GLOW GELENGGANG | Produk Bahan Semulajadi Yang Mampu Mengatasi Masalah Kulit
Kalau kita tengok masalah berkaitan dengan kulit ni, semua peringkat umur akan hadapi masalah yang sama. Dari baby hingga warga emas. Akibat dari salah makan tak pun berpeluh kerana cuaca panas. Ini kerana cuaca panas bercampur peluh boleh menimbulkan ruam akibat alergi, kulit gatal-gatal dan kering. Selain itu, penggunaan sabun yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan keradangan pada kulit, menjadikannya gatal-gatal.
Salah sorang anak kembar Mommy pun, alami masalah yang sama. Kalau main ka..tak pun cuaca panas..peluh berlebihan..leher dia akan naik ruam-ruam gatal. Kesian juga bila jadi macam tu. Leher dia akan pedih dan kemerahan.
GLOW GELENGGANG | Produk Bahan Semulajadi Yang Mampu Mengatasi Masalah Kulit
Dalam dok cari nak guna apa untuk hilangkan ruam gatal tu, Mommy ada jumpa 1 produk yang namanya GLOW GELENGGANG. Bukan lenggang perut tu tapi daun GELENGGANG. Mommy tahu dan pernah dengar tentang daun gelanggang tapi tak tahu pula ada produk yang berasaskan daun gelanggang. Kalau orang lama dulu, daun gelanggang ni digunakan sebagai penawar untuk atasi masalah kulit dan menghilangkan gatal-gatal.
GLOW GELENGGANG
La, tak payah susah nak cari daun gelenggang dah. Dah pun ada produk GLOW GELENGGANG. Sesuai untuk mereka yang ada masalah kulit seperti ruam gatal / alergik, panau, kena gigit nyamuk/serangga, kudis buta, kurap, kayap dan lain-lain penyakit kulit.
Jangan susah hati produk GLOW GELENGGANG menggunakan bahan yang diformulasikan dari 100% bahan semulajadi dan bebas dari bahan kimia yang berbahaya, Bebas Steroid, kerana ia dihasilkan menggunakan bahan organik seperti daun gelenggang ( cassia alata ), minyak argan, susu kambing, habattus sauda, minyak zaitun dan juga menthol.
Apa yang penting, produk tu tak guna bahan yang terlarang, hanya guna bahan semulajadi dan ada sijil hahal dan KKM. Baru kita nak guna pun tanpa was-was.
Sabun dan Minyak Herba GLOW GELENGGANG
Makanya Mommy pun dapatkan 2 produk dari Glow Gelenggang iaitu ORGANIC HERBAL OIL + HABBATUS SAUDA dan ORGANIC HERBAL SOAP . Menarik packing 2 item ni. 1 botol 1 kotak. Sabun dan minyak herba boleh digunakan sekali. Mulanya anda boleh gunakan sabun ketika mandi. Kemudian, picitkan pula dan sapu minyak herba pada tempat gatal. Nak cepat lega, yang penting anda mestillah menggunakannya secara konsisten. kalau sat guna sat tak.memang tak legalah jawabnya.
- Lelaki / Perempuan
- Kanak-kanak
- Orang Dewasa
- Orang Tua
- Wanita Hamil
Harga produk Glow Gelenggang
Dengan harga yang mampu milik, semua boleh dapatkan produk Glow Gelenggang ni. Lagi menarik bila anda boleh dapatkan dengan harga set kombo yang pasti menjimatkan semua. Setiap pembelian akan menerima FREE Gift dari pihak Glow Gelenggang.
Bagi yang berminat nak cuba..boleh dapatkan produk tu sekarang. Moga bermanfaat dan selamat mencuba semua.
Nak more info dan testimoni tentang GLOW GELENGGANG boleh tengok kat laman web