STOCKHOLM – Sebuah masjid di pinggir bandar Stockholm akan menjadi masjid pertama di Sweden dibenarkan laungan azan dari menara selepas mendapat kebenaran daripada polis.
Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi tentu pernah sekurang-kurangnya sekali mengalami masalah ini. Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu kesakitan yang perlu ditanggung. Bagaimana cara mengatasi masalah ini? Dapatkan maklumat lanjut di bawah.
Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.
Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.
Cuba amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu.
1. Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
2. Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.
3. Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.
Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!
4. Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.
5. Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
6. Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).
7. Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).
8. Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.
9. Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.
10. Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.
Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan nasihat daripada doktor.
Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah dalam tahun 622 masihi.
Selain itu, ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang negatif (buruk) atau kurang baik kepada yang lebih baik atau sempurna. Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri. Kebiasaannya apabila tiba sahaja tahun baru masihi, kita sering memperbaharui azam masing-masing. Apa kata kali ini azam yang sama kita tekadkan lagi semasa ketibaan tahun baru hijrah ini. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini pada tahun baru hijrah, maka bolehlah kita memulakannya sekarang. Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat tersebut. Jadikan motto hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari seterusnya lebih baik dari hari-hari sebelumnya… inilah yang dituntut oleh Islam!. Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.Bacalah doa berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah:
“Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah!Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.” Selepas doa di atas dibaca, berkatalah syaitan,
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun”. Bacalah doa awal tahun ini sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam:
“Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.” Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata,
“Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan”.
Jelas Ibni Abbas, Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya pada tahun itu. Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.
Ok, entry kali ni, ingin saya kongsikan 5 tips yang mudah untuk anda dapatkan kulit yang cantik, cerah dan berseri. InsyaAllah anda akan dapat hasil yang anda inginkan jika anda amalkan tip-tip ini secara betul dan berterusan
Jom kita baca...
1. TIDAK MEROKOK Bahan kimia yang disedut daripada rokok akan mengecilkan pembuluh darah dalam badan, mengurangkan kandungan oksigen dan juga nutrisi yang dibekalkan untuk
Kemaren 2/11/13 hari Sabtu hari Deepavali..banyak undangan ke kenduri kawen..tapi Sya nak crita 1 kisah yang berlaku siang tadi..mencemaskan / panik / gabra semua ada..
tengahari kemaren Saya n Asben pi makan knduri..tinggai la si kembar dgn mak toknya..balik dari kenduri dengaq ada budak nangis..rupanya Hadif kaki dia luka kna basikal scooter..dah pujuk bubuh ubat..diam la terus tidur..
Si Haziq pulak sambung main..larang sruh simpan nnti kena kaki tak diendahkannya..main la jugak..tengah sronok main tetiba dengaq Haziq menjerit..terlhenjut henjut masuk bilik bgtau kaki dia luka kna basikal scooter tu( bucu bahagian brek blakang tajam sikit ).
ni rupa basikal scooter tu
Saya marah jgak coz x dengaq cakap..mintak nak tengok panik gak la..luka teruk jgak.. terbelah sikit..darah mmg banyak meleleh atas lantai..Asben kata kna bwak pi hospital..nmpk cam luka besaq..
1 time mai cni x tau nak pi tang mana..tnya depa sruh masuk daftar kat dalam
Haziq kna masuk sorang..mak bapak kna dok luaq.
muka blur baru lepas nangis..kaki kna jahit..orang tengok tekejut.. badan besaq tpi baru 9 tahun
seriau tapak kaki tengok kna jahit..kna la 3 jarum.
Apa yang bagus tentang Vivix berbanding lain-lain jenama anti-penuaan?
Rumusan Vivix Shaklee adalah rumusan supplement anti-penuaan terbaik di dunia. Vivix merupakan Anti-penuaan yang paling berkuasa, paling berkesan dan yang paling UTAMA sekali adalah resveratrol anti-penuaan yang 100% semulajadi berbanding lain-lain jenama anti-penuaan yang terdapat di pasaran.
Anggur Muscadine
merupakan salah satu bahan utama (resveratrol) dalam penyediaan Vivix
yang mana bahan ini dirujuk dalam lebih 2,000 penyelidikan, penerbitan,
termasuk pelbagai kajian yang dijalankan oleh Harvard
University, National Institutes of Aging, and the National Institute of Environmental Health Sciences. Dengan erti kata lain Vivix menyediakan 100 mg resveratrol setiap bagi Satu sudu teh. Ekstrak resveratrol yang terkandung dalam Vivix mempunyai kandungan resveratrol semulajadi sebanyak 98%. Jadi Vivix memang merupakan supplement anti-penuaan terbaik di dunia.
Sejak Vivix
diperkenalkan setahun yang lalu, Supplement Vivix yang telah dicipta
oleh Shaklee sebagai supplement anti penuaan pada tahap selular telah
terjual sebanyak lebih 1 juta botol. Hal ini menyatakan bahawa Vivix
Shaklee amat membantu sebagai mekanisma anti-penuaan pada tahap
selular.
EMpat Mekanisma Anti-Penuaan Pada Tahap Sel
Melalui kajian
makmal mendapati , bahan-bahan yang dalam supplement anti-penuaan
(Vivix) ini menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan
pada tahap sel:
Kerosakan DNA
Setiap sel tubuh
diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan pada setiap hari.
Serangan perosak DNA ini akan merosakkan pengkalan data genetik dan
menghasilkan kesilapan umur asal yang mengganggu fungsi sel dan
menyebabkan manusia lebih tua dari umurnya.
Kelebihan Vivix - Ramuan vivix melindungi dan memperbaiki selular DNA.
Pengawalan Genetik
Pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan umur pada tahap selular
Kelebihan Vivix - Ramuan vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang
membantu melambatkan penuaan pada tahap selular
Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel-Sel
Mitochondria
(penjana tenaga) yang terdapat dalam sel-sel tubuh menghasilkan tenaga
yang diperlukan oleh tuuh. Apabila kecekapan Mitochondria menurun,
fungsi sel-sel tubuh turut menurun.
Kelebihan Vivix - Ramuan vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel.
Penimbunan Protein AGE
Penimbunan
protein AGE (Advanced glycation end products) boleh menyebabkan
kerosakkan tahap selular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang
umur.
Kelebihan Vivix -
Ramuan vivix adalah 101 kali lebih kuat dari resveratrol (kandungan
unik dalam anggur muscadine) untuk melambatkan pembentukan protein AGE.
Bagaimanakah Vivix berfungsi?
• Membantu melindungi dan membaiki DNA sel
• positif kesan pengawal selia genetik
• Menggalakkan biogenesis mitokondria
• Melambatkan pembentukan UMUR (Advanced produk End glycation) protein
• Menyokong kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular
• Menyokong kesihatan otak
• Menyokong fungsi imun
• Menyokong kesihatan sendi
• Menggalakkan panjang umur sel
• Menggalakkan kesihatan yang baik dan kesejahteraan hidup
• Sebagai Bekalan antioksidan; melawan radikal bebas
• Meningkatkan tenaga sel
Rumusan Vivix
Vivix adalah
gabungan anggur yang mengandungi resveratrol paling berkesan, semulajadi
dan ultra tulen untuk melawan penuaan sel. Rumusan istimewa Vivix yang
menggunakan ekstrak anggur muscadine, purple carrot, polygonum
cuspidatum dan elderberry adalah semulajadi dengan tiada pewarna
tambahan, perisa tiruan bahkan tidak mengandungi pemanis dan juga
pengawet .
Anggur Muscadine - Anggur Muscadine berasal dari tenggara Amerika Syarikat. Pelbagai jenis warna pada anggur Muscadine boleh dilihat iaitu warna dari gangsa ungu gelap kepada hitam apabila masak. Anggur Muscadine (rotundifolia Vitis) adalah anggur liar terbaik serta satu-satunya anggur
yang mempunyai 20 pasangan kromosom yang lebih berbanding sumber lain
yang memberikan faedah kesihatan yang banyak kepada manusia. Ekstrak
anggur muscadine memberikan sistem imun yang lebih tinggi kepada tubuh,
dan mempunyai sifat anti-oksidan yang lebih kukuh. Saiz anggur muscadine
yang sebesar bola golf dan corak pertumbuhannya yang unik serta
penyerapan cahaya matahari yang banyak membolehkan Anggur muscadine
mengandungi polifenol dan resveratrol yang tinggi yang memberikan faedah
kesihatan kepada manusia
Purple Carrot - Sumber
terbaik vitamin A dan mengandungi phytokimia termasuk carotenoids,
phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes,
antyhocyanins dan antioksidan yang mustajab. Kebaikannya dapat
mengurangkan diabetes, mempamerkan kesan pada saluran darah, platelet,
lipoprotin yang dapat mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.
Elderberry (Sambucus Niqra) - M vitamin Bengandungi flavonoids (anti-oksidan), vitamin A, dan vitamin C serta nutrien-nutrien seperti asid, asid amino, carotenoid, tannin dan juga rutin.Manfaat
elderberry adalah keberkesanannya mengubati flu terutamanya influenza
B, mengukuhkan sistem imun tubuh untuk melawan jangkitan virus dan
bakteria, memberi kesan anti-radang yang dapat mengurangkan simptom
seperti sakit otot, sakit atau demam yang berkaitan dengan selesema atau
influenza. Ekstrak elderberry juga berkesan terhadap selesema,
jangkitan yeast, asthma, batuk, sesak hidung dan dada serta diabetes. Ia
juga dapat merendahkan tahap kolestrol dan juga penghalang oksidasi
kolestrol LDL yang dapat memberi perlindungan terhadap penyakit
kardiovaskular dan jantung termasuk strok dan serangan sakit jantung.
Selain itu, manfaatnya adalah dapat mengurangkan stress, dan memperbaiki
penglihatan dan penghadaman.
Polygonum Cuspidatum - Merupakan
tumbuhan perenial yang besar, berasal dari Asia. Juga banyak ditemui di
Amerika Utara dan Eropah. Polygonum Cuspidatum adalah
sumber komersil resveratrol semulajadi. Polygonum cuspidatum mempunyai
manfaat kesihatan seperti sebagai supplement anti-penuaan serta banyak
digunakan dalam perubatan tradisional cina. antara lain manfaat
polygonum cuspidatum ini adalah merendahkan kolestrol, merendahkan
tekanan darah, meninggikan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan.
Berapa Banyak Resveratrol Dalam Setiap Hidangan Vivix?
Vivix menyediakan 100 mg resveratrol dalam setiap hidangan (Satu sudu teh) yangmengadungi 98% ekstrak resveratrol semulajadi. Vivix tidak mengandungi resveratrol sahaja, tetapi dalam kombinasi HANYA dari anggur dengan kromosom tambahan.
Vivix
™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur
Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.
Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian
tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan
semulajadi.
Apakah itu Resveratrol?
Resveratrol adalah sejenis anti oksida -
polifenol, yang didapati pada tumbuhan, buah-buahan, bijian dan
kekacang, manakala kulit anggur merah mengandungi konsentrasi yang
paling tinggi. Resveratrol bertindak sebagai 'sistem imunisasi' untuk
memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.
Kesan-kesan Utama Resveratrol
Melindungi dan mengaktifkan mitokondria
Setiap sel badan mengandungi ratusan mitokondria, ia dikenali sebagai
"kilang menjana tenaga" atau "loji tenaga sel". Selain daripada menjana
tenaga dan menyelaras metabolisma tubuh, mitokondria juga mengawal
proses tumbesaran dan kematian sel-sel. Organ-organ kita akan
terpengaruh jika mitokondria mengalami sebarang kerosakan.
Mengaktifkan gen anti-penuaan (Sirtuin 1) -
Sirtuin 1 adalah gen anti-penuaan yang membawa kesan terapeutik kepada
penyakit-penyakit seperti gangguan metabolik, masalh neurodegeneratif,
kanser serta penyakit kardivaskular. Apabila gen Sirtuin 1 diransangkan
oleh Resveratrol, ia akan:-
Mengaktifkan pertumbuhan sel yang normal dan sihat dan
Mematikan pertumbuhan virus, bakteria serta sel-sel abnormal seperti sel kanser.
Melanjutkan jangka hayat -
Penyelidikan oleh Dr. David Sinclair dan ahli-ahli sains Itali
memaklumkan bahawa Resveratrol mempunyai kesan melanjutkan jangka hayat.
Meningkatkan daya ketahanan -
Bagaimana meningkatkan daya ketahanan? Dengan Resveratrol, bilangan dan
fungsi mitokondria dalam sel-sel otot ditingkatkan untuk membentuk
fiber otot seperti otot ahli-ahli sukan. Daya ketahanan dapat
ditingkatkan melalui proses ini.
Membina daya ketahanan terhadap kanser -
Fasa Pertama- Mengurangkan kerosakan sel-sel sihat akibat serangan agen-agen karsinogenik.
Fasa Pertumbuhan-Mengaktifkan gen Sirtuin 1 untuk menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.
Fasa Pertumbuhan Pesat- Mempercepatkan kadar kematian sel-sel kanser.
Kebaikan-kebaikan lain:-
Mengurangkan kerosakan kepada DNA dan sel-sel
Mengurangkan kadar penyakit Alzheimer dan Parkinson
Menyelaraskan paras gula dalam darah, memperbaiki fungsi insulin di kalangan pesakit diabetis
Mengurangkan sekatan pada saluran darah dan pemejalan darah.
Chewable Vita C Shaklee telah mengalami revolusi baru apabila formulasinya ditingkatkan dengan tambahan Bioflavanoid Complex. Kini ia menjadi supplement vitamin C paling lengkap di pasaran. Ia sekarang menggunakan nama baru iaitu Chewable Vita C Plus.
Menariknya Chewable Vita C ini bukan sahaja boleh dinikmati oleh kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas tetapi turut boleh dinikmati oleh orang dewasa yang tidak suka vitamin berbentuk pil yang perlu ditelan dengan air. Mudah sahaja untuk makan Chewable Vita C ni. Hanya perlu hisap atau kemam sahaja di dalam mulut.
Secara asasnya kebaikan Chewable Vita C ini sama dengan Sustained Released Vita C. Apa kebaikannya? Jom kita baca!
Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
Meningkatkan sistem imun tubuh
Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasan
Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
Tabletnya lebih kecil dari SR Vitamin C Shaklee jadi mudah untuk makan atau telan
1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg
Manfaat Vitamin C Sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda
Keistimewaan Chewable Vita C
Rasa Chewabe Vita C tak pahit dan masam macam SR Vitamin C shaklee
Boleh buka sebotol demi sebotol untuk menjaga kesegaran vitamin
Boleh makan ikut pilihan masa sendiri (contoh 3 biji lepas sarapan, 2 biji lepas makan malam)
Boleh kongsi dengan anak-anak berusia empat tahun dan ke atas juga
Vitamin C Mudah Rosak disebabkan:
Mudah musnah oleh pencemaran udara dan air. Perokok yang merokok sekotak rokok sehari membakar 500mg vitamin C dalam tubuh.
Mudah musnah disebabkan stress (tekanan) - fizikal dan mental
Mudah termusnah oleh oksigen. Pendedahan buah-buahan dan sayuran yang telah dipotong dan dibiar terdedah terlalu lama pada udara sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan vitamin C. Selain itu, memasak terlalu lama @ suhu tinggi juga merosakkan vitamin C dalam makanan
Keperluan Vitamin C dalam badan kita:
Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
Menguatkan struktur gigi dan gusi
Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
Membantu dalam proses pemulihan kudis
Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.
KUALA LUMPUR - Berikut ialah inti pati Bajet 2014 bertema 'Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji' yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen hari ini. * Ekonomi domestik diunjur berkembang lebih kukuh antara 5 peratus dan 5.5 peratus. * Kadar pengangguran dianggarkan pada 3.1 peratus manakala kadar inflasi kekal rendah antara 2 peratus dan 3 peratus. * Eksport barangan diunjur berkembang 2.5 peratus berdasarkan permintaan luar yang semakin meningkat manakala bagi bekalan, sektor permintaan dijangka berkembang 9.6 peratus.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang awam supaya mengelak membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual tretinoin, asid azelaik dan merkuri.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Datuk Eisah A.Rahman berkata produk tersebut ialah Aveana Night Revival Cream yang mengandungi tretinoin, Blemished Skin Ampoules (asid azelaik) dan Golden Horse B&W Cream-GH902-1 (merkuri).
Beliau berkata penggunaan tretinoin tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
Zahirah Dzahir.
Part Time Mommy Blogger | Full Time Housewife | Blogger Utara | Blogger Kedah | Mommy Anak 3 termasuk Kembar | Wife Haris Fadilah .
For Collaboration | Advertorial | Review | Event dan sebagainya. Boleh hubungi ieradzahir@gmail.com