Seperkara perlu diingatkan, jantung kita akan terus berdenyut selagi hayat masih ada untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh.
Namun disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita cenderung untuk mendapat serangan sakit jantung.
Pertamanya, kita mesti memulakan tabiat baik sejak kanak-kanak lagi agar ia (amalan baik) itu berterusan sehingga dewasa kelak.
Terdapat banyak cara dan petua diberikan berhubung cara bagaimana menjaga jantung kita.
Kawalan berat badan
Kegemukan sering mencetuskan faktor risiko lain seperti paras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Oleh itu, berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada nilai yang sesuai bagi bentuk badan seseorang itu. Dan lazimnya, kegemukan itu disebabkan oleh makanan berlebihan yang mungkin diamalkan sejak kecil lagi. Realitinya, mereka yang memiliki berat badan berlebihan tidak bergiat aktif, lantas kalori yang tinggi dalam makanan mereka tidak digunakan.
Maka lebihan makanan itu ditukarkan kepada lemak yang berkumpul pula pada bahagian-bahagian tertentu di badan seperti paha, perut dan sebagainya tanpa ketinggalan jantung. Tetapi apabila lemak berkumpul di jantung, ia akan mengganggu kerja-kerja jantung.
Pemakanan
Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, boleh mengelakkan makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan. Pesakit jantung sendiri dinasihatkan supaya mengambil hanya sedikit makanan berlemak. Makanan yang mengandungi kolesterol hendaklah dielakkan. Ini termasuk telur, mentega, hati, otak dan sebagainya. Penggunaan minyak dalam penyediaan makanan juga patut dibataskan. Sebaliknya, digalakkan makanan yang dimasak secara kukus dan panggang. Masakan cara ini adalah lebih baik.
Sayur-sayuran seperti lobak, mentimun, semua jenis kubis dan sayur berdaun hijau selain buah-buahan adalah baik untuk men-jamin kesihatan dan kesejahteraan hidup. Justeru, amat baik sekali ia diamalkan setiap hari pengambilannya.
Seperkara lagi yang berkaitan dengan pemakanan ialah dinasihatkan tidak mengambil alkohol. Ia bukan sahaja menyulitkan usaha menurunkan berat badan tetapi turut mendatangkan bahaya pada tubuh, lebih-lebih lagi hati.
Berhenti merokok
Majoriti mereka yang mendapat serangan sakit jantung ialah kalangan yang merokok. Jika pernah mendapat serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok dihentikan. Ini berupaya mengurangkan risiko berulangnya sakit jantung itu.
Bersenam
Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Joging, berjalan dan mengayuh basikal merupakan antara contoh senaman bagi mereka yang ada mengalami serangan jantung.Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Selebihnya, dengan bersenam secara teratur turut menjadikan tekanan darah diturunkan.
Perubahan gaya hidup
Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan hipertensi/tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan amalan atau cara hidup seseorang. Ini meliputi aspek pemakanan, aktiviti riadah, tabiat merokok dan sebagainya. Cara ini, jika menjadi amalan kita, elok diubah. Amalan hidup yang sihat tentunya boleh menjaga tubuh kita, sekali gus menjaga jantung agar hidup sentiasa sejahtera.
Jantung merupakan satu muscular organ yang besarnya hanyalah seperti segenggam tangan. Ianya terletak di belakang, bahagian kiri dada. Jantung berfungsi untuk mengepam darah melalui rangkaian arteri dan vena yang juga dipanggil sebagai kardiovaskular.
Ada 20 makanan yang boleh diambil untuk Jantung yang sihat! Makanan tersebut mengandungi nutrisi yang membantu tubuh kita menjaga kesihatan jantung kita.
HERBA YANG SEGAR
- Herba yang segar yang dicampurkan ke dalam makanan membantu jantung agar sihat
- Boleh menggantikan garam, gula, dan lemak trans
- Rosemary, sage, oregano, dan thyme mengandungi anti-oksidan
KACANG HITAM
- Kacang hitam dipenuhi dengan nutrisi yang menyokong kesihatan jantung termasuk folate, anti-oksidan, magnesium, dan serat
- Nutrisi tersebut membantu mengawal kolesterol dan kadar gula dalam darah
IKAN SALMON
- Ikan salmon kaya dengan Omega-3, EPA, dan DHA yang merupakan makanan utama untuk kesihatan jantung
- Omega-3 boleh mengurangkan risiko rhythm disorders dan mengurangkan tekanan darah
- Membantu dalam mengurangkan triglycerides dan mengurangkan keradangan
- American Heart Association mencadangkan 2 hidangan salmon atau minyak ikan dalam seminggu
IKAN TUNA
- Tuna juga kaya dengan omega-3 untuk kesihatan jantung
- Albacore mengandungi lebih omega-3 berbanding dengan jenis tuna yang lain
- Antara sumber lain omega-3 ialah mackerel, herring, lake trout, ikan sardin, ikan bilis
MINYAK ZAITUN
- Extra virgin minyak zaitun kaya dengan anti-oksidan yang dikenali sebagai polifenol, baik untuk kesihatan jantung
- Membantu mengurangkan paras kolesterol
- Membantu melindungi saluran darah
WALNUTS
- Pengambilan 1.5 ounces walnuts sehari boleh membantu mengurangkan kadar kolesterol dan keradangan pada saluran arteri jantung
- Walnuts kaya dengan omega-3, monounsaturated fats, dan serat
ALMONDS
- Almonds kaya dengan sterol tumbuhan, serat, lemak jantung yang sihat
- Membantu mengurangkan kolesterol LDL
- Mengurangkan risiko kencing manis
EDAMAME
- Kacang soya hijau yang terkenal di Jepun
- Kaya dengan protein soya yang membantu menurunkan tahap triglyceride darah
- 1 ½ cawan edamame mempunyai 9 gram serat bersamaan dengan 4 keping roti gandum
TOFU
- Jadikan soya protein sebagai makanan utama seperti menjadikan tofu as main dishes instead of daging merah
- Kaya dengan mineral untuk kesihatan jantung, serat, polyunsaturated fats of soy
- Membantu mengelakkan arteri tersebut disebabkan oleh lemak tepu
SWEET POTATOES
- Mempunyai indeks glycemic yang rendah dan mengawal kandungan gula dalam darah
- Mengandungi kandungan serat yang mencukupi, vitamin A, lycopene untuk kesihatan jantung yang lebih baik
ORANGES
- Mengandungi serat yang mengawal kadar kolesterol
- Mengandungi potassium yang mengawal tekanan darah
- Membantu meningkatkan fungsi saluran darah dan mengawal tekanan darah melalui antioxidant hesperidin
SWISS CHARD
- Sayuran hijau kaya dengan kalium dan magnesium yang membantu mengawal tekanan darah
- Juga mengandungi serat, vitamin A, antioxidants, lutein dan zeaxanthin untuk kesihatan jantung
LOBAK
- Membantu mengawal kandungan gula dalam darah
- Mengurangkan risiko terkena kencing manis
- Mengandungi serat mudah larut yang membantu mengawal kadar kolesterol
BARLEY
- Kandungan serat membantu merendahkan kadar kolesterol dan juga kadar gula dalam darah
OATMEAL
- Membantu merendahkan tahap kolesterol LDL
- Membantu mengawal dan mengekalkan kandungan gula dalam darah
FLAXSEED
- Mengandungi 3 element yang baik untuk jantung iaitu serat, phytochemicals (lignans), dan ALA (asid lemak omega-3)
- Badan akan menukarkan ALA kepada Omega-3, EPA, dan DHA
LOW-FAT YOGURT
- Membantu mengawal tekanan darah
- Mengandungi 2 kali ganda khasiat kalsium dan potassium
CHERRY
- Merupakan antioxidant yang membantu melindungi saluran darah
BLUEBERRIES
- Menyokong kesihatan jantung
- Mengandungi ellagic acid, beta-carotene, lutein, vitamin C, folate, magnesium, potassium, dan serat
KOPI
- Kajian mendapati 3 - 4 cawan kopi membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 25 %
- Kopi dan teh membantu melindungi jantung
Semoga perkongsian ini membantu anda supaya melindungi jantung anda.
credit
Assalamualaikum
Mari kita baca Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung
Anda sering mendapatkan rawatan kuku di salun sebelum ini. Jika boleh, elak melakukannya ketika hamil, terutama pada tiga bulan pertama usia kandungan anda. Ini kerana produk kecantikan yang digunakan mengandungi bahan kimia. Lebih baik anda mengambil langkah berjaga-jaga menghindarinya.
Jalani rawatan muka
Jalani rawatan muka
Jika sekadar mencuci biasa menggunakan produk bebas daripada bahan kimia, tidak mengapa. Namun, pastikan produk digunakan bersih dan tidak mengandungi bahan berbahaya.
Mewarna rambut
Seboleh-bolehnya elakkan, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan.
Kasut bertumit
Tak perlu bergaya dengan kasut bertumit ketika hamil kerana semakin bertambah usia kehamilan, semakin bertambah berat badan yang mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan serta terjatuh.
Ubat nyamuk
Elak apa saja jenis ubat nyamuk tidak kira jenis semburan, yang dibakar atau sapuan sekalipun. Ubat nyamuk mengandungi bahan kimia berbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda.
Derma darah
Ibu hamil tidak digalakkan menderma darah disebabkan mudah mengalami anemia (kekurangan darah) sedangkan anda perlukan banyak darah untuk kehamilan.
Bawa barang
Elak membawa barang berat, apatah lagi setelah kehamilan memasuki trimester terakhir
Durian
Elak memakan durian, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana ia boleh merangsang kontraksi yang akhirnya menyebabkan keguguran.
Kapal terbang
Elak menaiki kapal terbang pada trimester terakhir kehamilan, apatah lagi jika anda tergolong dalam kehamilan berisiko atau menghadapi masalah kesihatan. Tekanan di udara boleh menambah risiko terhadap kehamilan.
Gincu bibir
Jika anda suka memakai gincu ketika hamil, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam gincu jika tertelan boleh membahayakan janin.
Krim pemutih
Lupakan krim pemutih ketika ini. Kandungannya boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.
Ubat jerawat
Wajah anda dipenuhi jerawat setelah mula hamil? Ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon untuk proses kehamilan. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Cara lebih selamat, kerap mencuci muka untuk mengurangkan penghasilan minyak yang menyebabkan jerawat. Atasi jerawat setelah melahirkan nanti.
sumber fuhh
MERANCANG KEHAMILAN
Mungkin ramai yang masih menanti-nanti kehadiran cahaya mata penyeri rumahtangga, pengikat kasih antara anda dan pasangan yang dikasihi. Tapi tahu tak, salah satu sebab yang menyebabkan rancangan untuk hamil tidak berjaya atau tidak mengikut perancangan adalah disebabkan ramai wanita tidak memahami kitar haid mereka, tidak tahu tanda-tanda sedang subur dan tidak mengetahui waktu subur mereka.
Ya, sememangnya rezeki untuk dikurniakan anak ni ditentukan oleh Allah. Walaubagaimanapun, dengan memahami kitaran haid dan waktu subur ni, boleh meningkatkan lagi peluang untuk mengandung. Insya Allah, ia juga sebagai salah satu usaha untuk ikhtiar anda mendapatkan zuriat.
KITARAN HAID SECARA UMUM
Secara umum, wanita mula didatangi haid pertama ketika berumur sekitar 8 hingga 16 tahun. Haid ini akan didatangi setiap 21 hingga 35 hari (atau mungkin berbeza) di sepanjang hayat mereka sehingga tiba waktu putus haid yang dipanggilmenopause. Kebanyakan wanita putus haid di sekitar usia 45 hingga 55 tahun.
Panjang atau pendek kitaran haid ini berbeza di antara setiap individu. Ia dipengaruhi oleh banyak faktor seperti paras hormon, keturunan, tahap kesihatan, umur dan sebagainya. Walaubagaimanapun, setiap kitaran haid wanita terdiri dari tiga peringkat utama iaitu :
- FASA HAID : fasa di mana berlaku pendarahan haid selama 3 hingga 7 hari (purata). Secara normal, haid menunjukkan seseorang wanita yang subur itu tidak mengandung
- FASA PRA OVULASI : ketika ini hormon penggalak folikel bertambah di ovari (kilang telur). Folikel kemudian merembes estrogen yang akan menyebabkan lapisan dinding rahim yang baru (endometrium) terbentuk. Telur di dalam ovari mulai matang. Lendiran pangkal rahim juga akan terbentuk menunjukkan permulaan waktu kesuburan
- FASA OVULASI : Telur yang hampir matang akan mencetus pembebasan hormon peluteinan. Pada masa yang sama dinding folikel akan lemah menyebabkan telur (ovum) dilepaskan dari ovari dan memasuki tiub fallopio. Sekiranya terdapat sperma di dalam rahim pada ketika ini, persenyawaan mungkin berlaku. Jika tidak berlaku persenyawaan, telur akan terus terlerai sedikit demi sedikit.
- FASA PRA HAID : Folikel yang telah luput tadi akan membentuk pepejal (corpus luteum) yang akan merembeskan hormon progesteron. Jika telur berjaya disenyawakan, ia akan bergerak ke rahim untuk penempelan. Progesteron berperanan menyediakan rahim untuk proses kehamilan ini. Sebaliknya jika kehamilan tidak berlaku, corpus luteum akan mati dan hormon progesteron menurun. Sistem reproduksi wanita akan mula bersedia untuk kitaran haid seterusnya.Lapisan tisu rahim (endometrium) akan mula terlerai dan pendarahan haid berlaku
CARA MENGETAHUI WAKTU SUBUR
- Pengiraan mengikut kitaran haid : sekiranya anda mempunyai kitaran haid yang tetap, secara saintifiknya anda boleh menganggarkan waktu subur dengan membuat pengiraan mudah. Katakan kitaran haid anda adalah selama 30 hari, anggaran waktu subur anda adalah dengan mengira 12 hingga 16 hari ke belakang. Ini bermakna anda mungkin subur pada hari ke 14 (30 tolak16) hingga hari ke 18 (30 tolak 12). Pada tempoh ini saintis mepercayai bahawa anda berada dalam tempoh yang hampir dengan ovulasi (pembebasan telur dari kilangnya).
- Rembesan mukus pangkal rahim melalui vagina : Cara ini adalah antara cara yang mudah bagi mengetahui waktu subur anda. Secara umumnya, cecair pangkal rahim yang dihasilkan di sepanjang kitaran haid adalah berubah-ubah dari segi kuantiti dan teksturnya. Ketika menghampiri waktu subur, rembesan vagina akan bertukar dari warna krim kepada jernih seperti putih telur. Cairan ini boleh dijalurkan, basah dan dalam kuantiti yang agak banyak dari biasa. Rembesan mukus ini akan kembali kepada asal dan mengering selepas ovulasi.
- Pemantauan suhu badan : Anda juga boleh mencatatkan suhu badan anda setiap hari dan membuat plot pada carta (graf). Suhu badan yang dimaksudkan adalah suhu badan basal (awal) yang diambil sebaik sahaja anda bangun tidur (sebelum anda meninggalkan katil). Gunakan termometer khas untuk suhu badan basal atau termometer digital yang mempunyai beberapa titik perpuluhan. Sekiranya anda mendapati suhu badan naik secara tiba-tiba sebanyak lebih kurang 10 darjah farenheit, kemungkinan besar anda baru sahaja melalui proses ovulasi.
- Kedudukan pangkal rahim : Cara ini memerlukan pemerhatian yang berterusan terhadap kedudukan pangkal rahim. Pemeriksaan sendiri dilakukan setiap hari (pada waktu yang sama) dengan memasukkan jari yang bersih ke dalam vagina ketika mencangkung. Sebelum waktu subur, pangkal rahim lebih hampir ke bawah (mudah disentuh), akan terasa kering dan padat (seperti menyentuh hidung) dan laluannya agak tertutup. Sebaliknya ketika waktu subur, pangkal rahim agak tinggi (sukar disentuh), agak lembut (seperti menyentuh bibir) dan lembap dengan laluan yang agak terbuka.
- Pemeriksaan urin dan darah : Kaedah paling mudah (tetapi tidak murah) untuk mengetahui waktu subur adalah dengan menggunak alat ujian kesuburan yang boleh didapati di farmasi dengan mudah. Sampel air kencing digunakan untuk ujian ovulasi sendiri di rumah. Sampel darah juga boleh digunakan untuk memantau paras hormon yang menunjukkan ovulasi berlaku. Walaubagaimanapun ujian darah hanya boleh dilakukan di makmal-makmal patologi yang menyediakan perkhidmatan ini.
CARA MENINGKATKAN PELUANG HAMIL DENGAN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Perkara asas yang perlu anda ketahui ialah, telur wanita (ovum) yang dilepaskan semasa ovulasi hanya hidup selama 12 hingga 24 jam sahaja. Sebaliknya benih lelaki (sperma) boleh hidup sehingga 6 hari di dalam rahim wanita sekiranya keadaannya normal. Sebanyak kira-kira 100 juta sperma dilepaskan setiap kali ejakulasi berlaku tetapi dianggarkan hanya 200 darinya yang akan terus hidup hingga ke tiub fallopio wanita.
Kekerapan berejakulasi pula akan menyebabkan bilangan sperma dalam setiap milimiter air mani berkurangan. Ini bermakna, kekerapan melakukan hubungan kelamin tidak menjamin peningkatan peluang untuk hamil. Tetapi mengetahui waktu yang tepat akan meningkatkan kebarangkalian pertemuan di antara telur wanita dan benih lelaki, seterusnya meningkatkan peluang untuk hamil.
Tanpa mengambil kira faktor lain yang mempengaruhi kesuburan, berikut adalah beberapa cara meningkatkan peluang hamil selepas anda mengetahui waktu subur anda :
Sebaik sahaja anda dapat 'trend' waktu subur setiap bulan, anda boleh menjangkakan bilakah waktu subur setiap bulan. Sesetengah pakar reproduktif mencadangkan supaya hubungan seks dilakukan bermula beberapa hari sebelum waktu subur sehingga tiba pendarahan haid seterusnya. Elakkan stress dan tekanan di dalam tempoh anda berusaha untuk hamil ini. Jaga kesihatan dan pemakanan amalan kerohanian yang dapat membantu meningkatkan peluang untuk hamil seperti ini.