Assalamualaikum..
* Maaf ya kalau entry ni ada yang berasa.

Kecoh jadinya apabila
sekeping gambar yang memaparkan sepasang pengantin yang baharu sahaja bernikah
menunaikan solat sunat ‘bersama’ mendapat kritikan hebat daripada pengguna
media sosial tempatan.
Gambar itu
mencetuskan pelbagai reaksi akibat kesalahan yang ditunjukkan adalah amat jelas
di mana posisi atau kedudukan makmum iaitu si pengantin perempuan yang
dikatakan kurang tepat dari segi syarak.
Selain itu potongan
gaun pengantin perempun yang digunakan untuk bersolat juga adalah agak ketat
sehingga memaparkan jelas bentuk tubuh pinggulnya sendiri apatah lagi terbuka
dipandang bukan muhrim.
Memang memakai
telekung bukan benda wajib, namun bagi wanita, pakaian untuk solat mestilah
longgar dan tidak menampakkan secara nyata rupa bentuk tubuh badan demi
mengelakkan bahaya ‘fitnah’ mata.
Bak kata seorang
netizen yang beri komen pedas terhadap gambar itu. “Suami bayar mas
kahwin, lelaki lain yang jamu mata free.. tu namenye belanja,” ulas
seorang pengguna hanya dikenali Wan Mohamad Fadhli.
Bukan niat kami untuk
menjatuhkan maruah individu tersebut, namun perkara seperti ini yang mungkin
pernah berlaku adalah sebenarnya pengajaran bagi dijadikan renungan buat kita
semua bersama agar tidak berulang lagi.
Di dalam kaedah
tatatertib sembahyang, seorang suami yang mengimamkan isteri ketika bersolat
jemaah harus berada di hadapan isteri dan kedudukan isteri pula mesti di
belakang suami, bukannya di tepi suami.
Kedudukan di tepi
imam itu adalah posisi lazim untuk seorang makmum lelaki jika solat dilakukan
secara berdua manakala jika bertiga atau lebih, barisan saf adalah dalam
keadaan lurus melintang panjang di belakang imam.
Seperti mana gambar
kombo ditunjukkan oleh personaliti terkenal, Ustaz Don mengenai kedudukan
sebenar untuk bersolat jemaah bagi pasangan suami isteri berdua sahaja, inilah
rupanya bentuk posisi yang betul.

Saya rasa nak salahkan pengantin pun tak
boleh jugak..Sepatutnya sedara atau org disekeliling yg tegur..bkn tngk n kata
belakang..kot nak kata yg muda ni kurang ilmu agama..patut la ditegur..takkan
tak dak sorang pun, family ka, ahli2 masjid ka kat situ yg tau hukum hakam bab2
camni..takkan pakat pejam mata tngk jaa..klu tak tunjuk muka pun..mesti ada yg
tau sapa pengantin ni..kesiankan, dah jadi viral pun crita ni..semoga dijadikan
iktibar untuk semua..
kredit kedahnews.com
- Mummy Ira -