DETOX atau dalam bahasa kita dipanggil NYAHTOKSIN. Apa sebenarnya detox ni ?
Secara normal, hari-hari badan kita akan menyingkirkan toksin melalui peluh, najis dan air kencing. Pembuangan toksin dari badan adalah perlu bagi bagi memastikan tubuh badan kita berfungsi secara normal
Sebenarnya kita boleh melakukan detox pada bila-bila masa. Badan kita
bukan kereta yang perlu ada jadual penyelenggaraan. Cuma yang penting,
bila badan rasa tidak selesa, dan timbul simptom-simptom seperti sakit
kepala, berat badan berlebihan, tidak hadam, keletihan, sukar tidur dan
jerawat - mungkin kita perlukan detox. Pakar nutrisi mencadangkan supaya
seorang individu dewasa melakukan detox menyeluruh sekurang-kurangnya
setahun sekali. Tapi, sebaiknya anda lakukan mengikut keperluan.
Menurut Dr. Juliet Tien, pakar dalam bidang ini - jika anda jarang-jarang melakukan proses detoksifikasi, disarankan anda melakukanny selepas musim perayaan kerana pada masa inilah anda akan mengambil makanan yang berpotensi mentoksikkan badan dalam jangka masa pendek dan panjang. Makanan manis, berlemak, berminyak, makanan tersedia yang mungkin dicemari yis dan parasit banyak dihidangkan di rumah terbuka dan jamuan-jamuan.
Secara normal, hari-hari badan kita akan menyingkirkan toksin melalui peluh, najis dan air kencing. Pembuangan toksin dari badan adalah perlu bagi bagi memastikan tubuh badan kita berfungsi secara normal
Dari mana datang toksin?
Toksin pada badan kita datang samada dari persekitaran atau dari dalam
badan kita sendiri. Ia masuk ke dalam badan melalui macam-macam cara
seperti :
- UDARA : udara yang mengandungi asap, bahan kimia, racun dan bahan cemar lain disedut masuk ke dalam badan
- MAKANAN/ MINUMAN : makanan atau minuman yang tidak bersih atau dimasak mungkin mengandungi sisa racun, bahan kimia dan sebagainya.
- UBATAN : Ubatan sintetik dan vaksin juga boleh menyebabkan toksin bertambah dalam badan.
- RADIASI : pendedahan terhadap sinar x-ray, bahan radioaktif dan gelombang mikro
- MAKANAN TIDAK HADAM : makanan yang tidak hadam dan tinggal akan usus akan mengalami tindakbalas biokimia dan meracuni tubuh anda dari dalam
- DEHIDRASI dan MALNUTRISI : kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan tindakbalas enzim, sistem imun dan saraf yang meracuni sistem manusia
Tanda-tanda anda perlu DETOX
- Masalah penghadaman
- Sembelit
- Sakit kepala
- Jerawat
- Penuaan pra-matang
- Letih
- Berat badan berlebihan
- Insomnia
Cara & Langkah-langkah DETOX
Bagi membersihkan tubuh dari toksin secara semulajadi, dicadangkan supaya kita mengikuti langkah berikut :
- PUASA - rehatkan sistem badan, puasa dapat membantu proses detox
- DETOX hati - rangsang hati anda untuk membuang toksin yang terkumpul dengan cara mengurangkan pengambilan kaffein, alkohol, garam, gula, makanan diproses dan sbagainya. Pengambilan sesetengah herba seperti teh hijau, bawang putih, kunyit, sayuran seperti brokoli dan artichoke, cendawan reishi, milk thistle, dandelion root dan sebagainya
- DETOX Sistem Penghadaman - ambil makanan yang tinggi serat (fiber) seperti sayuran dan buahan segar, gandum, oat, alfalfa, jus limau dan buahan berries.
- DETOX melalui kulit - minum air yang ditapis lebih banyak dari biasa, lakukan senaman secara teratur bagi menggalakkan pengeluaran peluh, nikmati sauna dan mandian wap 2-3 kali seminggu.
- MAKANAN BERKHASIAT - setelah melalui proses detox, kawal pemakanan anda dengam mengambil makanan yang berkhasiat, mengambil makanan tambahan dan vitamin dan menggunakan sistem penapis air yang baik
Detox dengan SHAKLEE!
Shaklee mencadangkan pengambilan beberapa rangkaian produknya untuk
membantu proses detox bagi melancarkan proses membuang toksin dan bahan
buangan. Berikut adalah rangkaian produk untuk anda :
- Alfalfa Complex (Detox seluruh tubuh) : Herba yang kaya dengan pelabagai nutrisi dan digelar 'Raja Segla Tumbuhan'. Membantu proses detox hati, darah dan usus. Beralkali tinggi dan membantu meneutralkan keasidan badan, membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol, membantu merawat masalah penghadaman dan banyak lagi.
- DTX Complex (Detox hati) : Campuran 6 herba yang terkenal dalam kesihatan hati iaitu biji benih milk thistle, kunyit, artichoke, cendawan Reishi, dandelion dan biji benih schizandra chinensis. Membantu mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox hati, melindungi hati dari toksin dan merawat masalah hati
- Garlic (Detox darah) : dibuat dari bawang putih premium yang dirumus bersama ekstrak herba rosemary & spearmint. Membantu meningkatkan sistem penghadaman, mengeluarkan logam berat dari dalam darah, antibiotik semulajadi meningkatkan sistem imun tubuh.
- Herblax (Detox usus) : Gabungan 9 herba semualajadi - daun
alfalfa, daun jati cina (senna), biji adas manis cina (anise seed),
bunga mallow biru (Blue malva), kulit kayu buckthorn, akar likoris,
biiji jintan manis (fennel), akar rhubarb & akar Culver's. Membantu
membersihkan usus dari najis lama yang tertinggal, membantu pergerakan
semulajadi usus & melegakan sembelit
Bila waktu terbaik detox?
Menurut Dr. Juliet Tien, pakar dalam bidang ini - jika anda jarang-jarang melakukan proses detoksifikasi, disarankan anda melakukanny selepas musim perayaan kerana pada masa inilah anda akan mengambil makanan yang berpotensi mentoksikkan badan dalam jangka masa pendek dan panjang. Makanan manis, berlemak, berminyak, makanan tersedia yang mungkin dicemari yis dan parasit banyak dihidangkan di rumah terbuka dan jamuan-jamuan.
Apa itu Gastrik?
Adalah radang yang dihadapi pada dinding perut pesakit. Gastrik yang berterusan boleh membawa kepada risiko kanser colon. Jadi jangan ambil mudah. Rawatlah gastrik.
Punca Gastrik?
Jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) adalah punca utama ulser perut atau gastrik ini.
Bagaimana Boleh Terjadi?
Dalam proses penghadaman satu asid akan dikeluarkan. Asid ini disebut sebagai hidroklorik. Bersifat hakis dan boleh melarutkan besi. Jika asid ini lebih dari mukus atau cecair bikarbonat di dalam perut. Maka akan mencetus rasa sakit yang dipanggil gastrik.
Pesakit gastrik masih boleh mengelak dari terkena serangan. Paling utama, pilihan makanan yang sesuai di makan atau tidak.
Makanan Yang Sesuai Pesakit Gastrik
- Hampir semua sayuran dan buah-buahan selamat dimakan.
- Pilih makanan yang tinggi antioksidan dan flavonoids, seperti 'grape fruit'
- Makanan yang kaya fiber seperti kacang, peas juga baik untuk di makan.
- Nasi, roti, biskut, dan oatmeal.
- Makanan yang tinggi protein, seperti Soya Shaklee juga amat baik.
- Pilihan makanan laut, ayam atau daging juga tak mendatangkan mudarat.
- Guna minyak sayuran seperti 'olive oil' ketika memasak.
Makanan Bahaya Pesakit Gastrik
- Elakkan lada, atau lada hitam/lada sulah.
- Kentang kerana banyak angin.
- Makanan berasaskan susu.
- Gantikan daging merah kepada ayam atau ikan.
- Elak makanan yang berminyak.
- Kurangkan gula dan garam dalam makanan.
- Elakkan kopi, alkohol dan minuman yang ada kaffein.
Mempunyai kandungan protein asli dua kali ganda dari daging. ESP bersifat rendah indek glisemik. Makna ESP adalah makanan yang lambat dicernakan. Bermakna perut sentiasa mempunyai makanan untuk dicernakan. Secara tak langsung, risiko untuk luka atau ulser perut dapat dikurangkan.
Protein Shaklee juga bantu hasilkan sel-sel baru. Bermakna luka di dalam perut dapat disembuhkan dengan lebih cepat.
Boleh tambahkan Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus sebagai pencegahan untuk gastrik. Ostematrix adalah kalsium, Badan pun hilang lenguh dan senang membuang. Peppermint Ginger Plus bertindak keluarkan angin penyebab pedih ulu hati. Baunya segar, juga dalam menghilang loya mual ketika mengandung.
Testimoni ESP Untuk Gastrik:
Assalamualaikum..

“Anak saya alahan!”
Jika si ibu memberitahu hal tersebut, ini bermakna anaknya sedang diserang alahan yang menunjukkan si kecil tidak sihat. Alahan ada banyak jenis cuma ia berbeza daripada segi tahap bahaya dan tanda-tandanya.
Setiap kanak-kanak biasanya mendapat jangkitan penyakit biasa di antara enam hingga lapan kali setahun. Selain daripada demam dan selesema, sakit yang dikategorikan sebagai penyakit biasa termasuk jangkitan telinga, tekak, mata, cirit-birit serta penyakit tangan, kaki dan mulut.
Di samping itu, anak turut terdedah kepada alahan yang mungkin disebabkan jenis makanan, cuaca dan persekitaran. Ia berlaku apabila sistem imunisasi badan menjadi terlalu sensitive kepada satu atau lebih bahan dalam persekitaran yang biasa dan tidak membahayakan.
Tetapi tahukah anda, alahan yang tidak terkawal boleh membunuh! Alahan rumah, pernafasan, makanan, serangga, kulit dan ubat adalah jenis-jenis alahan yang berlaku dalam persekitaran hidupnya. Bagaimanapun alahan ini melibatkan gejala-gejala daripada pendedahan allergen yang ringan seperti hidung dan mata berair, bersin dan gatal-gatal hingga ke tahap yang teruk iaitu sesak nafas, ruam, kejutan anafilaktik iaitu tindak balas alergik yang melampau hingga boleh mengancam nyawa.
Tindak balas kejutan anafilaktik boleh membahayakan nyawa. Ia bermula dalam masa beberapa saat ke minit selepas pendedahan kepada alahan. Tanda-tanda seperti tompokan merah yang timbul di hampir keseluruhan badan, kulit agak hangat apabila disentuh, kesukaran bernafas dan tekanan darah yang menjunam rendah boleh mengakibatkan pernafasan terhenti.
Tanpa rawatan segera, jantung gagal berfungsi sehingga menjurus kepada kematian. Alahan daripada racun mahu pun suntikan ubat-ubatan cenderung menyebabkan anafilaktik berbanding alahan lain. Namun, ia boleh dikawal dengan ubat-ubatan dan rawatan segera daripada doktor.
sumber pa n ma
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu kanak-kanak, orang tua, perokok, mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat dan individu yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik, jantung dan alahan.
Mereka yang terdedah kepada jerebu secara berterusan akan mengalami gejala seperti terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk, sukar untuk bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal serta sakit dada.
Sehubungan itu, anda dinasihatkan supaya mendapat rawatan di klinik berhampiran sekiranya mempunyai gejala berkenaan. Selain itu, anda juga perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa sama ada akhbar, televisyen dan radio untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah pencegahan sewajarnya.
Apapun, keadaan berjerebu sepatutnya tidak menghalang kita untuk kekal aktif untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan bagi mengelakkan pelbagai penyakit. Kita disarankan berjalan 10 ribu langkah sehari atau melakukan aktiviti fizikal sederhana seperti berjalan laju, berkebun atau berbasikal selama 150 minit seminggu.
PAKAI topeng muka jika berada di luar.
Lazimnya, aktiviti fizikal adalah dilakukan di luar rumah, tetapi keadaan berjerebu sekarang menyebabkan kita menyekat aktiviti luar rumah kerana semua kegiatan luar perlu dielakkan jika Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi bacaan 100.
Ini secara tidak langsung boleh mengurangkan aktiviti fizikal kita, namun ada tips bagaimana untuk meningkatkan aktiviti fizikal kita walaupun keadaan berjerebu. Kegiatan fizikal dan sukan dalam bangunan boleh diteruskan seperti melakukannya dalam gimnasium, bermain futsal, skuasy dan badminton.
Anda digalakkan menggunakan tangga berbanding lif di tempat kerja atau di dalam mana-mana bangunan. Mengemas rumah, menari dalam rumah atau berjalan sambil membeli belah juga sesuai dilakukan sebagai senaman ringan.
Jangan lupa minum air yang mencukupi iaitu dua liter sehari dan tidak merokok ketika keadaan berjerebu. Pemasangan penghawa dingin dan alat penapis udara adalah digalakkan. Aktiviti fizikal di luar boleh diteruskan jika IPU kurang daripada 100.
Bagaimanapun, bagi mereka yang menghidap asma atau sedang mengalami batuk selesema dan iritasi kulit disarankan supaya mengelakkan diri dari keluar dari rumah dan bangunan sehingga IPU mencapai kurang dari 50. Diharap tips berkenaan dapat membantu kita untuk kekal aktif dan sihat walaupun dalam keadaan berjerebu.
Selain warga emas dan kanak-kanak, penghidap penyakit kronik juga adalah golongan berisiko untuk mengalami kesan buruk akibat terdedah kepada udara yang berjerebu.
Jerebu mengandungi partikel yang sangat kecil yang boleh membawa bahan toksik yang dapat masuk ke dalam paru-paru dan diserap ke dalam darah.
Penghidap penyakit kronik terutamanya penghidap asma (lelah), penghidap obstruksi pernafasan kronik, penghidap penyakit jantung, diabetes (kencing manis) dan darah tinggi perlu mengelakkan diri daripada keluar dari rumah sehinggalah tahap IPU kurang daripada 100.
Kajian menunjukkan terdapat peningkatan serangan asma, jangkitan pernafasan, pengurangan fungsi peparu, susah bernafas, batuk-batuk dan radang mata semasa keadaan berjerebu. Ada juga bukti yang mengaitkan peningkatan serangan jantung akibat terdedah dengan udara berjerebu.
Oleh itu adalah penting bagi penghidap penyakit kronik yang berkenaan untuk mengelakkan diri daripada terdedah dengan jerebu supaya keadaan kesihatan mereka tidak menjadi lebih teruk. Berikut adalah langkah-langkah berjaga-jaga yang boleh diambil oleh penghidap penyakit kronik:
1. Elakkan diri daripada keluar dari rumah dan bangunan jika IPU lebih daripada 100
2. Jika perlu keluar daripada rumah, sila pakai pelindung pernafasan. Bagaimanapun, penggunaan pelindung pernafasan N95 mungkin boleh menyebabkan ketidakselesaan dan susah bernafas bagi sesetengah penghidap asma dan penyakit kardiovaskular.
3. Minum air kosong yang cukup sekurang-kurangnya dua liter sehari. Keadaan berjerebu yang kering boleh menyebabkan dehidrasi badan. Jangan ambil air manis kerana ini boleh meningkatkan paras gula dalam darah bagi penghidap diabetes.
4. Ambil ubat anda seperti yang disarankan oleh doktor.
5. Lakukan senaman di dalam rumah.
6.Makan makanan yang seimbang. Kurangkan garam, gula dan lemak. Makan mengikut keperluan aktiviti harian anda. Kurangkan makan jika anda kurang beraktiviti.
7. Pastikan anda memberitahu lokasi anda kepada keluarga atau rakan yang boleh dihubungi jika anda mengalami masalah kesihatan di luar rumah.
8. Jangan merokok.
9. Dapatkan rawatan segera jika anda mengalami gejala seperti sukar bernafas, sakit dada, sakit kepala, mual dan muntah.
INFO: KEMENTERIAN KESIHATAN
INFO: KEMENTERIAN KESIHATAN
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..
Jom Like Page Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir