kdg2 bukan senang nak mintak sikat rambut si kembar ni..nak kena buh minyak dulu baru senang sikat..tadi nak kluar x bagi buh minyak..so saya just sikat gitu2 ja..ni la rupa Hazim n Hadif dalam Versi Rambut tanpa minyak rambut..comei tak kami...
- mummy ira -
Assalamualaikum..
Masalah jeragat dan parut hitam sering dialami oleh kebanyakan orang Asia. Jika tidak dirawat, tompok-tompok hitam ini akan semakin bertambah. Punca jeragat ialah daripada sel melanosit yang terlebih aktif dan mengeluarkan melanin yang berlebihan menyebabkan kulit bertompok-tompok hitam.
Antara sebab berlakunya tompok-tompok hitam ini adalah:
1) Radang kulit sewaktu mengalami masalah jerawat, apabila jerawat kering, ia akan meninggalkan kesan hitam yang dikenali sebagai "post-inflammatory hyperpigmentation" (PIH)
2) Perubahan hormon sewaktu mengandung dan menyusukan anak juga akan menyebabkan tompok-tompok hitam yang dikenali sebagai "melasma". Addison's disease yang disebabkan kalenjar adrenal yang tidak berfungsi untuk mengeluarkan hormon steroid dalam badan juga akan mengakibatkan jeragat. Penggunaan pil perancang dan tabia tmerokok juga boleh menyebabkan jeragat.
3) Pendedahan kulit kepada cahaya matahari setelah beberapa tahun akan memberi kesan tompok-tompok hitam yang akan bertambah yang dikenali sebagai "age spots", "freckles" dan"lentigenes". Perbezaan antara age-spots, freckles dan lentigenes ialah saiznya.
Jeragat boleh dibahagi kepada 2 jenis:
- Epidermal : jeragat berada pada lapisan atas kulit (epidermis)
- Dermal : jeragat berada pada lapisan dalam kulit (dermis)
Kebiasaannya, PIH dan melasma berada pada paras dermal dan lebih sukar dirawat. Age spots, freckles dan lentigenes pula berada pada paras epidermal dan lebih senang dirawat.
Reaksi alahan kepada ubat-ubatan tertentu.
Ini adalah punca utama hyperpigmentation, ia merupakan faktor yang banyak sekali terjadi. Antibiotik tertentu seperti minocycline, tetracycline dan doxycycline digunakan secara meluas oleh banyak orang. Malah, minocycline biasanya digunakan untuk merawat jerawat. Tetapi senarai bahan-bahan yang menyumbang kepada melasme tidak berhenti di situ.Terdapat beberapa antidepresan yang juga menyebabkan pigmentasi muka. Imipramine adalah salah salah satu daripadanya. Chlorpromazine adalah dadah, biasanya digunakan sebagai anti-psikotik. Ini juga menyebabkan jeragat, selepas digunakan dalam jangka masa yang lama. Phenytoin, yang digunakan untuk merawat epilepsi, adalah satu lagi contoh bahan yang mendorong kepada terjadi jeragat dalam jangka masa panjang. Ia adalah ciri-ciri dadah-induced.
Oleh itu dalam memilih produk kecantikan dan ubat-ubat antibiotik dan sebagainya hendaklah berbalik kepada asas kejadian alam. Oleh itu, fenomena rawatan semulajadi seperti penggunaan ubat homeopati,biochemic dan cream yang bebas bahan kimia telah menjadikan trend dan perkembangan sihat di Barat. Mereka sekarang ini terus menghindari ubat-ubat kimia yang akan menyebabkan kesan sampingan dalam jangka masa panjang.
CARA UNTUK HILANGKAN JERAGAT
1. Melalui Penjagaan Kulit Wajah - Salah satu rahsia kulit yang cantik ialah dari amalan membasuh muka yang kerap, paling minimum 2 kali sehari. Juga pastikan memakai toner dan pelembap sejurus selepas mencuci muka. Namun perlu dipastikan pembersih wajah, toner dan pelembap yang digunakan haruslah sesuai dengan kulit. Elakkan menggunakan produk yang boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kering. Pemakaian krim pelindung kulit yang mempunyai SPF yang tinggi amatlah perlu sekiranya selalu terdedah dengan matahari.
2. Melalui Pemakanan Harian - Kulit yang sihat memerlukan pemakanan sihat. Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan segar setiap hari bagi memastikan kulit mendapatkan vitamin C dari sumber yang segar walau sedikit. Selain itu, pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari juga penting kerana membantu melancarkan darah dan menyingkirkan toksin dari tubuh.
3. Melalui Suplemen/Vitamin. Pilihlah yang berasas kejadian alam seperti tumbuhan. Kerana supplemen begini tidak mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan alahan bertambah teruk dan mudarat. Jauhi ubat-ubat kimia yang akan menyebabkan kesan sampingan dalam jangka masa panjang.
Mengambil makanan tambahan adalah pilihan kepada mereka yang sihat, dan mungkin ‘kewajipan’ bila dah sakit. Misalnya, apabila kita demam berpanjangan, adakalanya doktor memberi pil vitamin di samping ubat-ubatan untuk melegakan sakit kita tu.
Mengapakah ibu hamil dibekalkan dengan pil vitamin tapi tidak ibu yang menyusukan? Ini adalah kerana target pihak kesihatan sedunia untuk mengelakkan/mengurangkan risiko semasa hamil dan kelahiran, terutama yang melibatkan bayi dan ibu tersebut.
Mengapakah ibu hamil dibekalkan dengan pil vitamin tapi tidak ibu yang menyusukan? Ini adalah kerana target pihak kesihatan sedunia untuk mengelakkan/mengurangkan risiko semasa hamil dan kelahiran, terutama yang melibatkan bayi dan ibu tersebut.
Assalamualaikum..
Kepada ibu-ibu ang menyusukan anak walaupun dah bermacam-macam usaha anda lakukan untuk memastikan susu sentiasa cukup dan meriah tapi jangan lupa untuk berdoa. Kerana kita tahu bahawa susu itu adalah rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk anak kita dan dari Dia jugalah kita memohon agar murah rezeki susu untuk anak kita..InsyaAllah..
"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.
Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....