Penyakit Kerosakkan Buah Pinggang Dan Puncanya, Take Care Of Our Own Kidney
1/22/2019 12:19:00 PG
Assalamualaikum..
KIDNEY FAILURE.
Sakit mata memandang, sakit lagi bahu memikul. Kasihan kalau
tengok pesakit buah pinggang. Di tebuk perut untuk *'Peritoneal dialysis'.* Di
operate utk AV Fistula. Menahan sakit di cucuk setiap 2 hari sekali utk mencari
urat darah menyambung ke mesin dialysis. Kurang darah. Susah bernafas akibat
air banyak yang berkumpul dalam badan dan pelbagai komplikasi lain.
Bila tengok orang, tak berapa rasa, tapi kalau berlaku pada
ahli keluarga atau diri sendiri, barulah tahu - *how they suffer.*
Saya tidak mahu itu kesudahan hidup saya. Saya juga tidak
mahu ia berlaku pada keluarga & anda semua. It's really PAINFUL. Jaga diri
kerana jika kita perlu menjalani dialysis setiap 2-3 hari sekali, semua anggota
keluarga akan merasa kesulitannnya.
*Take care of our own kidney.*

Penyakit kerosakan buah pinggang atau kidney failure (punca
arwah pak mertua saya meninggal semalam) sudah menjadi tidak asing lagi utk
rakyat Malaysia. Dulu kita selalu dengar kencing manis, darah tinggi,
kolesterol, lelah dan lain2 lagi. Tetapi sekarang ni penyakit kidney failure boleh
dimasukkan dlm senarai ini.
Malaysia merupakan negara TERTINGGI DI DUNIA yg mempunyai
pesakit buah pinggang akibat kencing manis (Diabetic Nephropathy). Akibatnya
berlumba2lah syarikat2 pengeluar mesin dialisis dan segala barangan disposable
dialysis yg berkaitan utk datang 'melabur' di Malaysia sbb pulangannya amat
lumayan.
Rakyat Malaysia dianggap sebagai 'lubuk' utk pelaburan yg
sangat menguntungkan ini.
Persoalan di sini...
Kenapa org Malaysia, buah pinggangnya sangat terdedah @
'vulnerable' utk dapat sakit buah pinggang?
Saya telah berkecimpung dalam bidang dialisis ini sudah
hampir 8 tahun. Selama 8 tahun saya mencari jawapan utk persoalan ini. Dan
akhirnya saya rasa saya dah dpt jawapan utk soalan ini.
*Jawapannya... PEMAKANAN RAKYAT MALAYSIA.*
Ya... pemakanan kita terlalu bebankan kidney kita dengan
makanan yg terlalu banyak sumber *'ANIMAL PROTEIN'.*
Setiap hari kita makan 3 kali sehari... dan setiap menu
makan kita MESTI ada *AYAM, DAGING, TELUR DAN IKAN.*
Akibat daripada tiga hidangan *'Animal Protein'* setiap hari
menyebabkan kidney kita akhirnya *'malas'* nak kerja kerana bertahun2
dibebankan dengan kerja kuat dan akhirnya telinga ini terpaksa dengar dari
doktor satu ayat yg sangat ditakuti oleh kita semua iaitu... *"buah
pinggang Encik dah rosak dan kena buat rawatan cuci buah pinggang 3 kali
seminggu selama 4 jam setiap kali SEPANJANG HAYAT".*
Hancur remuk hati ini apabila dengar pernyataan mcm ini dari
doktor dan tersenyum lebarlah syarikat2 pembuat mesin dan segala peralatan
dialisis.
Pesakit kencing manis perlu buat 2 perkara utk elak jadi
'bahan pulangan utk pelaburan syarikat asing ini' iaitu:
*1. Kawal kadar gula dalam darah mereka.
*2. Kawal pengambilan protein haiwan.
Cakap memang senang. Tapi bagaimana caranya?
Secara ringkasnya iaitu kawal paras gula dengan:
1. Sarapan dengan bubur talbinah (sejenis bubur barli).
2. Tukar beras putih kepada beras perang.
3. Tukar gula putih kepada 'coconut sugar'. 'Coconut sugar'
DIJAMIN TIDAK AKAN TINGKAT PARAS GULA (Gula Melaka, Gula Anau).
Kurangkan beban kidney dengan:
1. *BERHENTI MAKAN AYAM, DAGING DAN IKAN* (kalau boleh).
Tukar sumber protein anda kepada protein sayuran. Anda dijamin tidak akan
kekurangan protein dlm badan.
2. Jangan sesekali minum air sejuk pagi2 dengan perut kosong
kerana ini terbukti boleh merosakkan kidney.
3. Bekam atau cupping therapy atau Hijama dlm bahasa Arab
(yg majoriti org anggap sebg kolot) di titik2 tertentu di badan boleh kurang
paras *CREATININE.*
*Faktor2 yang merosakkan Buah Pinggang:*
1. Kerap tahan kencing.
2. Kurang minum air.
3. Suka makan makanan masin.
4. Suka minum minuman bergas.
5. Kerap kena jangkitan 'kencing kotor' (urinary track
infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.
6. Kerap makan daging dan seafood (tinggi uric acid)
7. Kerap makan pil tahan sakit.
8. Merokok.
9. Obesiti.
10. Alkohol.
11. Penyakit darah tinggi dan kencing manis yang tidak
terkawal.
*KEBAIKAN MENGAMALKAN SUNNAH RASULULLAH SAW*.
Buah pinggang kita amanah Allah. Jgn jadikan ia sebahagian
dari statistik pesakit buah pinggang kronik.
Mengapa Rasulullah saw menganjurkn umatnya utk tidak minum
sambil berdiri? Dlm perubatan tubuh manusia terdapat penapis yg dipanggil sebg
penyaring Sfringer. Saringan tersebut dpt terbuka ketika kita duduk, dan
tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum blm tentu 100% disteril utk
diolah tubuh. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh
penapis krn tertutup. Air yg tak tersaring terus masuk ke pundi kencing, yg dpt
menyebabkan penyakit buah pinggang.
Subhanallah, setiap perintah & larangan Rasulullah saw
pasti bermanfaat bg umatnya.
Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman
Pengarah Urusan
Primum Medicare Centre
Pusat Dialysis Ibnu Sina
Pilihan untuk menjaga kesihatan diri sendiri terletak di
tangan anda sendiri.
THE CHOICE IS YOURS