Tips Yang Kita Perlu Tahu Iaitu 6 Cara Elak Mulut Berbau Di Bulan Ramadan
5/14/2019 03:59:00 PTG
Assalamualaikum
Kadang-kadang
menjadi masalah bagi sesetngah orang ni, bila masuk ja bulan puasa mengalami
nafas berbau. Biasalah dah puasa, tak boleh makan minum. Mesti ada yang berbau
juga. Tapi jangan susah hati, tak semua yang ada masalah macam ni. Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan ada berkongsi
tips nak elakkan mulut berbau di bulan puasa ni. Apa tipsnya ..
----------------------------------------------
baca juga ;-
---------------------------------------------------

6 Cara Elak Mulut
Berbau Di Bulan Ramadan
1. Minum air
secukupnya
Antara salah satu
sebab mulut berbau adalah kerana kekeringan pada mukosa dalam mulut akibat
kekurangan air semasa berpuasa. Maka semasa sahur hendaklah minum air kosong
secukupnya, agar badan sentiasa terhidrat dan mulut tidak kering.
2. Elakkan minum
kopi atau teh di waktu sahur
Kopi dan teh adalah
sejenis diuretik, iaitu bahan yang menggalakkan penghasilan air kencing. Jika
kita minum teh dan kopi, makan kita akan hilang banyak air melalui air kencing.
Ia boleh menyebabkan dehidrasi, dan secara tidak langsung menyumbang kepada
mulut berbau.
3. Kurangkan
Bercakap
Kurangkan makan
bawang dan membawang. Bawang putih dan merah adalah antara makanan yang boleh
buat nafas berbau. Manakala, terlalu banyak bercakap(membawang) pula boleh
menyebabkan kelembapan mulut mudah tersejat, lalu menyebabkan mulut menjadi
kering dan berbau.
4. Makan karbohidrat
secukupnya
Ada sesetengah orang
cuba untuk mengurangkan berat badan secara intensif semasa bulan Ramadan.
Mereka berpuasa dan tidak mengambil karbohidrat dan gula, dan ini memaksa tubuh
mendapatkan tenaga secara ketosis. Keadaan ini menghasilkan ketones yang
menyebabkan nafas berbau. Jadi, makanlah juga karbohidrat sikit ya!.
5. Gosok gigi dan
bersihkan lidah
Antara penyumbang
mulut berbau adalah kehadiran bakteria dalam mulut. Oleh itu, jangan lupa gosok
gigi sebelum tidur dan selepas sahur. Gunakan juga floss untuk bersihkan sisa
makanan di celahan gigi dan bersihkan lidah dengan memberusnya. Boleh juga guna
larutan pembersih mulut.
6. Pastikan tiada
masalah mulut dan hidung
Jika semua cara di
atas telah diikhtiar tetapi mulut masih berbau, anda hendaklah berjumpa dengan
doktor. Masalah pada hidung, sinus, gigi, gusi atau tonsil juga boleh
menyebabkan mulut berbau. Biar doktor periksa ya!
Berpesan-pesanlah
pada kebaikan, dan selamat menjalankan ibadah puasa!
Dr. Kamarul Ariffin
Nor Sadan
Medtweetmy (Medical
Tweet Malaysia)