Assalamualaikum..
saja saya nak share pasai info negeri terchenta saya ni. Ni saya nak cerita pasai Sejarah BOLA SEPAK Kedah. Ni saya ambek dari Zamri Hassan fb group NOSTALGIA KEDAH JAMAN DULU
Lambang Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman
BENTUK
Bujuran 11 segi melambangkan perpaduan tenaga dan kekuatan dari 11 buah daerah di negeri Kedah Darul Aman, 11 juga melambangkan perpaduan tenaga dan kepintaran 11 pemain dalam satu-satu pasukan dalam pertandingan bola sepak.
Rangkaian kuntum bunga "Allamanda" ("Allemanda Cathartica") dan daun-daunnya melambangkan pula warna kemegahan pasukan. Ikatan rumpun bunga ini juga menggambarkan ikatan perpaduan 3 suku bangsa utama dengan melahirkan rupa bangsa Malaysia yang sama dan bersatu.
Lima kelopak bunga melambangkan pegangan kepada prinsip rukun negara.
Latar belakang bola mengenalkan persatuan ini dengan aktiviti yang diperjuangkan atas moto dan cogan kata "Biar Jasa Jadi Kenangan".
Riben yang terhias nama persatuan selain dari menggambarkan keharmonian, gerak-geri sukan juga melambangkan skaf pemakaian para peminat dan penyokong.
WARNA
Warna utama kuning dan hijau melambangkan negeri Kedah Darul Aman sebagai negeri "pertanian dan tanaman utamanya" padi yang "hijau" semasa membesar dan "menguning" semasa dituai.
Ia juga melambangkan warna pasukan.
Putih melambangkan kebersihan dan keikhlasan serta "Perjuangan Sejiwa Murni".
Merah di lingkaran luar melambangkan naungan dan sokongan menyeluruh kerajaan negeri. Ia juga menjadi lambang berani dan cekal hati.
NOTA
Bunga "Allamanda" ("Allemanda Cathartica") merupakan tanaman tempatan yang mudah ditanam untuk menghiaskan taman dan kawasan. Ia mempunyai warna kuning segar dan daun yang menghijau tua. Ia akan dijadikan pakaian pemain dan peminat seluruhnya.
Kuning hijau dan merah juga adalah warna negeri Kedah Darul Aman. Kuning adalah warna di raja rasmi bagi raja memerintah. Hijau menjadi warna rasmi bakal raja manakala merah adalah warna rasmi menteri besar.
sumber facebook
- Mummy Ira -
Assalamualaikum...
Percaya atau tidak. Sebungkus teh o ais & teh ais yang diikat tepi harganya masih 50sen. Ha..murahkan..murah sangat-sangat. Tu yang saya suka beli ayaq minum kat Makcik ni. Orang panggei Mak Pah. Seingat Saya, lama dah Mak Pah ni benega kat situ. Dari dulu sampai sekarang makan & minum still murah. Bukan kedai makan besaq mana pun..just gerai kecil ja sebelah tempat Haziq Muqri ngaji Al Quran. Jalan nak ke Kuala Kedah.
Makcik ni ada juga juai nasi berlauk. Disebabkan makan minum murah, memang ramai yang singgah kat gerai ni. Kalau time balik sekolah ramai budak2 sekolah yang pi beli ayaq kat situ. Bayangkan beli 2 bungkus Teh O Ais baru RM 1.. Milo ais baru RM 1..murah baq hangg ..sekarang bukan senang nak jumpa peniaga yang jual air murah ni..semuanya naik harga.

Teh O Ais sebungkus 50 sen
Teh Ais pun sama sebungkus 50 sen
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Notifikasi Whatsapp. Lelaki awal 30-an itu buka dan lihat. Oh, mesej dari isterinya.
Akhir-akhir ini, hampir setiap hari isterinya hantar gambar-gambarnya. Tak kiralah waktu di pejabat, waktu keluar dari rumah. Ke mana saja dia pergi, pasti isterinya itu akan hantar gambar.
Genaplah dua bulan isterinya berperangai begitu. Lelaki itu rasa, sebagai suami dia patut bertanyakan isterinya. Sebab, dia dah penat delete gambar-gambar yang memenuhi galeri henfonnya.
"Awak dah kenapa sebenarnya?
Setiap hari mesti awak hantar gambar. Lepas hantar gambar, awak suruh saya komen pula. Bila saya tak komen, awak merajuk. Bila saya kata tak lawa, awak merajuk lagi teruk.
Lima tahun kita kahwin, awak tak pernah macam ni. Awak ada masalah ke?"
Isterinya itu diam. Duduk depan suaminya. Kemudian, membalas ringkas,
"Kenapa, abang tak suka ke?"
Suaminya itu mood tak berapa elok. Dijawabnya secara terus,
"Rimaslah. Masa dekat pejabat pun nak hantar gambar. Awak tak payah hantar gambar pun takpe.
Kita dah kahwin, kan? Abang boleh balik tengok sendiri isteri abang ni di rumah.
Ni awak hantar macam-macam pesen gambar. Awak hantar gambar awak mekap tebal, gambar awak lukis kening tebal, mekap gaya Korea. Lepas tu, buat macam-macam gaya rambut. Panjang, pendek, ikal mayang, kerinting, rebonding semua awak buat.
Pakaian, semua awak try dari jeans, t-shirt budak-budak sampailah baju-baju model dalam Instagram tu semua awak nak beli, pakai dan tunjuk dekat saya.
Tu tak sebut lagi jenis tudung yang awak try. Belit tak belit, satin tak satin semua ada.
Kenapa jadi macam ni?
Abang tak ada mengurat sesiapa pun."
Isterinya itu terus menangis. Dengan air mata berlinangan, dia berkata,
"Saya buat semua ini untuk abang. Untuk jaga mata abang.
Bukan saya tak tahu, abang di pejabat abang online Facebook, online Instagram, layan Twitter. Saya nampak status-status abang update. Saya nampak gambar-gambar yang abang like.
Abang memang tak mengurat. Tapi, abang tak jaga mata abang. Abang tengok gambar-gambar wanita gedik di media sosial. Abang cuci mata puas-puas seperti abang seorang bujang.
Jadi, saya belanjakan sebahagian duit gaji saya untuk berhias. Saya tak berhias di luar rumah, saya cuma pakai di dalam rumah. Abang suka tengok wanita pakai ketat-ketat, saya pun boleh pakai. Abang suka tengok wanita-wanita jual tudung, saya pun boleh gayakan tudung sebagaimana mereka. Abang suka yang melukis kening, saya pun boleh. Abang suka yang berkulit putih melepak, saya pun dah consume ubat kecantikan sampai dah jadi putih gebu untuk abang. Abang suka tengok yang berpurdah, saya berpurdah untuk abang.
Saya tak mampu nak suruh semua wanita di media sosial itu berhenti bergedik, berhenti berlumba menayangkan kecantikan masing-masing. Berhenti dari bertabarruj. Berhenti jadi cantik demi populariti dan hurungan mata lelaki.
Saya cuma mampu jaga suami sendiri. Mata suami saya."
Suaminya itu tersentak mendengar jawapan si isteri. Dia terasa hati dan bangun dari tempat duduk, tapi segera diraih tangannya oleh isterinya.
"Maafkan saya.
Cita-cita abang dulu sebelum nikah adalah untuk ke Jannah. Ada isteri solehah. Inilah yang saya cuba lakukan untuk abang. Saya tak dapat jadi isteri solehah bila saya biarkan saja suami sendiri menjamu mata dengan melihat yang haram.
Sedangkan dia ada yang halal. Ada yang sah.
Abang, saya tak mampu sentiasa cantikkan diri untuk abang. Suatu hari, saya akan menjadi wanita tua berusia. Kulit saya akan kusam dan berkedut. Hidung saya akan sedikit jatuh, kelopak mata akan layu.
Maka, lihatlah saya ketika saya masih mampu cantik untuk abang.
Dulu, abang pilih saya sebagai isteri dan abang kata sayalah yang paling cantik di mata abang.
Jika saya yang tercantik di mata abang, buktikan dengan setiakan mata abang pada yang satu ini.
Bila suatu hari nanti saya dah tak lagi terlihat cantik di mata abang, mohon ada sedikit ruang dalam mata hati abang untuk masih menghargai diri ini.
Pada saya seorang wanita, sebagai isteri abang, hanya suaminya sahajalah yang teristimewa di mata.
Tiada lagi lelaki selainnya."
Isterinya itu menitiskan air mata sambil menyalami tangan suaminya. Lelaki itu mulai menyedari silapnya;
Nafsu mata tiada sudahnya. Imanlah jadi tembok tingginya. Isteri solehahlah pengawalnya.
Mata lelaki, walau sudah bernikah, bila selalu dibiarkan, akhirnya kamu para isteri yang akan terbiar dan dibiarkan. Bila tiada siapa mahu menjadi penjaga, maka syaitanlah yang akan mengambil tempatnya.
Bukan hati saja perlu setia.
Mata pun sama.
~ Karya Muhammad Rusydi ~
Sumber facebook

Buah2 ni memang sedap kalau makan saja..tapi kalau buat sambal lagi sedap..boleh bukak selera orang yang tak mau makan nasi. ( rasanya la ). Saya makan la juga pedas tapi tak la pedas sangat. Macam sambal ni, saya buat ikut bersesuaian Saya nak makan.
Sambal yang Saya buat ni guna buah macang..tu pun jiran yang berikan. Rasanya sama ja dengan org lain, bahan2 utk buat sambal ni.
Sambal Buah Macang
Mommy Ira
Mommy Ira
Bahan-bahan :
buah macang - cincang/potong kasar
cabai merah
cabai hijau kecik (jika nak pedas boleh lebihkan)
belacan
gula dan garam secukupnya
Cara membuatnya :
Tumbuk cabai merah, cabai hijau kecik dan belacan aga2 lumat
Masukkan buah macang, tumbuk, iku nak lumat tak pa, tumbuk sikit2 pun tak pa
masukkan garam dan gula ( tapi kalau dah buah tu manis, buu garam pun dah cukup.
Siap..

Kalau ikut kamus buah buahan di panggil sebagai Buah Kuinin..adik beradik geng Buah mempelam dan mangga..
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
- Mummy Ira -