Yelah..kalau kat rumah..penjagaan kulit tu lebih teratur..bila kita pergi bercuti ni..kkdg skip jugak..mana dengan terlupa bawa alat pencuci kulit, kena panas matahari lgi dan sebagainya..
Apatahlagi, jerawat ataau biji biji ruam yang mula tumbuh di badan sehinggakan kulit tidak selesa sama ada terdedah terlalu lama terhadap panahan suria atau terlalu kering kerana kehilangan lembapan.
Meh kita baca beberapa tips penjagaan kulit ketika bercuti ke tempat bercuti terutamanya beriklim panas.
1. Lindungilah kulit anda dengan krim pelindung matahari UVA/UVB dan pakailah topi ketika keluar.
2. Elakkan aktiviti luar pada waktu tengah hari kerana sinar UVA/UVB pada waktu tersebut boleh merosakkan pigmentasi kulit.
3. Bagi pengguna bedak asas, gunakan warna bedak asas yang lebih gelap untuk mengelakkan kulit anda kelihatan bertompok dan tidak sekata.
4. Kena pastikan kita tidak terlupa bawa produk penjagaan diri harian anda dari rambut hingga ke hujung kaki dibawa bersama ketika bercuti supaya kulit anda sentiasa dilindung rapi.
5. Pilihkah pakaian yang diperbuat dari kapas yang longgar supaya anda sentiasa selesa dan pakain berkenaan mempunyai kemampuan menyerap peluh yang tinggi
6. Jika anda suka berenang di kolam renang dan laut, gunalah krim pelembap agar kulit anda sentiasa dilindungi.
Itulah serba sikit tips yang kita boleh ikut jika kita hendak pergi bercuti. Selain itu jangan lupa bawa supplement kesihatan agar kita sentiasa sihat dan dengan pengambilan supplement ni boleh juga membantu kulit kita n bertenaga sepanjang hari.
Jika anda belum n berminat dengan supplement kesihatan..Boleh memilih Shaklee kerana Shaklee boleh beri anda kesihatan dan kecantikan sepanjang masa..
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..
Jom Like Page Mummy Iera Vitta Shoppe / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir
Hilangkan Ruam Pada Muka atau Kulit Bayi Dengan Herbal Blend Shaklee
12/13/2013 01:41:00 PTG
Apa nak buat bila bayi kena ruam?
Shaklee Herbal Blend Cream adalah krim serbaguna yang mudah meresap. Ibu boleh sapukan pada ruam, eczema mahupun allergy.
Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat mengatasi masalah gatal-gatal kulit... no more garu-garu!! Ianya Dingin, bermentol dan tidak berminyak, super-moist cream yang mengikat kelembapan kulit dan diperkaya dengan sari tumbuhan yang sangat bagus untuk kulit. daripada ekstrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. Dan juga ORGANIC and PARABEN Free!!
- Kena kenalpasti jenis ruam
- Ruam Panas ....kepanasan yang terlampau boleh buatkan bayi rimas dan kulit terjejas, naik bintik2 merah seakan-akan jerawat. Selalunya dikawasan pelipatan seperti leher,pelipatan siku,dicelah2 kulit berketak2 tu.
- Ruam Susu ....kesan drpd lelehan susu yg dibiarkan/tak di lap, bintik-bintik putih di muka, leher dan atas dada bayi.
- Ruam Lampin ....terlalu lama dibiarkan pakai lampin/pampers yang kotor, kulit jadi merah dan radang samada di sekitar punggung bayi atau di celah peha.
- Eczema ....rasa gatal dan tak selesa. Tahap lebih teruk sehingga berdarah dan keluar air. Selalunya boleh tengok pada pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut, pergelangan tangan, jari tangan dan jari kaki. Ada dermatis - kemerahan,kuping,bengkak.
- Allergy ....kulit merah dan gatal dgn tiba2,biasanya berpunca drpd pemakanan, habuk, cuaca, serangga, ubat dan bulu binatang. Ini tak berpanjangan.
- Kalau gatal jangan sesekali garu, hati-hati pada penggunaan sabun/bedak/lotion atau krim yang ber chemical. Kulit bayi lebih sensitif. Pilihlah krim berasaskan tumbuhan semulajadi, saya sarankan Shaklee Herbal Blend Cream.
Untuk kegunaan lain juga........
- Baik untuk kulit yang mengalami gatal-gatal
- melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.
- Demam panas (disapu ke seluruh badan). Insya Allah setengah jam kemudian badan akan berpeluh
- Baik untuk demam campak. Menghilangkan kesan atau tanda demam campak.
Semuanya berpuashati dan ada yang terus menggunakan krim Shaklee sebagai krim kegunaan harian mereka
Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :
Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration
Masalah Angin & Kencing Kotor Ketika Hamil diatasi dengan Peppermint Ginger Plus
12/12/2013 10:52:00 PTG
Masalah kejadian angin di dalam perut semasa mengandung adalah perkara biasa. Bila ini berlaku, anda akan merasa pedih ulu hati (hiatus hernia). Ini disebabkan oleh pengaliran cecair berasid dari dalam perut ke bahagian esophagus.
Kejadian ini selalunya menjadi semakin teruk bila usia kandungan meningkat. Walaupun begitu, ia tidaklah memberikan kesan buruk kepada bayi yang ada di dalam kandungan tersebut. Bagi usia kandungan yang lebih daripada lima bulan, tekanan di dalam perut berlaku kerana pertumbuhan bayi yang semakin membesar.
Tekanan ini menyebabkan kandungan perut (cecair dsb) memasuki esophagus. Tambahan pula injap di antara perut dan esophagus (sphincter valve) yang selalunya menghalang perjalanan cecair dari perut ke esophagus ini tidak dapat berfungsi dengan cekap bagi wanita yang mengandung.
Nyaman dan Melegakan
Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.
Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
(petikan dari web Shaklee Malaysia)
Dan sekiranya anda adalah:
Peppermint ginger plus ini terdiri daripada 4 bahan iaitu pudina, halia, fennal dan anise.
Cara Makan Pepper Mint Ginger Plus Shaklee
Ada dua cara untuk menikmati dan merasai khasiat Pepper Mint Ginger Plus Shaklee.
1-Boleh ditelan begitu sahaja
2- boleh campurkan 2-3 biji Pepper Mint Ginger Plus Shaklee ke dalam air suam ,
---------------------------------
Kejadian ini selalunya menjadi semakin teruk bila usia kandungan meningkat. Walaupun begitu, ia tidaklah memberikan kesan buruk kepada bayi yang ada di dalam kandungan tersebut. Bagi usia kandungan yang lebih daripada lima bulan, tekanan di dalam perut berlaku kerana pertumbuhan bayi yang semakin membesar.
Tekanan ini menyebabkan kandungan perut (cecair dsb) memasuki esophagus. Tambahan pula injap di antara perut dan esophagus (sphincter valve) yang selalunya menghalang perjalanan cecair dari perut ke esophagus ini tidak dapat berfungsi dengan cekap bagi wanita yang mengandung.
Nyaman dan Melegakan
Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.
Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
(petikan dari web Shaklee Malaysia)
Dan sekiranya anda adalah:
- Wanita yang sedang hamil tetapi mangalami masalah angin yang sukar untuk dilepaskan. Akibatnya perut terasa sebu dan tekak pula loya-loya
- Sukar untuk mendapatkan kencing yang lawas. Walaupun berdehem beberapa kali selepas membuang air, sisa-sisa air kencing itu masih lagi terasa. Ini menjadikan kita tidak selesa dan agak was-was untuk bersolat dan beribadah
- Mempunyai masalah kencing kotor dan terdapat jangkitan pada pundi kencing
- Anda tidak hamil, tetapi mempunyai angin yang banyak di dalam badan.
- Ada masalah sembelit
Peppermint ginger plus ini terdiri daripada 4 bahan iaitu pudina, halia, fennal dan anise.
Cara Makan Pepper Mint Ginger Plus Shaklee
Ada dua cara untuk menikmati dan merasai khasiat Pepper Mint Ginger Plus Shaklee.
1-Boleh ditelan begitu sahaja
2- boleh campurkan 2-3 biji Pepper Mint Ginger Plus Shaklee ke dalam air suam ,
---------------------------------
Throwback bulan 8 2012..Family day kat Pantai Merdeka..the whole family ada kat sana termasuk family saya..just kongsi pic je
- mummy ira -
Memandangkan ramai cust. yang amik Lecithin sebagai pemecah lemak beliau..jom kita baca apa sebenar Lecithin nih..betul ke sebagai pemecah lemak sahaja..atau banyak lagi kelebihannya..
Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.
Kandungan Lecithin :
Kandungan Lecithin :
- Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
- Kolin – satu komponen neurotransmitter.
- Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
- Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
Kegunaan Lecithin :
PALING UTAMA
PALING UTAMA
- Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
- Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
- Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
- Membantu kawal paras triglycerides.
- Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
- Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
- Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
- Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
- Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK KAUM TUA
- Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
- Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.
UNTUK PENGHADAMAN
- Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL
- Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
- Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
- Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
Tapi pastikan anda mengambil Lecitin selepas heavy meal(lunch/dinner)..bukan sebelum makan lunch/dinner yer ..kerana .pengambilan vitamin sebelum makan akan meningkatkan enzim metabolik... dimana anda akan cepat berasa lapar.... ..:-)
Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Assalamualaikum..
Salah satu perkara yang paling sukar dilalui oleh ibu bapa yang baru ialah apabila bayi mereka mendapat selesema buat pertama kali. Bayi anda akan berasa tidak selesa, tersenguk-sengak dan sukar untuk menyusu. Memang tidak senang anda melihatnya, tetapi terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan ketidakselesaan bayi anda. Anda boleh bertenang sebab ianya hanya selesema biasa dan selalunya tidak serius. Pakar-pakar menganggarkan bahawa bayi anda akan menghidapi selesema sebanyak lapan hingga 10 kali dalam masa dua tahun pertamanya. Ini menggunakan banyak helaian tisu dan berjaga malam.
Apa punca selesema?
Selesema ialah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca dari pelbagai jenis virus.Selalunya selesema merebak apabila seseorang yang menghidapi selesema itu bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara untuk dijangkiti oleh orang lain. Ia juga boleh disebarkan melalui kontak tangan, jadi elok jika anda sentiasa membasuh tangan anda selepas menghembus hidung anda.
Bayi-bayi cenderung untuk dijangkiti selesema dengan kerap sebab mereka dilahirkan dengan sistem imuniti yang hanya berfungsi sebanyak 60 peratus.
Bagaimanakah selesema menjejaskan bayi?
Tiada perkara yang lebih mengharukan daripada bayi yang menghidapi selesema. Bayi yang sakit mungkin akan menghidapi demam (sehingga 38 darjah C), batuk, mata merah, sakit tekak dan hidung berair. Anak anda juga akan meragam dan hilang selera makan.Bayi-bayi di bawah usia enam bulan tidak boleh bernafas melalui hidung mereka apabila mereka sakit, jadi mereka akan mempunyai masalah untuk bernafas dan makan. Kanak-kanak tidak bersedia lagi untuk menghembus hidung mereka sehingga usia empat tahun, jadi anda perlu membantu mengeluarkan mukus mereka.
Jika tidur sepanjang malam sudah menjadi rutin bagi bayi, masa ini anda akan teringat kembali minggu-minggu pertama kelahiran bayi. Mungkin dia akan terjaga beberapa kali pada waktu malam sebab tidak selesa dan sukar untuk bernafas. Anda perlu berjaga dengan bayi anda, menenangkannya dan mengelap hidungnya.
Berapa lamakah selesema akan berlarutan?
Simptom-simptom selalunya akan reda selepas tiga hingga 10 hari, walaupun pada bayi yang terlalu muda, ia mungkin akan berlarutan sehingga dua minggu. Kebanyakan bayi yang ada kontak dengan kanak-kanak yang lebih tua akan menghidapi selesema sebanyak enam hingga 10 kali dalam tahun pertama mereka sehingga anda merasakan ianya menghidapi selesema sepanjang tahun.Bolehkah saya mencegah bayi saya dari selesema?
Menyusukan ialah salah satu cara terbaik untuk melindungi kesihatan bayi anda sebab selagi dia menyusu badan, dia akan mendapat antibodi anda dan keimunan semula jadi anda. Dan apabila bayi yang disusukan jatuh sakit, penyakit itu ringan sahaja.Anda juga boleh cuba melindungi bayi anda dengan menjauhkan dia dari mereka yang sakit dan dengan meminta semua ahli keluarga yang sakit untuk membasuh tangan mereka sebelum menyentuh bayi anda atau barang-barangnya.
Jika anda atau suami anda merokok, berhentilah dan elakkan dari membawa bayi anda ke tempat-tempat merokok. Kanak-kanak yang tinggal bersama perokok akan menghidapi lebih banyak kali selesema dan ia berlarutan lebih lama berbanding bayi lain yang tidak terdedah kepada asap rokok .
Bilakah saya perlu menghubungi doktor?
Lakukannya apabila tanda pertama selesema jika bayi anda berusia kurang dari tiga bulan.Bagi bayi yang lebih tua, hubungi doktor jika:
- selesema berlarutan lebih dari lima hari;
- suhu anak anda melebihi 39 darjah C;
- dia mengalami sakit telinga, masalah bernafas, bunyi berdehit, batuk berlarutan;
- dia mengeluarkan mukus hijau yang pekat dan berlarutan dari hidungnya.
Bagaimanakah saya boleh merawat selesema?
Tidak banyak yang boleh anda lakukan kecuali menunggu dan memberikan anak anda banyak rehat dan cecair (tingkatkan jumlah jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C).Jika badannya panas, anda boleh berikan dia cecair parasetamol di bawah pengawasan doktor. Jangan berikan dia sebarang ubat selesema tanpa berunding dengan pakar pediatrik atau doktor keluarga anda. Jika umur kanak-kanak itu kurang dari satu tahun, ubat selesema yang dibeli di kedai selalunya lebih membahayakan, dan ubat batuk sama kesannya dengan sirap yang tidak mengandungi sebarang ubat untuk melegakan simptom.
Walaupun begitu, terdapat beberapa cara untuk melegakan ketidakselesaannya:
- Jika hidung bayi anda tersumbat, tinggikan kepala tilam dengan meletakkan tuala di bawahnya. Tidur mencondong boleh melegakan hidung meleleh hingus. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi anda (ia boleh menyebabkan bahaya mati lemas) dan jangan meletakkan bantal di bawah tilam.
- Laplah hidungnya supaya dia boleh bernafas dengan lebih mudah. Anda boleh menyapu jeli petroleum di luar lubang hidung bayi anda untuk mengurangkan kerengsaan. Jika bayi anda sukar menyusu dengan hidung tersumbat, minta doktor anda mempreskripsikan larutan bergaram untuk diletakkan di setiap lubang hidung setiap 15 minit sebelum penyusuan. Sesetengah ibu bapa menggunakan bebuli penyedut untuk membersihkan dan mengeluarkan air bergaram dan mukus dari hidung bayi.
- Cuba gunakan pengewap kabut dingin untuk melembapkan udara. Atau bawa bayi anda ke bilik mandi bersama anda, buka air panas atau pancuran mandi, tutup pintu dan duduk dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit. Jangan lupa menukar pakaian bayi anda selepas mandian berwap.
- Jika bayi anda menghidapi hidung tersumbat tanpa sebarang simptom lain, periksakan lubang hidungnya kalau-kalau terdapat sebarang objek asing. Kadang-kadang kita tak tahu: bayi pun boleh meletakkan objek ke dalam hidung.
Selesema adalah sebahagian daripada kehidupan. Setelah anda berjaya mengharungi selesema bayi anda buat kali pertama, anda akan tahu apa yang perlu dilakukan jika ia dijangkiti lagi.
https://www.babycenter.com.my/a1033081/selesema-dan-bayi-anda
Ketika anda melangkah ke dalam farmasi, berderetan botol-botol supplement Vitamin C pelbagai jenama yang boleh anda pilih. Tetapi tahukah anda bagaimana memilih Vitamin C yang terbaik untuk anda, agar berbaloi dengan wang yang anda belanjakan?
Tips 1 - Berapa Banyak Yang Anda Perlukan?
Setiap individu memerlukan dos Vitamin C yang berlainan. Antaranya:
Perlu diingatkan, Vitamin C ialah vitamin larut air. Sebanyak mana dosage yg kita ambil setelah 2-3 jam, mana-mana yg tidak digunakan oleh badan akan disingkirkan keluar, jadi ia adalah pembaziran.
Tips 2 - Kandungan Vitamin C Yang Bagus?
Periksa label botol terlebih dahulu supaya anda tahu isi kandungan Vitamin C tersebut. Pastikan Vitamin C yang bakal anda beli dibuat daripada bahan-bahan semulajadi.
Kebanyakan Vitamin C semulajadi, mempunyai dos Vitamin C yang rendah seperti 500mg. Vitamin C yang tinggi dosnya seperti 1000mg, kebanyakan dihasilkan daripada proses kimia di makmal.
Selain itu, pastikan Vitamin C tersebut mempunyai kandungan bioflavonoidbersamanya. Sebenarnya bioflavonoid memainkan peranan penting dalam membantu penyerapan Vitamin C. Dengan kata lain, vitamin C tanpa bioflavonoid, mungkin hanya beberapa peratus kandungan yang dapat diserap dan digunakan oleh badan.
Sebagai pengguna Muslim, wajib bagi kita mencari produk-produk yang Halal, lebih-lebih lagi produk untuk dimakan. Pastikan Vitamin C yang anda beli telah disahkan Halal oleh JAKIM atau badan-badan yang telah diiktiraf oleh Jakim.
Tips 4 - Pelepasan Vitamin C Secara Berperingkat (Sustained Release)
Kita digalakkan mengambil Vitamin C yang bersifat Sustained Release. Namun, ramai yang masih belum jelas apakah maksud Sustained Release ini, dan apakah bezanya dengan vitamin TANPA elemen Sustained Release ini?
Baiklah, secara umumnya, apakah keistimewaan vitamin yang bersifat Sustained Release ini
1.Sustained (or Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu.
2. Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab tu dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen) dan ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.
Maka, tanpa sifat Time Release ini, vitamin larut air akan terus diserap ke dalam aliran darah dengan CEPAT, tanpa mengira berapa besar dos vitamin tersebut dan akan dilepaskan ke dalam urin (air kencing) dalam masa 2-3 jam sahaja.
3.Sustained Release supplement boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan) serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.
Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk periksa label di botol vitamin pilihan anda kerana kebanyakan time-release vitamins hanya boleh bertahan di dalam masa 2 jam atau kurang. Maka, hampir TIADA BEZA sangat berbanding dengan tablet biasa yang pastinya jauh lebih murah berbanding vitamin yang bersifat sustained release.
Vitamin C kegemaran dan pilihan saya semestinya Shaklee Sustained Release Vita- C 500mg!
Apa yang membezakan Vitamin C jenama Shaklee dgn yang lain2?
Shaklee Sustained Release Vita-C 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya.
Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin C dengan lebih baik. Ini berbeza dengan vitamin C jenama lain yang berada di pasaran.
Sustained Release Vita-C Plus mengandungi:
• Kandungan Vitamin C yang tinggi iaitu 1 biji Vitamin C menyamai 7 setengah biji oren.
• Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
• Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah.
• Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Assalamualaikum..
Memang seronok melayan bayi bercakap. Dalam bahasa bayi yang kedengaran lucu pasti kita tak kering gusi mendengarnya. Apatah lagi ia disertakan dengan mimik muka si comel yang tidak puas dipandang. Rasa terhibur sangat.
Bayi anda akan mula bercakap dalam bahasanya sendiri tidak kira malam, siang, pagi atau ketika terjaga dari tidur. Keinginannya untuk meningkatkan kemahiran pertuturan perlu diberi galakan. Bagaimanapun jangan sekali-kali anda turut meniru gaya si kecil bercakap. Misalnya ‘aaa’, ‘aaau’, ‘uuu’ dan sebagainya.
Tanpa anda sedari perbuatan tersebut akan menggalakkan bayi belajar bercakap secara pelat. Anak-anak kecil mudah terpengaruh dengan perkara pertama yang mereka dengar. Untuk merangsang kemahiran pertuturan si kecil, anda perlu rajin bercakap dengan mereka sejak usia bayi lagi.
Walaupun ketika itu bayi anda tidak faham apa yang dituturkan tetapi bayi boleh menyimpan apa yang didengar dalam kotak memorinya. Pastikan anda sentiasa bercakap dalam bahasa yang betul iaitu tidak pelat dengan anak kerana mereka akan meniru kata-kata yang keluar dari mulut ibu bapa.
sumber Pa & Ma
Timun yang punya kebaikan pada kesihatan sering dimasukkan dalam menu makanan, sama ada sebagai ulam, salad mahupun jus minuman.
Sayur keempat paling banyak ditanam di seluruh dunia ini juga sering dikategorikan sebagai makanan super kerana manfaatnya pada tubuh. Namun, menanam sendiri timun secara organik cara paling baik untuk mendapatkan khasiat terbaik.
Menanam sendiri timun boleh menjadi satu aktiviti yang menyeronokkan, memberi kepuasan dan menyihatkan. Jika dijaga dengan betul, ia boleh memberikan hasil yang banyak.
Ia gemar kepada cahaya matahari dan tanah yang sedikit alkali. Oleh itu anda boleh menambah sedikit teh kompos sebagai baja untuk menyuburkan timun. Bijinya perlu disemai selama tiga minggu sebelum dipindahkan ke laman bagi mendapat cahaya penuh matahari.
Ia gemar kepada cahaya matahari dan tanah yang sedikit alkali. Oleh itu anda boleh menambah sedikit teh kompos sebagai baja untuk menyuburkan timun. Bijinya perlu disemai selama tiga minggu sebelum dipindahkan ke laman bagi mendapat cahaya penuh matahari.
Antara kebaikan timun: - Ia kaya dengan sumber vitamin B dan antioksidan termasuk vitamin A, dan C, yang mampu meningkatkan pertahanan badan dan membekalkan tenaga segera ketika keletihan
- Hampir 96 peratus daripada timun adalah cecair dan pengambilannya dapat menambah jumlah cecair dalam badan sambil membantu tubuh menyingkirkan toksin. Kulit timun mengandungi 10 peratus daripada jumlah vitamin C yang disarankan. Oleh itu, ia patut dimakan tanpa dibuang kulit
- Ia juga boleh menghilangkan nafas busuk dengan cara menekan sepotong timun pada lelangit mulut untuk 30 saat. Phytokimia yang ada pada timun mampu menghapuskan bakteria yang bertanggungjawab menyebabkan bau busuk dalam mulut.
- Bagi mengelak rasa sakit kepala pada siang hari, makan beberapa potong timun sebelum tidur. Ini kerana timun mengandungi gula, kumpulan vitamin B dan elektrolit untuk membekalkan nutrien secukupnya kepada tubuh.
- Amalan memakan timun sebagai snek boleh membantu melancarkan penghadaman dan mengurangkan berat badan memandangkan ia kaya dengan air serta serat dan kurang kandungan kalori. Pengambilan secara harian boleh membantu mengurangkan masalah sembelit kronik.
-Timun juga kaya dengan potasium, magnesium dan serat dan berfungsi mengawal tekanan darah sama ada tinggi atau rendah serta membantu mengurangkan paras kolesterol.
- Ia juga mampu mengurangkan kesakitan akibat gout dan penyakit sendi memandangkan ia sumber terbaik bagi silika yang juga antara bahan utama menguatkan tisu penghubungApabila dicampurkan bersama jus lobak merah, ia boleh membantu melegakan gout dengan mengurangkan kadar asid urik dalam tubuh.
- Sekiranya sering mengalami pedih ulu hati, timun dapat melegakannya kerana ia bersifat menyejuk. Malah, ia juga boleh disapu bagi melegakan bahagian kulit yang mengalami selaran akibat terdedah lama pada matahari
- Bertindak seperti ‘penyapu’ yang membuang semua toksin dalam tubuh, kandungan antioksidan yang tinggi mampu memberikan kulit yang sihat dan berseri-seri.
- Timun juga kaya dengan silika yang membantu menguatkan rambut dan kuku.
- Ia juga menyokong fungsi pankreas yang bertanggungjawab merembeskan insulin dalam darah, menjadikan timun sayur yang baik untuk pesakit.
harian metro