Assalamualaikum..
Masalah jeragat dan parut hitam sering dialami oleh kebanyakan orang Asia. Jika tidak dirawat, tompok-tompok hitam ini akan semakin bertambah. Punca jeragat ialah daripada sel melanosit yang terlebih aktif dan mengeluarkan melanin yang berlebihan menyebabkan kulit bertompok-tompok hitam.
Antara sebab berlakunya tompok-tompok hitam ini adalah:
1) Radang kulit sewaktu mengalami masalah jerawat, apabila jerawat kering, ia akan meninggalkan kesan hitam yang dikenali sebagai "post-inflammatory hyperpigmentation" (PIH)
2) Perubahan hormon sewaktu mengandung dan menyusukan anak juga akan menyebabkan tompok-tompok hitam yang dikenali sebagai "melasma". Addison's disease yang disebabkan kalenjar adrenal yang tidak berfungsi untuk mengeluarkan hormon steroid dalam badan juga akan mengakibatkan jeragat. Penggunaan pil perancang dan tabia tmerokok juga boleh menyebabkan jeragat.
3) Pendedahan kulit kepada cahaya matahari setelah beberapa tahun akan memberi kesan tompok-tompok hitam yang akan bertambah yang dikenali sebagai "age spots", "freckles" dan"lentigenes". Perbezaan antara age-spots, freckles dan lentigenes ialah saiznya.
Jeragat boleh dibahagi kepada 2 jenis:
- Epidermal : jeragat berada pada lapisan atas kulit (epidermis)
- Dermal : jeragat berada pada lapisan dalam kulit (dermis)
Kebiasaannya, PIH dan melasma berada pada paras dermal dan lebih sukar dirawat. Age spots, freckles dan lentigenes pula berada pada paras epidermal dan lebih senang dirawat.
Reaksi alahan kepada ubat-ubatan tertentu.
Ini adalah punca utama hyperpigmentation, ia merupakan faktor yang banyak sekali terjadi. Antibiotik tertentu seperti minocycline, tetracycline dan doxycycline digunakan secara meluas oleh banyak orang. Malah, minocycline biasanya digunakan untuk merawat jerawat. Tetapi senarai bahan-bahan yang menyumbang kepada melasme tidak berhenti di situ.Terdapat beberapa antidepresan yang juga menyebabkan pigmentasi muka. Imipramine adalah salah salah satu daripadanya. Chlorpromazine adalah dadah, biasanya digunakan sebagai anti-psikotik. Ini juga menyebabkan jeragat, selepas digunakan dalam jangka masa yang lama. Phenytoin, yang digunakan untuk merawat epilepsi, adalah satu lagi contoh bahan yang mendorong kepada terjadi jeragat dalam jangka masa panjang. Ia adalah ciri-ciri dadah-induced.
Oleh itu dalam memilih produk kecantikan dan ubat-ubat antibiotik dan sebagainya hendaklah berbalik kepada asas kejadian alam. Oleh itu, fenomena rawatan semulajadi seperti penggunaan ubat homeopati,biochemic dan cream yang bebas bahan kimia telah menjadikan trend dan perkembangan sihat di Barat. Mereka sekarang ini terus menghindari ubat-ubat kimia yang akan menyebabkan kesan sampingan dalam jangka masa panjang.
CARA UNTUK HILANGKAN JERAGAT
1. Melalui Penjagaan Kulit Wajah - Salah satu rahsia kulit yang cantik ialah dari amalan membasuh muka yang kerap, paling minimum 2 kali sehari. Juga pastikan memakai toner dan pelembap sejurus selepas mencuci muka. Namun perlu dipastikan pembersih wajah, toner dan pelembap yang digunakan haruslah sesuai dengan kulit. Elakkan menggunakan produk yang boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kering. Pemakaian krim pelindung kulit yang mempunyai SPF yang tinggi amatlah perlu sekiranya selalu terdedah dengan matahari.
2. Melalui Pemakanan Harian - Kulit yang sihat memerlukan pemakanan sihat. Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan segar setiap hari bagi memastikan kulit mendapatkan vitamin C dari sumber yang segar walau sedikit. Selain itu, pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari juga penting kerana membantu melancarkan darah dan menyingkirkan toksin dari tubuh.
3. Melalui Suplemen/Vitamin. Pilihlah yang berasas kejadian alam seperti tumbuhan. Kerana supplemen begini tidak mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan alahan bertambah teruk dan mudarat. Jauhi ubat-ubat kimia yang akan menyebabkan kesan sampingan dalam jangka masa panjang.
Mengambil makanan tambahan adalah pilihan kepada mereka yang sihat, dan mungkin ‘kewajipan’ bila dah sakit. Misalnya, apabila kita demam berpanjangan, adakalanya doktor memberi pil vitamin di samping ubat-ubatan untuk melegakan sakit kita tu.
Mengapakah ibu hamil dibekalkan dengan pil vitamin tapi tidak ibu yang menyusukan? Ini adalah kerana target pihak kesihatan sedunia untuk mengelakkan/mengurangkan risiko semasa hamil dan kelahiran, terutama yang melibatkan bayi dan ibu tersebut.

Kepada ibu-ibu ang menyusukan anak walaupun dah bermacam-macam usaha anda lakukan untuk memastikan susu sentiasa cukup dan meriah tapi jangan lupa untuk berdoa. Kerana kita tahu bahawa susu itu adalah rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk anak kita dan dari Dia jugalah kita memohon agar murah rezeki susu untuk anak kita..InsyaAllah..
"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.
Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....
16 Kerjaya Dengan Pendapatan Tinggi Tanpa Perlu Ijazah Universiti di Malaysia
1/21/2014 05:13:00 PTG
Assalamualaikum..
Di Malaysia, untuk bekerja di mana-mana agensi swasta atau kerajaan, perlu diingat bahawa kelulusan minima yang perlu kita ada ialah SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Bukan itu sahaja tetapi pelajar juga harus aktif dalam ko-kurikulum dan mendapat komen positif dalam sijil berhenti sekolah. Ini adalah penting, walaupun seseorang itu tidak bermina, berkemampuan atau layak untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading
perkara yang disebutkan tadi mestilah ada untuk rujukan bakal majikan. Ini perlu difahami dan senario ini mungkin berbeza dengan negara-negara lain
Berikut adalah 16 kerjaya yang yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada yang berminat, walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.
1. Juruterbang
Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimana pun, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti Malaysian Flying Academy yang terletak di Melaka.
3. Agen Insuran
Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan.
4. Agen Hartanah
Menjadi ejen hartanah juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat.
Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang 'oil and gas' seperti di Petronas, MMHE , Schlumberger, Talisman Energy, untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelajayakkan, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP, sebuah badan antarabangsa yang menjalankan kursus dan mengeluarkan sijil profesional yang diiktiraf seluruh dunia. Ia merupakan badan antarabangsa dan mereka ada melantik wakil tempatan untuk menjalankan kursus di Malaysia.
Kebaikan sijil yang dikeluarkan CSWIP ialah ia diiktiraf diperingkat antarabangsa & bukan sahaja di Malaysia. Antara sijil, dan seterusnya kerjaya yang anda boleh ceburi ialah;
5. Welding Inspector
6. Welding QC Co-ordinator
7. Plant Inspector
8. Offshore Inspection
9. Non-destructive Testing
10. Plastics Welders
11. Welder (ini juga terdapat pelbagai-bagai pengkhususan)
Satu lagi badan yang banyak menawarkan sijil-sijil profesional ialah NIOSH atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia). Di sini antara program pensijilan yang ditawarkan ialah;
12. Safety & Health Officer
Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan & kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard NIOSH.
13. Rig Operator / Operator pelantar minyak
Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas.
Kepada calon yang mempunyai kebolehan dalam bidang elektrikal, mereka bolehlah mengambil kursus berikut diInstitut Latihan Perindustrian yang berdekatan.
14. Wireman
Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.
15. Chargeman
Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah ( Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)
16. RoHS officer
ROHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Sejak tahun 2003 negara-negara barad dan Eropah telah melarang dan menghadkan kandungan barang kimia terlarang dan merbahaya dalam komponen-komponen barangan tertentu. Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS.
Terdapat banyak agensi yang menyediakan kursus pensijilan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pegawai RoHS
Berikut adalah serba sedikit kerjaya yang terdapat di Malaysia yang tidak memerlukan ijazah universiti. Yang penting semua kerja yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan memerlukan sijil dan kursus yang khas dan diiktiraf.
Kepada pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang, jangan takut.
Berikut adalah 16 kerjaya yang yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada yang berminat, walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.
1. Juruterbang
Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimana pun, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti Malaysian Flying Academy yang terletak di Melaka.
2. Penasihat Kewangan
Juga dikenali sebagai 'wealth advisor' merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka3. Agen Insuran
Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan.
4. Agen Hartanah
Menjadi ejen hartanah juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat.
Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang 'oil and gas' seperti di Petronas, MMHE , Schlumberger, Talisman Energy, untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelajayakkan, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP, sebuah badan antarabangsa yang menjalankan kursus dan mengeluarkan sijil profesional yang diiktiraf seluruh dunia. Ia merupakan badan antarabangsa dan mereka ada melantik wakil tempatan untuk menjalankan kursus di Malaysia.
Kebaikan sijil yang dikeluarkan CSWIP ialah ia diiktiraf diperingkat antarabangsa & bukan sahaja di Malaysia. Antara sijil, dan seterusnya kerjaya yang anda boleh ceburi ialah;
5. Welding Inspector
6. Welding QC Co-ordinator
7. Plant Inspector
8. Offshore Inspection
9. Non-destructive Testing
10. Plastics Welders
11. Welder (ini juga terdapat pelbagai-bagai pengkhususan)
Satu lagi badan yang banyak menawarkan sijil-sijil profesional ialah NIOSH atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia). Di sini antara program pensijilan yang ditawarkan ialah;
12. Safety & Health Officer
Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan & kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard NIOSH.
13. Rig Operator / Operator pelantar minyak
Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas.
Kepada calon yang mempunyai kebolehan dalam bidang elektrikal, mereka bolehlah mengambil kursus berikut diInstitut Latihan Perindustrian yang berdekatan.
14. Wireman
Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.
15. Chargeman
Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah ( Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)
16. RoHS officer
Terdapat banyak agensi yang menyediakan kursus pensijilan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pegawai RoHS
Berikut adalah serba sedikit kerjaya yang terdapat di Malaysia yang tidak memerlukan ijazah universiti. Yang penting semua kerja yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan memerlukan sijil dan kursus yang khas dan diiktiraf.
Kepada pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang, jangan takut.
Banyak jenis pekerjaan yang boleh anda ceburi. Apa yang anda perlu ada ialah usaha dan semanggat yang tinggi untuk berjaya.
sumber