Assalamualaikum
Ni bukan saya jual tau, just nak kongsi info tentang Pati Delima
Gulsan. Ada yang pernah dengar ada yang tak. Ada juga pernah dengar tapi tak tahu info tentang pati delima ni.Saja saya beli untuk my Mom, bagi dia minum untuk sihatkan badan.Sekali beli, beli banyak2, senang tak payah ulang alik ke kedai. Harga pulak, boleh dapat dgn rm 15, tapi tak kira jugak, ada yang jual harga yang berbeza. Pati Delima Gulsan dari Turki. Macam ni rupa bentuk dia. 100% extract buah delima (pati delima). Maknanya dari kulit sampai biji delima ada dalam pati ini.
Rasulullah juga bersabda,
“Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.”
(HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)
Setiap kali Ibnu Abbas mendapati buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku
benar-benar percaya bahwa tak ada satu pun buah delima di dunia ini
yang tidak mengandung satu biji dari salah satu biji dari surga.
Barangkali biji ini adalah yang dari surga itu.” (Kisah sahabat)
Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, Magnesium dan Calcium.
Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk
- Membaikpulih fungsi hati dan limpa
- Mencuci buah pinggang dan salur kencing
- Membantu penghadaman
- Membuang lemak-lemak berlebihan
- Menambah tenaga
- Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
- Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
- Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
- Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
- Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
- Mencantikan kulit
Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:-
- Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah
- Mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
- Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
- Menghalang pembentukan sel barah payu dara
Lagi khasiat delima adalah:
- Melawan penyakit gout
- Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
- Merawat 'sinus'
- Meningkatkan tenaga
- Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
- Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
- Menormalkan fungsi hati
- Menstabilkan peredaran darah
- Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
- Mencuci darah kotor
Macam
yang tertera tu, dia adalah 100% extract buah delima (pati delima).
Maknanya dari kulit sampai biji delima ada dalam pati ini. Yes!! At last
saya jumpa sesuatu yang boleh saya buat supplement. Berkhasiat.
Mendatangkan pahala. Juga mendatangkan kesihatan, insyaallah. Saya pun
try makan 1 sudu. Pati ni sangat pekat. Macam Scott Emulsion. Pernah
makan? Pekat macam syrup.
Boleh makan dengan cara-cara berikut:
- Makan terus dua sudu plastic besar, kemudian minum air (this is what i did, rasa masam, tapi sedap. Macam makan asam boi)
- Ambil 2 sudu besar, masukkan dalam cawan. Campur dengan air. (rasa masam – masam – masam – manis)
- Ambil 2 sudu besar pati delima, 2 sudu besar madu lebah. Campur dengan 1 cawan air.
Tak salah kalau kita nak cuba apa sahaja makanan kesihatan, asalkan makanan kesihatan tak memudaratkan badan kita dan semestinya halal.
Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan
Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..
Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..
Jom Like Page Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir
Gift Jam Tangan Dari Dumex Dugro ( i am a Dugrostar )
11/04/2014 04:38:00 PTG
Assalamualaikum
Best jugak bila beli Dumex Dugro dapat gift..kira gift depa ni cantik n comei. Ada yg dapat beg, cermin mata tak pun jam..cam kembar saya dapat jam tangan.
Ikutkan dapat gift jam ni minggu lepas. Saja tak mau tunjuk kat kembar Hazim dan Hadif coz ada 1 ja, konpom berebut. Beli 2 pek dapat 1..time tu plak gift abes kena pi beli kedai lain. Bila dah beli baru la buleh tunjuk. Dah dapat tu memang happy abes n ciwi tak tau nak habaq..tapi besa la..bertahan sat je la..lepas tu tak heran dah gift jam tu..bila nampak pakai jam tu..bila x nampak tak heran pun..
Yang bestnya jan ni..kita tak payah nak buh butang ka..ada cucuk lebang ka..dia terus buh kat tangan jadi bulatan ikut tangan..memang senang dan tak mudah rosak..cuba kalau jam yang tali cucuk lubang tu..tarik pi mai sat ja dah rosak.
- Mommy Ira -
Assalamualaikum..
Bulan lepas, saya ada oder baju. Kiranya T-shirt penyokong Kedah edisi 2015..Nampak tu menarik la jugak. Cantik. Gambar tu lain dari yang lain..kot ada yang lagi cantik tu..saya tak tahulah..tapi yang ni buat saya bekenan. Close date utk tempahan bulan lepas pada 19/10..Harga plak RM35 untuk sehelai, RM30/helai untuk 2-14 helai, RM27/helai untuk 15 helai keatas.
Hari ni baru dapat baju tu. Haziq pun tak dan2 pakai baju tu. Kira ok n cantik n puas hati la coz oder online.
- Mommy Ira -
Assalamualaikum
Tapi, kuasa Tuhan..hujan pun turun..memang lebat..saya drive lawan arah angin yang kuat la jugak. Walaupun saya dok dalam kereta tapi buleh rasa kereta tu bergoyang..mmg kena drive slow..tambah pulak dalam kereta ada anak2..so saya pasang double signal agar kereta belakang nampak kereta saya..takut lakan hujan lebat ni..
Bila sampai ja Jalan Pegawai area rumah saya, hujan pun dah renyai n berhenti. alhamdulillah saya selamat sampai rumah..tapi petang tu jugak saya dapat wsap dari member bgtau yang angin kuat depan Kedah supermarket, pokok tercabut n tumbang atas kereta..jadi tu masa hujan lebat n saya otw balik rumah..
- Mummy Ira -
Kembar Hazim & Hadif Main Belon With Kakak Aisyah
11/02/2014 11:42:00 PTG
Assalamualaikum..
Petang tadi, kemain happy si kembar dapat main dengan kezen diaorang, kakak Aisyah Zuhairah. Selalunya main berdua tak pun dengan Abang Haziq. Dah Abg Haziq busy dgn sekolah, ada gak peneman utk main. Belon pun boleh laaa..janji main...
- Mommy Ira -
Assalamualaikum..
Hari ni bermulalah exam SPM..So..untuk anak-anak, adik-adik yang bakal menghadapi Peperiksaan SPM esok.Didoakan korang semua tenang dalam menjawab soalan dan semoga berjaya..Amin
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Rasanya, minngu nikan..minggu makan ja..ikutkan masak makan ni cam biasa la..hari hari..tapi minggu ni masak menu lain sikit..tambah pulak my Mom rajin masak..kali ni terlebih rajin la dia masak.. sebabnya nak bagi orang tak sihat makan..kadang2 orang tak sihat ni kurang selera makan..so my Mom masak la menu lain sikit..ha..orang yang tak sihat ni my Brother n my Mak Tok..
Meh kita tengok menu apa yg my Mom masak utk minggu ni..
Meh kita tengok menu apa yg my Mom masak utk minggu ni..
Cendol..sedap..buat sendiri ni..mmg mabeles..makan plak ngan gula merah + ais..sedap
yg ni..udang masak merah
Yang ni ikan hidup tangkap fresh dari sungai..Ikan sungai tak pun kami panggei ikan darat. Ada ikan haruan, ikan keli, ikan apa lagi ntah..saya pun tak pasti..ikan ni berakhir dengan masakan gulai/kari
Yang ni plak..dah jadi menu wajib kalau beli ayam kampung..kami panggei ayam golek..
Yang ni plak..lempeng buh nyok cicah gulai/kari..
Ni la setengah daripada menu yang my Mom masak..klu camni la buat makan untuk sebulan..badan bagai di pum2 la..apa pun masakan My Mom yang paling sedap bagi kami sekeluarga..
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Belum pun reda berita puting beliung di Pendang, ni jadi lagi puting beliung di Sungai Baru. Saya pun dapat berita ni dari kawan saya yang dok Sungai Baru. Memang petang tadi dalam pukul 4..hujan dan angin kuat sikit. Maybe saya dok kawasan taman..tak terasa sangat angin kuat tu.
Sekitar pukul 5 lebih tadi, kawan sya ada send whatsapp n gambar..bgtau kawasan rumah dia kena lintasan puting beliung. Maybe dalam 20 buah rumah yang rosak. Setakat ini, tiada kemalangan jiwa yang berlaku.
Ni setengah gambar dari kawan saya, setengah dari carian google.
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Ada bayi yang dapat mengeluarkan najis dengan senang walaupun keras dan banyak dan ada juga bayi yang bukan sahaja sukar mengeluarkan najisnya yang keras dan besar tetapi mendapat kelukaan di bahagian dubur menyebabkan pendarahan pada bahagian itu.
Dicegah Perkara seperti ini perlulah dicegah daripada berlaku kerana mungkin menimbulkan masalah pembuangan najis bagi bayi itu sampai dia dewasa kelak. Sembelit adalah salah satu daripada masalah pemberian makanan yang biasa di kalangan kanak-kanak dan ia menyebabkan ketidakselesaan dalam kalangan bayi.
Sembelit bukan sekadar berapa kali bayi membuang air besar dalam sehari kerana kekerapan membuang air besar amat berbeza antara seseorang bayi dengan yang lain. Yang lebih penting ialah bentuk najis yang dihasilkan. Tanda-tanda sembelit termasuklah ketulan najis yang amat keras dan kekerapan membuang air besar yang kurang daripada biasa. Bayi anda dikatakan mengalami sembelit jika dia kelihatan sakit atau perlu menggunakan daya yang kuat untuk membuang air besar. Semasa membuang najis yang keras, dubur bayi mungkin rekah dan berdarah. Bayi yang mempunyai luka pada duburnya akan enggan membuang air besar untuk mengelakkan kesakitan. Ini memburukkan lagi keadaan sembelit.
Sembelit jarang berlaku di kalangan bayi yang diberi susu ibu. Namun, bayi boleh mengalami sembelit apabila dietnya berubah, misalnya apabila makanan pejal diperkenalkan kepadanya seperti yang dialami oleh bayi puan. Sembelit juga disebabkan oleh dehidrasi seperti yang puan maklum bahawa anak puan tidak suka minum air masak. Pembancuhan susu formula yang tidak mengikut sukatan betul juga boleh mengakibatkan sembelit. Sembelit boleh juga disebabkan oleh masalah perubatan yang serius tetapi ini jarang berlaku.
Anda boleh mengambil beberapa langkah yang mudah untuk melegakan bayi anda dan mencegah sembelit daripada berulang seperti mengalakkan bayi lebih bergerak, misalnya anda boleh membaringkan bayi lalu menggerakkan kakinya seolah-olah mengayuh. Ataupun galakkan dia lebih merangkak. Kekurangan aktiviti fizikal akan menyebabkan sembelit, perlahan-lahan urutkan perut bayi dengan pergerakan bulatan selama beberapa minit selain tambahkan serat dalam diet bayi. Misalnya, anda boleh memberikannya jus buah-buahan. Tetapi jangan beri terlalu banyak kerana ia akan mengurangkan pengambilan susu.
Jika bayi anda telah diperkenalkan makanan pejal, anda boleh meningkatkan pengambilan bran, bijiran, buah-buahan segar (contohnya prun, pisang dan aprikot) serta sayuran. Pastikan bayi anda diberi cecair yang mencukupi. Berikannya air masak atau sedikit jus buah-buahan (terutama epal, pir atau prun) di antara penyusuan terutamanya apabila cuaca panas.
Jika bayi mengalami sembelit untuk jangka masa yang panjang atau terdapat tanda-tanda kesakitan yang berulang, maka anda mesti meminta nasihat doktor atau profesional perubatan.
Jangan cuba selesaikan masalah tersebut secara sendiri dengan menggunakan laksatif dan rawatan herba. Ubat-ubatan tidak patut digunakan tanpa nasihat doktor. Susu yang paling baik bagi mengurangkan sembelit adalah susu ibu. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi anda.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130217/kn_01/Mengatasi-sembelit-bayi#ixzz2LZai7wDv
© Utusan Melayu (M) Bhd
----------------------------------------