al-Quran di rak almari paling atas.
Sesekali perlihatkanlah al-Quran kepada anak sebelum mereka mengenal buku-buku lain, apalagi buku dengan gambar-gambar yang lebih menarik.
Mengenalkan al-Quran juga boleh dilakukan dengan mengenalkan terlebih dulu huruf-huruf hijaiyah; bukan mengajarinya membaca, tetapi sekadar memperlihatkannya sebelum anak mengenal A, B, C, D.
Tempelkan gambar-gambar tersebut di tempat yang sering dilihat anak; lengkapi dengan gambar dan warna yang menarik.
Dengan sering melihat, anak akan terpancing untuk bertanya lebih lanjut.
Saat itulah kita boleh memperkenalkan huruf-huruf al-Quran.
02.Memperdengarkan
Memperdengarkan ayat-ayat al-Quran boleh dilakukan secara langsung atau dengan memainkan kaset atau CD.
Kalau ada teori yang mengatakan bahwa mendengarkan muzik klasik pada janin dalam kandungan akan meningkatkan kecerdasan, insyaAllah memperdengarkan al-Quran akan jauh lebih baik pengaruhnya bagi bayi.
Apalagi jika ibunya yang membacanya sendiri. Ketika membaca al-Quran, suasana hati dan fikiran ibu akan menjadi lebih khusyuk dan tenang.
Kondisi seperti ini akan sangat membantu perkembangan psikologi janin yang ada dalam kandungan.
Ini kerana, secara teori kondisi psikologi ibu tentu akan sangat berpengaruh pada perkembangan bayi, khususnya perkembangan psikologinya.
Kondisi tertekan pada ibu tentu akan berpengaruh buruk pada kandungannya. Memperdengarkan al-Quran boleh dilakukan bila-bila sahaja dan di mana sahaja; juga tidak mengenal batas usia anak.
Untuk anak-anak yang belum boleh berbicara, insyaAllah lantunan ayat al-Quran itu akan terakam dalam memorinya.
Jangan pelik kalau tiba-tiba si kecil lancar melafazkan surah al-Fatihah, misalnya, begitu dia boleh berbicara.
Untuk anak yang lebih besar, memperdengarkan ayat-ayat al-Quran (surah-surah pendek) kepadanya terbukti memudahkan si anak menghafalkannya.
03.Menghafalkan
Menghafalkan al-Quran boleh dimulai sejak anak lancar berbicara.
Mulailah dengan surah atau ayat yang pendek atau potongan ayat (misalnya fastabiq al-khayrât, hudan li an-nâs, birr al-walidayn, dan sebagainya).
Menghafal boleh dilakukan dengan cara seringkali membacakan ayat-ayat tersebut kepada anak. Jadi latihlah anak untuk menirunya.
Hal ini dilakukan berulang-ulang sampai anak hafal di luar kepala. Masa kanak-kanak adalah masa meniru dan memiliki daya ingat yang luar biasa.
orang tua harus menggunakan kesempatan ini dengan baik jika tidak ingin menyesal kehilangan masa emas (golden age) pada anak.
Supaya anak lebih mudah mengingat, ayat yang sedang dihafal anak boleh juga sering dibaca ketika ayah menjadi imam atau ketika naik kereta dalam perjalanan.
Disamping anak tidak mudah lupa, hal itu juga sebagai usaha membiasakan diri untuk mengisi kesibukan dengan amalan yang bermanfaat.
Nabi SAW bersabda: Demi Zat yang jiwaku ada di tangan-Nya, sesungguhnya hafalan al-Quran itu lebih cepat lepasnya daripada seekor unta pada tambatannya. - HR al-Bukhari dan Muslim
04.Membaca
Siapa saja yang membaca satu huruf dari Kitab Allah maka dia akan mendapat satu kebaikan. Satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kali lipat.
Aku tidak mengatakan bahawa alif-lam-mim adalah satu huruf. Akan tetapi, alif adalah satu huruf, lam satu huruf, dan mim juga satu huruf. (HR at-Tirmidzi).
Sungguh luar biasa pahala dan kebaikan yang dijanjikan kepada siapa saja yang biasa membaca al-Quran.
Bimbing dan doronglah anak agar terbiasa membaca al-Quran setiap hari walau cuma beberapa ayat.
orang tua penting memberikan contoh.
Jadikanlah membaca al-Quran, terutamanya pada pagi hari usai solat subuh atau usai solat maghrib, sebagai kegiatan rutin dalam keluarga.
Ajaklah anak-anak yang belum boleh membaca untuk bersama-sama mendengar abang-kakaknya yang sedang membaca al-Quran.
orang tua mempunyai kewajipan untuk mengajarkan kaedah-kaedah dan adab membaca al-Quran.
Untuk boleh membaca al-Quran, termasuk mengetahui kaedah-kaedahnya, sekarang ini tidaklah sulit.
Telah banyak metode yang ditawarkan untuk boleh mudah dan cepat membaca.
Ada metode Iqra, Qiroati dan sebagainya.
Metode-metode itu telah terbukti memudahkan ribuan anak-anak bahkan orang tua untuk mahir membaca al-Quran.
Alangkah baiknya membaca al-Quran ini dilakukan secara bersama-sama oleh anak-anak di bawah bimbingan orang tua.
Ketika seorang anak membaca, yang lain menyemaknya.
Jika anak salah membaca, yang lain boleh membetulkan.
Dengan cara itu, rumah akan selalu dipenuhi dengan bacaan al-Quran sehingga berkat.
05.Menulis
Belajar menulis akan mempermudah anak dalam belajar membaca al-Quran. Ajarkan kepada anak kata-kata tertentu yang mempunyai makna.
Dengan begitu, selain anak boleh menulis, sekaligus anak belajar bahasa Arab.
Mulailah dengan kata-kata pendek.
Misalnya, untuk mengenalkan tiga kata alif, ba, dan dal anak diminta menulis a, ba da (tolong tuliskan Arabnya, ya: a-ba-da) ertinya diam; ba-da-a (yang ini juga) ertinya mulai; dan sebagainya.
Sesekali di rumah, cuba adakan lumba menulis ayat al-Quran.
Berilah hadiah untuk anak yang paling kemas menulis. Jika anak memiliki kemampuan yang lebih dalam menulis huruf al-Quran, mereka boleh diajari lebih lanjut dengan mempelajari seni kaligrafi.
Rangkaian huruf menjadi sukukata yang mengandungi erti bertujuan untuk melatih anak dalam memperkaya kosakata, di samping memberikan kesempatan bagi mereka untuk bertanya tentang setiap kata yang diucapkan serta mengembangkan cita rasa seni mereka.
Jadi, tidak hanya bertujuan mengenalkan huruf al-Quran semata-mata.
06.Mengkaji Ajaklah anak mula mempelajari isi al-Quran. Ayah boleh memimpinnya setelah solat maghrib atau subuh.
Paling tidak, seminggu sekali pelajaran sekeluarga ini dilakukan.
Tajuk yang diketengahkan boleh jadi tajuk-tajuk yang ingin disampaikan berkaitan dengan perkembangan perilaku anak selama satu minggu atau beberapa hari.
Kajian bersama, dengan merujuk pada satu atau dua ayat al-Quran ini, sekaligus dapat menjadi sarana tawsiyah untuk seluruh anggota keluarga.
Pada waktu yang sama, tajuk yang akan dikaji boleh diserahkan kepada anak-anak.
Adakalanya anak diminta untuk memimpin kajian.
orang tua boleh memberi arahan atau pembetulan jika ada hal-hal yang kurang tepat.
Cara ini sekaligus untuk melatih keberanian anak menyampaikan isi al-Quran.
07.Mengamalkan dan memperjuangkan
Al-Quran tentu bukan hanya untuk dibaca, dihafal dan dikaji.
Justeru yang paling penting adalah diamalkan seluruh isinya dan diperjuangkan agar benar-benar dapatmenyinari kehidupan manusia.
Sampaikan kepada anak tentang kewajiban mengamalkan serta memperjuangkan al-Quran dan pahala yang akan diraihnya. InsyaAllah, hal ini akan memotivasikan anak.
Kepada anak juga boleh diceritakan tentang bagaimana paraSahabat dulu yang sangat teguh berpegang pada al-Quran; ceritakan pula bagaimana mereka bersama Rasulullah sepanjang hidupnya berjuang agar al-Quran tegak dalam kehidupan.
Sebelum..sebelum ni, saya ada post tentang Nasi Lemak Royale ni. Kali ni nak storykan lagi tentang Nasi Lemak Royale. Kenapa?? kerana kedai ni dah berwajah baru. Dari start saya makan nasi royale masa kecik dulu, kedai ni kedai cina. Kiranya Nasi Lemak ni tumpang benega kat sini. Nama kedai pun cina n bahagian buat ayaq pun cina. Boleh makan kat situ tapi nak minum kat situ, pikir banyak kali jgak la. Saya tak penah makan kat situ. Tapau ja.
Nak kata lama tak lama..baru tak baru..kedai ni dah bertukar signboard, dulu nama cina, lepas tu kosong..sekarang Nasi Lemak Royale Restoran SMR. Kira cam depa dah ambek alih kedai tu. Saya nak makan n minum kat situ pun tak payah susah hati dah. Konpom orang depa gak yang buat ayaq.
Apa pun, tukar tak tukar, dari dulu sampai sekarang.. Nasi Lemak Royale ni, tetap ramai pengunjung..tak pernah surut dengan orang..bertambah ramai. Kena pulak time cuti sekolah ka cuti umum ka, lagi beratoq panjang.
Zahirah Dzahir.
Part Time Mommy Blogger | Full Time Housewife | Blogger Utara | Blogger Kedah | Mommy Anak 3 termasuk Kembar | Wife Haris Fadilah .
For Collaboration | Advertorial | Review | Event dan sebagainya. Boleh hubungi ieradzahir@gmail.com