Nak Masukkan Anak ke Kelas DLP (Dual Language Programme), Fahami Kemampuan Anak, Pilihan Di Tangan Ibu Bapa

By Zahirah Dzahir - 1/21/2019 12:02:00 PG

Assalamualaikum..

Kalau kita tengok sekarang, banyak dah perubahan dan pembaharuan dalam sistem pendidikan di Negara kita. Banyak pilihan yang Ibu Bapa boleh pilih untuk anak-anak kita agar lebih berjaya dalam pelajaran mereka. Cumanya, kita sebagai Ibu Bapa jangan terlalu memilih sampai anak-anak tak boleh nak ikut apa yang kita nak. Takut nanti kita tersalah pilih anak-anak tak boleh nak ikut, beri masalah pula pada pembelajaran. Ya, tak dinafikan mana-mana Ibu Bapa pun nak yang terbaik untuk anak-anak kita. Tapi setiap pilihan yang kita buat, fikir betul-betul sama ada si anak boleh ikut ke tak. Kalau kita nak berlumba anak siapa yang pandai anak siapa tak, sampai bila pun tak sudah. Kadang-kadang memang nampak mudah tapi yang nak belajarnya si anak bukan kita. Kita perlu fahami kemampuan diri anak-anak kita. Jangan pakai terjah ikut suka apa yang kita nak ja.

Banyak yang terjadi, salah satu contohnya tentang Kelas DLP (Dual Language Programme). Atas kita nak masukkan mereka ke kelas DLP atau pun tak. Yang paling penting kita kena faham  kemampuan anak kita. Jom kit abaca sedikit perkongsian dari fb Cikgu Mohd Fadli

------------- 


Apa itu DLP? DLP ialah singkatan untuk Dual Language Programme. Senang cerita, anak-anak yang ambil kelas DLP akan belajar Sains dan Maths dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Diulang, SEPENUHNYA!

Perkongsian tentang kelas DLP memang sangat dinantikan oleh ibubapa. Ramai yang pm bertanya aku, elok ke tak kelas DLP ni untuk anak-anak mereka.

Begini tuan puan. Kelas DLP (Dual Language Programme) merupakan program yang memberi pilihan kepada murid-murid belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Bermula 2018, kelas DLP hanya dibuka untuk murid tahun 1 dan tingkatan 1 sahaja. Sebelum 2018, kelas DLP dibuka juga untuk tahun 4 dan tingkatan 4.

Jadi, jika anak-anak kalian memang fasih berbahasa Inggeris, di rumah pula sering speaking, sangat sesuai jika masukkan anak dalam kelas DLP. Bahasa Inggeris mereka akan lebih baik dan dapat ditingkatkan bila masuk kelas DLP.

NAMUN...

Ada segelintir ibubapa menyesal memasukkan anak ke kelas DLP. Kenapa mereka menyesal?

Kerana mereka terikut-ikut dengan orang lain. Kerana mereka anggap kelas DLP ialah kelas elit. Kerana mereka nak anak mereka di kelas elit kononnya.

Bila anak mereka masuk, anak mereka tak dapat ikuti dengan baik. Markah Matematik dan Sains merudum teruk. Mereka sangka, belajar Matematik sekadar angka. Sedangkan silibus Matematik bukan sekadar soalan 'one plus two equal three'. Matematik bukan sekadar nombor dan simbol sahaja.

Matematik sangat banyak soalan penyelesaian masalah berbentuk ayat. Alangkan dalam Bahasa Malaysia pun masih ramai murid tidak faham kehendak soalan, inikan pula dalam English dan basic English anak mereka lemah.

Lebih merisaukan ibubapa, sebaik anak masuk kelas DLP, memang tidak dibenarkan menarik diri. Kena habiskan dari darjah 1 hingga darjah 6 dalam kelas DLP juga.

Malah jika berpindah sekolah, wajib mencari sekolah yang menawarkan program DLP juga. Tidak semua sekolah tawarkan program ini.

Jadi, jangan ikut orang. Jangan memaksa anak-anak. Kita sebagai ibubapa kena tahu potensi dan kebolehan anak-anak.

Jika mereka bagus English, boleh pilih kelas DLP kerana pengajaran Matematik dan Sains diajar sepenuhnya dalam English.

Jika tidak, masuk saja kelas biasa. Silibus dan sukatan antara kelas biasa dan DLP 100% sama. Yang beza cuma bahasa pengantar sahaja.

Sila fahami dan hadami elok-elok ya. Hak anda untuk memilih mewakili anak-anak ni. Jadi buatlah pilihan yang terbaik.
 
https://www.facebook.com/xbgsx666/posts/2109771202377797

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1662154993806089&id=100000348124684

kredit fb Cikgu Mohd Fadli

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!