Assalamualaikum..
Jangan pandang remeh
soal anak minum susu. Anda kena ambil tahu info yang terbaik untuk menyusukan
si comel. Jika silap teknik, bayi boleh jadi mangsa tersedak susu.
Ibu muda cukup risau
jika kes ini berlaku pada anak yang ditinggalkan kepada pengasuh. Kali ini MW
kongsikan beberapa tip untuk mengelakkan bayi daripada tersedak susu. Jom,
semak jika sayang anak...
1.
Pilih puting susu
Selalunya ibu mesti
pilih botol yang menarik, tapi sebenarnya anda kena tengok puting dulu ya.
Pastikan lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk
ke dalam mulut bayi. Sebaiknya pilih puting sepadan mengikut usia bayi anda.
2.
Pastikan bayi sendawa
Selepas bayi anda
kenyang menyusu, sendawa kan bayi anda secepat mungkin untuk mengeluarkan
angin. Ini nak elak bayi muntah ketika tidur.
3.
Betulkan posisi bayi
Pastikan kedudukan
kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya waktu menyusu. Botol susu,
mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 sehingga 60 darjah supaya air
susu tidak tersekat pada tekak yang boleh menyebabkan bayi lemas.
4.
Kalau malas, jangan bagi susu
Posisi yang terbaik
bagi ibu yang menyusu badan adalah memangku bayi seperti mana yang disarankan.
Elakkan daripada memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai atau tidur
mengiring.
5.
Susukan dengan betul
Ibu yang menyusu
badan kena memastikan kawasan puting masuk sepenuhnya dalam mulut bayi bagi
mengelakkan si manja anda tersedak susu.
- mingguan wanita-
Pemohonan Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) di Jitra Kedah
10/07/2015 05:25:00 PTG
Assalamualaikum..
Info
ni Saya ambek dari Mukhriz Mahathir FC
Good news untuk
penjawat awam..
Kepada
penjawat awam yang ingin memiliki rumah sendiri.
Pemohonan
Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) yang terletak di Jitra, Kedah telah
dibuka secara online melalui laman web https://www.ppa1m.gov.my .
Admin
dimaklumkan pemohonan ini dibuka sehingga 30 Oktober 2015.
Projek
berkenaan dijangka siap pada tahun 2017
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Masalah
peranakan jatuh boleh dikasifikasikan kepada tiga peringkat bergantung kepada
kedudukan rahim seseorang wanita itu. Tahap yang pertama ialah apabila rahim
turun daripada kedudukan asal tetapi masih berada di dalam lubang faraj. Tahap
kedua pula ialah apabila sebahagian rahim sudah keluar dari lubang faraj.
Manakala tahap ketiga dikenalpasti apabila seluruh rahim berada di luar faraj.

Masalah
ini selalunya dialami oleh wanita yang sudah melahirkan anak terutama mereka yang
bersaiz besar atau melahirkan anak menggunakan forceps ataupun vacuum.
Walau bagaimanapun, adakalanya wanita yang mempunyai anak pun boleh
mengalaminya. Berikut adalah kesan yang dialami wanita apabila peranakan jatuh:
- Gangguan kencing
Ramai
wanita yang mengalami prolapse atau peranakan jatuh akan berhadapan
dengan masalah kencing sama ada sukar untuk kencing atau terlalu kerap kencing.
Akan tetapi yang paling ketara ialah mereka sukar mengawal kencing terutamanya
ketika batuk, bersin ataupun melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan tekanan
dalam perut meningkat seperti ketawa.
- Gangguan hubungan kelamin
Disebabkan
berlakunya kelonggaran pada faraj terutamanya pada otot yang memegang faraj
maka kekuatan mengemut ketika mengadakan hubungan kelamin akan berkurangan
akibat kenikmatan melakukan hubungan seksual akan terganggu.
- Sakit pinggang dan tidak selesa
Peranakan
jatuh akan menyebabkan seseorang wanita itu rasa tidak selesa kerana ada
sesuatu iaitu rahim terkeluar daripada farajnya. Keadaan ini lebih dirasai jika
dia banyak berjalan atau berdiri. Oleh kerana peranakan yang jatuh itu menarik
otot-otot sekitarnya, sering kali urat-urat pada bahagian pinggang juga akan
tertarik lalu menyebabkan penghidapnya sakit pinggang.
- Gangguan kesihatan
Jika
peranakan jatuh yang dialami itu teruk iaitu apabila keseluruhan rahim
terkeluar, selalunya pintu rahim akan bergesel pada seluar dalam lalu
menyebabkan luka. Luka ini biasanya akan dijangkiti kuman yang menyebabkan
keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak.
Sememangnya
proses kehamilan dan kelahiran memang melemahkan dan melonggarkan tisu-tisu
dalam badan khususnya tisu ligament dan otot yang memegang faraj dan rahim. Hal
ini tidak dapat dielakkan tetapi pemulihan boleh dicapai walaupun tidak
seratus-peratus. Yang pentingnya wanita perlulah mengamalkan latihan untuk
menguatkan otot-otot di sekeliling faraj dan lantai punggung. Senaman berkala
sewaktu hamil dan selepas kelahiran sangat penting untuk mencegah peranakan
jatuh.
sumber mingguan wanita
Assalamualaikum..
Jika ditanya pada
pakar tentang penggunaan kereta sorong bayi, pasti mereka tidak bersetuju
dengan penggunaannya. Mengikut kajian, bayi yang sering menggunakan kereta
sorong bayi akan terganggu pertumbuhan mereka.
Hal ini berlaku
kerana ibu bapa yang menolak anak mereka dengan posisi anak menghadap ke
hadapan (tidak menghadap wajah ibu mereka) akan cenderung membuatkan anak
mereka merasa cemas kerana melihat wajah orang lain yang tidak kenali. Ini akan
mengundang ketakutan pada bayi anda.
Namun, tidak
dinafikan pada zaman moden ini, penggunaannya dilihat sebagai satu keperluan
pada ibu bapa bagi memudahkan pergerakan mereka apabila keluar berjalan di
pusat membeli belah dan sebagainya. Ketahui tip memilih kereta sorong yang
bersesuaian dengan bayi anda.
- Cari kereta sorong yang direka khas mengikut umur, ketinggian, dan berat anak anda. Ini kerana bayi yang baru dilahirkan perlu diletakkan secara mendatar (dibaringkan) di dalam kereta sorong kerana ketika usia ini bayi tidak lagi mampu menampung kepala mereka.
- Periksa kereta sorong bayi anda. Pasti kan kereta sorong tersebut mempunyai lima tali pinggang keselamatan iaitu tali bahu, tali pengikat antara kaki, dan tali pinggang yang dihubungkan bersama.
- Pasti kan kereta sorong yang anda beli cukup stabil untuk bayi anda. Elakkan penggunaan kereta sorong yang mudah terbalik apabila ditolak, lebih-lebih lagi apabila anda meletakkan barang-barang bayi di bahagian bawah tempat simpanan kereta sorong.
- Periksa selak kereta sorong dikunci bagi memastikan ia tidak bergerak. Ini kerana kanak-kanak yang ditinggalkan dalam kereta sorong sering kali bergerak-gerak dan dikhuatiri selak kunci itu terbuka dan akan membahayakan anak anda.
- Periksa seluruh bahagian kereta sorong bayi anda. Pastikan semua bahagiannya cukup kukuh dan selamat untuk meletakkan bayi anda serta perlu diingat jangan ada bahagian tajam yang boleh melukakan bayi anda.
- Lebih selesa jika ada tempat tambahan untuk meletakkan makanan, botol susu, payung dan sebagainya. Rajin-rajinlah bertanya pada jurujual jika mereka ada menjual aksesori tambahan ini yang dijual secara berasingan.
- Periksa ukuran semasa kereta sorong anda dilipat. Ini membolehkan anda mudah meramal berapa banyak ruang yang diperlukan untuk menyimpannya. Pasti kan ia mudah dilipat dan dibuka.
- Pilih kereta sorong yang beroda lebih besar jika anda menggunakannya di tempat yang tidak rata berbanding roda kecil.
- Periksa bahagian kanopi kereta sorong anda. Pasti kan kainnya diperbuat daripada fabrik yang nyaman dan mudah untuk dikendalikan.
- Bahagian paling penting dalam mengendalikan kereta sorong bayi anda adalah pastikan brek kaki mahupun tangan kereta sorong tersebut berfungsi dengan baik. Jangan pula kereta sorong anda bergerak dengan sendirinya dan membahayakan nyawa si comel.