Suka pulak kembar Hazim n hadif nail kereta sorong ni.
Rasanya bukan kembar ja yang suka..mana budak2 pun suka naik kereta sorong ni.
Bukan pi mana pun, pegi buang daun kering ja tapi dah naik naik..biar je la..
Korang kenai dak Ismail Ariffin atau lebih dikenali sebagai
Lepat. Saya tau kisah hidup beliau.. coz lama dulu Lepat ni ada kes pasai hak penjagaan anak .
Nak story pasai kes ni panjang. So..sesapa yang tak tau kisah hidup Lepat..sapa Lepatni.. boleh google na. Tak pun boleh baca di
Cam sekarang kalau nak tau kisah hidup Lepat nun jauh di Jerman tu.. boleh follow
page fb
Ismail Ariffin .. dalam page ni boleh kita tengok aktiviti harian Lepat dan anak2 comel beliau Aminah n Azali. Tak pun boleh juga tengok kat youtube. Banyak aksi2 comel Aminah n Azali yang pandai cakap Melayu.
Yang Saya nak storykan, baru ni Lepatbalik Malaysia..sebabnya nak promosikan buku
hasil karya beliau iaitu ‘Terima Kasih Si Babi Hutan’. Hari sabtu baru ni, Lepat singgah mai
buat promosi kat Menara Alor Setar. Ramai juga yang hadir. Ada juga yang tak
tau n tak sempat nak pi. Saya pun tau last minit.
Cam besa ada la sesi sain autograph, tangkap gambaq n yang
penting beli buku hasil karya beliau. Ada la gambaq sikit2 yang sempat ambek.
K..
Saya pun tak sure sama ada daun salam atau daun bay ni benda yang sama. Ada yang kata tak sama..tapi bila googel kata sama.Tak pa la..saya just tulis daun bay.
Al kisahnya..lama dah dok nak beli daun bay ni..tapi tak beli-beli. Biasa la bila dah jumpa tapi tak beli. Baru ni pi Padang Besar tetiba nampak ada 1 gerai ni joi daun bay . Dah jumpa, tengok terus beli. Kalau tak pakai lupa tu la. Yang Saya beli ni daun bay kering..kaler daun pun koko coklat. Isi dalam botol plasti besaq. Harga pun boleh tahan dalam rm 43.00 . Mahal pun ok la..beli ja psai daun ni tahan lama.
Rasanya ramai kot yang tau daun bay ni banyak orang guna untuk masakan untuk nak bangi wangi. Ada juga yang kata masakan tu akn nampak menarik. Cam baru ni My Mom masak nasi tomato buh daun bay ni. Memang nampak nasi tu kaler pun menarik, bau pun wangi. Tapi..daun bay ni bukan wajib kena buh dalam setiap masakan..ikut kita. kalau nak buh..buh..tak mau pun tak pa. ikut selera n citarasa memasing..k..
beli sebotoi besaq ni RM 43.00
daun bay
masak nasi tomato guna daun bay..tapi tak boleh bau la
Salah 1 pokok yang mesti tanam dirumah ialah pokok pandan. Bukan senang nak beli daun pandan ni. Setakat nak guna selai 2 tak padan nak beli. Baik tanam sendiri. Boleh tanam di tanah, dipasu. Cam My Mom, dia tanam kat kawasan rumah ja. Memang uudah tumbuh, senang nak jaga. Saya ada baca banyak juga kegunaan daun pandan ni. Jom baca
1. Menurunkan darah tinggi Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas sahaja. Minum airnya.
2. Matikan kuman dalam darah Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.
3. Melembutkan Daging Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.
4. Makanan tidak cepat basi Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.
5. Melicinkan kulit Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.
6. Pewangi alami Ikat atau potong daun pandan kecil-kecil kedalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.
7. Pewarna asli Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.
8. Mengecutkan rahim Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.
Rasanya ada sesetengah ibu bapa yang ada masalah ank2 bercakap ni. Ada
yang lambat bercakap..tak mau bercakap..gagap dan sebagainya. Termasuk
la dengan anak anak Saya. Kadang2 kalau sempat Saya dok follow n baca juga blog Ruby Speech Teraphy ni. Memang banyak info tentang permasaalahan ni. Boleh kita belajar dan ajar anak anak kita yang ada masalah speech ni.
Cam tajuk ni Komponen Oral Motor dalam Speech Therapymemang salah 1 info yang bagus. Jom baca Saya share dari blog Ruby Specch Teraphy
Latihan Oral Motor merupakan antara salah satu komponen kecil yang
ada dalam speech therapy. Semasa peringkat penilaian, speech therapist
akan menilai struktur serta pergerakan bibir, lidah, kemahiran meniup,
menghisap, kemahiran makan, mengunyah, kekuatan rahang dan sebagainya.
Contoh masalah ‘lidah pendek’ atau tongue tie.
Terdapat juga kanak-kanak yang mengalami masalah sensori dalam mulut. Ia boleh jadi hypersensitif sehingga sangat memilih makanan dan tidak suka mulutnya digosok. Ia juga boleh jadi hyposensensitif sehingga tidak sedar air liurnya meleleh sentiasa dan suka merangsang mulutnya dengan menggigit atau memasukkan sesuatu ke dalam mulut.
Bagi pesakit strok, ramai antara mereka juga mengalami dysarthria atau masalah lemah pada otot-otot organ pertuturan. Sebab itulah mereka selalu alami masalah untuk bertutur selepas mengalami strok, selain keadaan struktur muka / bibir / lidah yang tidak simetri. Maka sebab itulah, latihan Oral Motor merupakan salah satu komponen penting yang dikuasai oleh mana-mana speech therapist bertauliah.
Ada banyak latihan yang biasa dibuat, berdasarkan hasil penilaian bagi setiap individu. Jika anda biasa berjumpa speech therapist, mungkin anda juga tahu kaedahnya: 1) latihan meniup 2) latihan menghisap straw 3) latihan merapatkan bibir 4) latihan untuk menggerakkan lidah ke atas, kiri dan kanan 5) latihan kekuatan lidah menentang tolakkan 6) rangsangan sejuk @ masam @ tekstur 7) latihan mengunyah 8) latihan kekuatan rahang semasa menggigit
dan seterusnya…..ada banyak lagi.
Namun, adakah semua individu yang mengalami masalah pertuturan, memerlukan latihan Oral Motor?
Pasti ada ibu bapa yang berkata, “Tak pernah buat pun dengan speech therapist…?” Ini kerana, setiap individu adalah berbeza. Mungkin, oral motor bukanlah ditimbangkan sebagai target untuk speech therapy individu tersebut. Malah, ada komponen lain yang jauh lebih penting untuk diutamakan. Contohnya seperti melatih daya tumpuan, kemahiran bermain, daya kefahaman dan memahami giliran.
Setiap therapist biasanya meletakkan beberapa target bagi setiap individu untuk latihan dibuat di rumah. Dari 4 target yang ada, hanya 1 target saja untuk latihan Oral Motor. Selebihnya mungkin ada target-target lain berkaitan dengan linguistik / IQ / interaksi 2 hala / kosa kata dan sebagainya.
Oleh itu, pastikan anda berjumpa dengan speech therapist bertauliah. Therapist yang bertauliah pasti dapat melakukan penilaian menyeluruh, membuat diagnosis dan merancang plan terapi yang bersesuaian.
Memang ada “therapist” tidak bertauliah. Sama saja situasinya seperti mana-mana profesyen lain. Maka berhati-hatilah dan semoga anda bijak memilih siapa therapist anda.
Bagi pihak yang tidak bertauliah tersebut, saya faham niat anda hanya ingin membantu. Mungkin anda boleh tukar sedikit nama profesyen anda. Fikirkan nama lain, selain dari Speech Therapist.
Setiap individu juga berhak memilih siapa pun untuk membantu anda. Saya hanya menjalankan tugas fardhu kifayah saya untuk memberi ingatan. Saya hormat sepenuhnya pilihan anda dan pastinya anda lebih tahu mana yang terbaik untuk orang yang anda kasihi.
Bulan Mei merupakan sambutan Bulan Pendengaran & Pertuturan peringkat antarabangsa. Malaysia juga turut sama terlibat. Semoga rakan-rakan Speech Therapist dan Audiologist terus berkempen untuk meningkatkan kesedaran masyarakat.
Ruby Speech Therapy No Pen: PG 0343312-D sms @ whatsapp 013-3109703 Sungai Petani, Kedah.
Zahirah Dzahir.
Part Time Mommy Blogger | Full Time Housewife | Blogger Utara | Blogger Kedah | Mommy Anak 3 termasuk Kembar | Wife Haris Fadilah .
For Collaboration | Advertorial | Review | Event dan sebagainya. Boleh hubungi ieradzahir@gmail.com