Assalamualaikum..
haaa..sapa yg x knai Upin & Ipin ni..bukan stakat budak kecik..orang tua pun suka tengok siri ni..begitu jgak dengan 3 org hero saya.
dulu awai kemunculan si abang Haziq yang rasmi dulu..masa tu umur dia lebih kurang 2@3 tahun..smpi skrg walau dah 9 tahun Haziq still suka tngok Upin Ipin ni..
sekarang si kembar, Hazim n Hadif pulak yang suka abes dengan siri ni..pantang dengaq dari jauh..berlari duduk depan tv..tapi zaman skrg lagi canggih..PVR,youtube, dvd..lgi sakan la..bkan setakat tngk kat rumah..tngk kat mana mana ja..atas kereta.. kedai makan..mana mana pun boleh.
List PVR Astro..record upin ipin yang banyk
bangun pagi pun layan Upin Ipin
layan lagi
dah tengk wajib beli
Mei Mei
itulah serba sikit kisahnya tentang si kembar dan upin ipin
kredit Pic dari google
- mummy ira -
Risau sebab haid tidak datang? Kecuali anda memang merancang untuk hamil, haid yang lewat memang memeningkan kepala kebanyakkan wanita.
Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang. Dibawah terdapat 12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi:

- Tekanan.
- Masalah kesihatan:
- Ubatan:
- Berlebihan hormon prolaktin:
- Menyusu badan:
- Masalah tiroid:
- Gemuk:
- Terlalu kurus:
- Tersilap kira:
- Menopos:
- Pencegah hamil:
- Hamil:
Apa yang anda perlu buat sekarang?
Sekiranya anda hamil, buatlah temu-janji dengan doktor sakit puan untuk memastikan kehamilan anda. Sekiranya ujian air kencing negatif atau sedikit kabur, anda boleh mebuat ulangan 2-3 hari kemudianya dan semestinya ia akan positif 100% sekiranya anda betul–betul hamil. Walaubagaimana, sekiranya masih negatif selepas ujian kedua, ia adalah sebab yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor anda untuk mencari punca sebenar mengapa haid anda lewat.
Masalah ketidaksuburan wanita adalah keadaan perubatan yang menjejaskan hampir satu dalam 10 pasangan yang cuba untuk hamil. Untuk perempuan, isu kesuburan yang paling biasa adalah keseimbangan hormon yang mempengaruhi ovulasi.
Berikut adalah beberapa masalah umum yang mungkin memperlahankan dan mengganggu wanita yang cuba untuk hamil: Gangguan Ovulasi
Kitaran ovari yang normal adalah sangat rumit. Walaupun perubahan kecil, ia boleh mengganggu kitaran dan mencegah ovulasi. Dalam kebanyakan kes,

Bumi kita ini penuh dengan tempat-tempat menarik yang bukan sahaja cantik dan menarik, malahan keindahannya memukau mata dan menakjubkan.
Gambar satelit yang diambil oleh NASA ini menunjukkan kepada kita betapa indahnya bumi ciptaan Tuhan ini dan kadang-kadang keindahan tersebut akan semakin terserlah apabila kita melihatnya dari angkasa. Cuma sayangnya tak mustahil semua keindahan ini akan lenyap daripada pandangan apabila kita tak henti-henti melakukan pencemaran alam sekitar.
Kesannya mungkin sudah dapat kita lihat seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini di China, di mana kualiti udara di sana semakin teruk hinggakan ada pihak mengambil kesempatan dengan menjual tin berisi oksigen segar.
Apa-apa pun jom kita nikmati gambar-gambar satelit pemandangan menakjubkan dari seluruh dunia ini.
1. Pulau Bahama
2. Laut Hitam
3. Al Jazeera, Sudan
5. Delta Sungai Irrawadddy, Burma
sumber/
Assalamualaikum..
Fenomena awan merupakan salah satu kejadian Allah SWT yang sangat menakjubkan. Ada satufenomena awan yang dikenal Punch Hole Cloud atau Fallstreak telah terjadi dan beberapa keping gambar sempat dirakam.
TAHUKAH anda ulser mulut yang tidak sakit sebenarnya berbahaya? Ini merupakan tanda awal kanser mulut yang tidak disedari pesakit itu sendiri.
Bukan itu sahaja, penggemar sirih turut dinasihatkan menghentikan tabiat mengunyah daun itu kerana mampu meningkatkan risiko kanser mulut.
Ya, walaupun kanser mulut bukanlah antara penyakit yang tergolong dalam kategori penyakit kronik, namun jika dilihat kepada sejarah, masyarakat di Asia ialah mereka yang paling berisiko kerana kaitannya dengan tabiat memakan sirih, merokok dan juga kesan daripada alkohol.
Kanser mulut adalah penyakit malignan yang meliputi bibir, lantai mulut, bahagian dalam pipi, lidah dan gusi. Lebih 90 peratus kes barah mulut membabitkan lapisan luar mukosa mulut yang dikenali sebagai karsinoma sel skuama.
Menurut Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial Fakulti Pergigian Universiti Malaya, Dr. Siti Mazlipah Ismail, sama seperti kanser lain, pengesanan awal sebenarnya dapat menyelamatkan nyawa pesakit.
Tambah Dr. Siti Mazlipah, pada peringkat ini rawatan awal masih boleh dijalankan untuk mencegah kanser daripada merebak.
"Kebanyakan pesakit yang menghidap kanser mulut ialah kaum India kerana dikaitkan dengan tabiat mengunyah sirih.
"Pada awalnya, kanser mulut itu tidak sakit tetapi oleh kerana fungsi mulut adalah untuk mengunyah, merasai dan bertutur serta memberi kesan kepada satu daripada saluran awal pernafasan, menyebabkan fungsi-fungsi biasa yang normal di dalam mulut terganggu," ujarnya yang ditemui sempena kempen Bulan Kanser Mulut yang akan disambut pada 17 November ini di Taman Rekreasi Bukit Jalil, Kuala Lumpur mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari.
Kempen ini bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya kanser mulut. Dalam pada itu, pelbagai aktiviti akan dijalankan seperti program saringan kanser oral, pameran dan ceramah mengenai kesihatan mulut.
"Biar apa pun rawatan kepakaran yang boleh membantu, mengenali tanda-tanda awal kanser mulut memberi peluang terbaik untuk rawatan.
"Kanser mulut juga boleh menyerang golongan muda walaupun mereka tidak merokok, mengunyah sirih atau minum arak. Pun begitu, punca utama senario ini berlaku masih tidak diketahui.
"Tanda-tanda kanser mulut boleh bermula dengan ulser yang mungkin tidak sakit tetapi berterusan lebih tiga minggu, gigi yang mungkin nak patah tetapi tiada tanda sakit gusi dan bengkak pada leher.
"Apabila kanser ini menjadi lebih serius, pesakit akan mengalami luka yang besar hingga makan saraf, susah mengunyah, membuka mulut dan bertutur, mulut berdarah serta ketumbuhan dalam mulut (susah telan pepejal, air liur)," ujarnya.
Rawatan Mengulas tentang rawatan kanser mulut, beliau memberitahu, pesakit akan menjalani pembedahan, radioterapi dan kemoterapi.
Dr. Siti Mazlipah menjelaskan pembedahan biasanya membabitkan pembuangan kanser dan sebahagian tisu yang sihat di sekelilingnya. Ini kerana barah adalah penyakit yang mikroskopik iaitu ada sel kecil tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
"Ada kemungkinan sel kecil tidak dapat dilihat di sekitar sempadan kanser itu. Pembedahan membabitkan sel yang sihat ini turut membuang nodul limfa pada bahagian leher yang dijangkiti kanser.
"Pembedahan biasanya dilakukan untuk merawat kanser yang berada pada tahap awal dan sederhana dengan pembuktian tiada sel kanser merebak ke bahagian organ lain.
"Bagaimanapun, bagi jenis kanser yang merebak jauh pada kawasan lain tubuh, penggunaan radioterapi digunakan selepas pembedahan. Ini bertujuan mematikan sel kanser yang dikhuatiri masih tertinggal," katanya.
Selain itu, penggunaan radioterapi akan dilakukan jika kanser terlalu besar menyebabkan pembedahan sukar dilakukan. Kaedah ini juga membantu mengecutkan kanser.
Bagaimanapun, radioterapi mempunyai banyak kesan sampingan yang harus dijalani oleh pesakit.
Orang ramai perlu tahu bahawa radioterapi tidak menyebabkan seseorang kehilangan anggota (lidah) dan fungsinya.
Tambahnya, pesakit mungkin hilang keselesaan pada mulut selepas radioterapi kerana tidak dapat membuka mulut dengan luas. Dalam pada itu, kaedah kemoterapi digunakan jika kanser sudah merebak ke organ lain seperti paru-paru dan hati, atau serentak dengan radioterapi.
Dr. Siti menasihatkan agar pesakit tidak takut menjalani rawatan ini kerana kesan ubat-ubatan mungkin berbeza dengan rawatan kemoterapi kanser lain.
Sumber http://www.blogger.com

Penghilang Dahaga untuk Si Juara Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.
Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
Terbukti secara klinikal Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
• Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
• Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
• Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.
Kelebihan Performance Drink
2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina
3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan
4. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu
1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan
4. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu
Siapa yang perlukan Performance Drink ?
- Mereka yang aktif bersukan
- Mereka yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka).
- Mereka yang menghidap gout.
- Ibu yang menyusukan anak.
- Mereka yang kurang minum air.
- Mereka yang kerap sakit kepala.
- Bila rasa nak demam, atau sedang demam.
- Kanak-kanak yang demam.
- Menggantikan minuman ringan terutama yang berkarbonat.
Mengapa anda perlu berkata YA kepada Performance Drink Shaklee
- Bebas gas atau tidak berkarbonat.
- Kurang kandungan gula (less sugar).
- Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS!
- Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT!
sebenarnya dah lama sya nak wat entry tntng arwah AHMAD AMMAR AHMAD AZAM ini..tapi x sempat..so kali ni saya bgi sempat jgak..
Sebelum ni saya ada terbaca tentang Ahmad Ammar ni..tiba tiba kisah Ahmad Ammar ni
jadi topik hangat di FB n laman sosial yang lain..ramai yang berkonsi post..saya terfikir apa yang hebat sangat tentang Ahmad Ammar ni..tak terasa nak cari cerita tentang arwah..
tapi bila hari2 cerita ni ja yg kluar..tergerak hati saya untuk cari link berkenaan insan ini..
Subhanallah...di bumi pun AHMAD AMMAR AHMAD AZAM ini telah dimuliakan Allah apatah lagi ketika dia sedang berada di sana dikelilingi para mujahadah, para sahabat Nabi S.A.W tentunya Allah telah menjanjikan syurga baginya. Teringat satu cerita dari sahabatnya sendiri yang berkata AHMAD AMMAR telah bermimpi bertemu bidadari di SYURGA..
Pemergian Ahmad Ammar, seorang mujahid yg disayangi ramai telah membuka mata dan jiwa masyarakat bukan hanya di Malaysia tapi juga di Turki. Di bumi Indo-China (Kampuchea) pun ada yg bertanyakan tentang arwah. Begitu hebat penangan assyahid Ahmad Ammar. Semoga perjuangan dan coretan hidupnya akan membakar semangat jihad anak muda yg ada. InsyaAllah
"Kami menghantar anakanda kami ke bumi AlFateh bagi mempersiapkannya untuk umat. Rupa2nya Allah mempersiapkannya untukNYA." - Puan Nur Azlina (bonda Allahyarham Ahmad Ammar)
"SubhanaLlah, AlhamduliLlah, ALlahu Akbar! Tiada ku duga pemergian Ahmad Ammar telah menghidupkan begitu banyak jiwa. Aku merasa begitu kerdil tika di tanyakan apa formula bagi mempersiapkan Ammar begitu rupa! Jujur aku katakan, sumbangan aku terlalu sedikit. Sekadar meletakkan visi dan misi yang aku impikan kepadanya. Rupanya, apabila ku nawaitukan anak ku ini untuk ALlah dan RasulNYA, perancangan ALlah berjalan dengan cara yang tiada mampu untuk aku membayangkannya. Apalagi untuk memahaminya. Pemergian Ammar mengajar aku banyak perkara mengenai KEBESARAN ALLAH ! Terima kasih Ya ALlah !" - Tuan Haji Ahmad Azam (ayahanda Allahyarham Ahmad Ammar)
------------------------------------------------------------------
ANAKKU INGIN SYAHID DI SYRIA
Allahu...rupa2nya anakandaku ingin syahid di bumi Syria!!!Saya masih teringat semasa Almarhum anakanda Ahmad Ammar meminta izin utk menyertai misi kemanusiaan ke Syria selama 3 hari selepas beberapa hari beliau pulang ke Istanbul setelah bercuti lebih 2 bulan di Malaysia penghujung Sept yg lalu. Tanpa ragu2 sy mengizinkan kerana yakin pengalaman ke sana itu penting buat beliau..."Pergilah....yg penting, make sure u take good care of yourself."
Tidaklah saya ketahui sehinggalah dlm pertemuan dgn pelajar2 Msia sebelum berangkat pulang setelah selesai menyempurnakan persemadian beliau bahawa rupa2nya beliau sgt menginginkan syahid di bumi Syria.....
Lebih sebak di dada apabila shbtya berkongsi bhw semasa di sana Almarhum telah bermimpi berjumpa "bidadari di syurga"....
Namun syahidnya telah tertangguh sehinggalah beliau kembali ke bumi AlFateh....
Berikut adalah catatan Almarhum pada wall FB beliau:
"Tidak beriman seseorang kamu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" HR Bukhari
Gambar ini ditangkap di sebuah hospital yg menjadi tempat aku menginap ketika berada di Syria pd 29 September lepas. Waktu ini,aku duduk termenung beberapa ketika sehinggakan tak sedar mata sudah bergenang dgn air mata. Sungguh aku berasa sebak dan pilu setelah berbual ringkas dgn seorang pak cik yang melayan kami ketika berada di situ. Pak Cik itu sentiasa tersenyum ketika berbicara dgn kami tapi aku dapat rasakan sesuatu dari pandangan matanya. Lalu tanpa ditanya beliau menceritakan yang dua anak perempuannya yang lebih kurang sebaya aku telah syahid akibat terkena letupan bom tentera Asad tidak lama yang lalu. Ä°nnalillahI wa inna ilaihi rajiun, barulah aku mengerti rupanya pandangan itu merupakan pandangan penuh rindu seorang ayah kepada anaknya. Aku dilayannya seperti anaknya sendiri. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bermula saat itu aku mulai sedar dan memasang tekad sebagai saudara se-Islam aku harus keluar dari zon selesa untuk membantu saudaraku yang menderita di bumi Syam ini.
Sungguh hatiku tertinggal di Bumi Syam!
(***catatan ini telah Almarhum nukilkan di FB pd 14 Okt lalu, hampir 3 minggu sebelum kembali ke pangkuan rahmat Ilahi...)
-- Nur Azlina (Ibu Arwah Ammar)
semoga kisah arwah AHMAD AMMAR AHMAD AZAM menjadi pengajaran untuk kita semua..
AL FATIHAH
ASSALAMUALAIKUM.
Dalam ruangan minggu ini saya ingin menceritakan keajaiban mukjizat al-Quran dan manfaat ini berlaku kepada arwah ibu saya
Semasa hidupnya dia rajin membaca al-Quran dan pada usia mencecah 100 tahun semasa meninggal minggu lalu, ingatannya masih kuat. Memorinya menakjubkan kerana boleh bertutur dengan baik, tidak nyanyuk dan kenal dengan siapa dia bercakap.
Walaupun fizikalnya lemah kerana usia lanjut namun pemikirannya tajam dan menjadi tempat rujukan bila ditimpa masalah.
Perubahan tidak dapat dielakkan akibat proses penuaan yang boleh dilihat pada kedutan kulit, rambut beruban, sejuk badan dan sakit otot. Ramai beransur hilang ingatan selepas umur 40 tahun, kehilangan ingatan teruk dan drastik pasti bukan sebahagian penuaan normal.
Demensia bukan penyakit. Sebaliknya, menggambarkan gejala yang mempengaruhi kebolehan pemikiran dan sosial yang cukup teruk sehingga mengganggu kerja harian. Gejala ini boleh menyebabkan perubahan personaliti, mood dan tingkah laku.
Dalam beberapa kes, demensia boleh dirawat dan diubati. Contohnya demensia yang disebabkan oleh penyalahgunaan bahan (dadah dan alkohol), gabungan ubatan, hormon atau ketidakseimbangan vitamin.
Banyak sebab gejala demensia wujud. Alzheimer adalah punca paling biasa bagi demensia yang progresif.
Demensia menunjukkan terdapatnya masalah dengan sekurang-kurangnya dua fungsi otak seperti kehilangan ingatan dan proses logik fikiran terjejas atau bahasa dan tidak upaya melaksanakan beberapa aktiviti harian.
Demensia membuat anda keliru dan tidak dapat mengingat orang dan nama. Anda mungkin mengalami perubahan personaliti dan tingkah laku. Bagaimanapun, beberapa punca demensia boleh dirawat malah boleh pulih sepenuhnya.
Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah ramai pesakit demensia berjaya dipulihkan ingatan dan kembali normal kerana kesan membaca al-Quran. Ini kerana orang yang membaca al-Quran akan dijaga Allah daripada penyakit yang hina apabila tua.
Dalam satu riwayat, Saidina Ali r.a. pernah berkata bahawa orang yang sentiasa membaca al-Quran tidak akan ditimpa penyakit nyanyuk.
Tanda nyanyuk Demensia adalah progresif. Ini bermakna otak seseorang itu menjadi lebih rosak dan kurang bekerja dari semasa ke semasa dan tanda itu cenderung berubah dan menjadi lebih teruk.
Atas sebab ini, adalah penting berbincang dengan doktor secepat mungkin jika anda mempunyai masalah dengan ingatan anda.
Gejala dan pengalaman demensia boleh berbeza daripada seorang ke seorang. Antara gejala biasa, hilang ingatan, sukar berkomunikasi, sukar melakukan tugas kompleks, masalah merancang dan mengatur, sukar berkoordinasi dan fungsi motor, keliru seperti sesat, perubahan personaliti, ketidakupayaan dan tingkah laku tidak sesuai, paranoia, pergolakan dalaman dan halusinasi.
Rawatan moden
Kebanyakan demensia tidak boleh diubati. Bagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian termasuk demensia disebabkan vitamin dan hormon tiroid, yang boleh dirawat dengan makanan tambahan.
Beberapa sebab yang boleh dirawat melalui pembedahan sebagai contoh, ketumbuhan otak, cecair berlebihan pada otak (hydrocephalus) atau kecederaan kepala.
Bagi jenis neurodegeneratif demensia, penting mengelakkan kerosakan tambahan dengan mengubah suai faktor risiko seperti merawat darah tinggi, kolesterol, diabetes dan berhenti merokok.
Demensia yang tidak dapat diubat seperti Alzheimer, ubatan boleh ditetapkan bagi menghalang gejala semakin teruk untuk tempoh lama. Ini biasanya ditetapkan untuk pesakit di peringkat awal dan pertengahan penyakit. Ia adalah perkara biasa bagi orang yang mempunyai kemurungan.
Mereka boleh berunding dengan pakar psikiatri dan terapi boleh mengurangkan gejala demensia. Yang paling penting dalam rawatan adalah sokongan dan penjagaan. Jika anda atau orang tersayang disahkan menghidap demensia, anda perlu merancang penjagaan pada masa depan.
Rawatan nyanyuk guna al-Quran Daripada penerangan di atas, dapatlah kita fahami serba sedikit tentang penyakit nyanyuk yang banyak bersangkutan dengan pelbagai penyakit lain selain faktor usia.
Sains dan agama mengajar kita bahawa proses penuaan adalah normal dan merupakan kitaran hidup manusia.
Di dalam Islam banyak diterangkan tentang proses penuaan seperti ayat di bawah:
"Dialah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setitis mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak, kemudian (kamu dibiarkan hidup) supaya kamu sampai kepada masa (dewasa), kemudian (dibiarkan kamu hidup lagi) sampai tua, di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. (Kami perbuat demikian) supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu memahami(nya). [Ghafir 40: 67]
Masalah umum bagi usia lanjut adalah keadaan fizikal lemah dan tidak berdaya sebagaimana firman Allah dalam ayat di bawah:
"Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah yang Maha mengetahui lagi Maha Kuasa." (Ar-Rum 30:54):
Sains menunjukkan proses penuaan dipengaruhi enzim di dalam sel badan yang setiap kali membahagi, semakin memendek.
Setiap sel di dalam tubuh kita bergetar di dalam sebuah sistem yang saksama dan perubahan sekecil apa pun dalam getaran boleh menimbulkan penyakit pada beberapa bahagian tubuh.
Dengan membaca ayat suci al-Quran akan menghasilkan frekuensi yang menggetarkan sel rosak untuk mengembalikan keseimbangan. Perubahan pada getaran ini dapat menghalang atau melambatkan proses penuaan ke atas hormon sel badan. Ini akan dapat mengurangkan bahaya radangan dalam badan, menseimbangkan hormon dalam badan dan meningkatkan proses metabolisme badan secara keseluruhan.
Hasilnya, pengamal al-Quran kelihatan lebih muda dan bertenaga, lebih baik tahap kesihatan, kulit tidak cepat berkedut, kurang risiko kanser dan penyakit lain berkaitan penuaan.
"Dan sesungguhnya kami telah mudahkan Al-Quran untuk diingati, maka tidakkah ada orang yang ingin mengingatinya?" (Al-Qamar:17)
Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit demensia akan diberi ayat berikut untuk diamal disertai doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat tersebut adalah:
Surah Az Zumar ayat 24 hingga 37.
Surah Al-A'raaf ayat 43 hingga 56.
Surah Al-Hajj ayat 73 hingga 78.
Surah An-Naml ayat 71 hingga 93.
Surah As-Soffat ayat 22 hingga 47.
Surah Yassin ayat 72 hingga 83.
Cara amalan pesakit hendaklah membaca surah pertama tiga kali malam dan surah kedua tiga kali siang. Pembacaan diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah untuk penyembuhan.
Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan tersebut dengan surah seterusnya.
Pepatah Arab menegaskan "Tiada sesuatu yang lebih menguatkan ingatan seseorang selain daripada membaca al-Quran dengan melihat (mashaf Al-Quran)."
Kepada pesakit demensia, jangan berputus asa dalam berikhtiar untuk merawat penyakit demensia.

© Utusan Melayu (M) Bhd