Assalamualaikum..
Masalah
peranakan jatuh boleh dikasifikasikan kepada tiga peringkat bergantung kepada
kedudukan rahim seseorang wanita itu. Tahap yang pertama ialah apabila rahim
turun daripada kedudukan asal tetapi masih berada di dalam lubang faraj. Tahap
kedua pula ialah apabila sebahagian rahim sudah keluar dari lubang faraj.
Manakala tahap ketiga dikenalpasti apabila seluruh rahim berada di luar faraj.

Masalah
ini selalunya dialami oleh wanita yang sudah melahirkan anak terutama mereka yang
bersaiz besar atau melahirkan anak menggunakan forceps ataupun vacuum.
Walau bagaimanapun, adakalanya wanita yang mempunyai anak pun boleh
mengalaminya. Berikut adalah kesan yang dialami wanita apabila peranakan jatuh:
- Gangguan kencing
Ramai
wanita yang mengalami prolapse atau peranakan jatuh akan berhadapan
dengan masalah kencing sama ada sukar untuk kencing atau terlalu kerap kencing.
Akan tetapi yang paling ketara ialah mereka sukar mengawal kencing terutamanya
ketika batuk, bersin ataupun melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan tekanan
dalam perut meningkat seperti ketawa.
- Gangguan hubungan kelamin
Disebabkan
berlakunya kelonggaran pada faraj terutamanya pada otot yang memegang faraj
maka kekuatan mengemut ketika mengadakan hubungan kelamin akan berkurangan
akibat kenikmatan melakukan hubungan seksual akan terganggu.
- Sakit pinggang dan tidak selesa
Peranakan
jatuh akan menyebabkan seseorang wanita itu rasa tidak selesa kerana ada
sesuatu iaitu rahim terkeluar daripada farajnya. Keadaan ini lebih dirasai jika
dia banyak berjalan atau berdiri. Oleh kerana peranakan yang jatuh itu menarik
otot-otot sekitarnya, sering kali urat-urat pada bahagian pinggang juga akan
tertarik lalu menyebabkan penghidapnya sakit pinggang.
- Gangguan kesihatan
Jika
peranakan jatuh yang dialami itu teruk iaitu apabila keseluruhan rahim
terkeluar, selalunya pintu rahim akan bergesel pada seluar dalam lalu
menyebabkan luka. Luka ini biasanya akan dijangkiti kuman yang menyebabkan
keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak.
Sememangnya
proses kehamilan dan kelahiran memang melemahkan dan melonggarkan tisu-tisu
dalam badan khususnya tisu ligament dan otot yang memegang faraj dan rahim. Hal
ini tidak dapat dielakkan tetapi pemulihan boleh dicapai walaupun tidak
seratus-peratus. Yang pentingnya wanita perlulah mengamalkan latihan untuk
menguatkan otot-otot di sekeliling faraj dan lantai punggung. Senaman berkala
sewaktu hamil dan selepas kelahiran sangat penting untuk mencegah peranakan
jatuh.
sumber mingguan wanita
0 orang berborak di sini!