Assalamualaikum..
Namun kini situasi tersebut semakin berkurangan ekoran kebanyakan ibu menyusu sudah semakin berkeyakinan dan bangga untuk menyusukan anak dengan susu ibu walaupun di tempat awam. Apa pun ibu masih tetap menjaga maruah diri tanpa perlu menunjukkan apa yang tidak sepatutnya kepada khalayak walaupun sedang menyusukan bayi.
Dengan pelbagai kemudahan aksesori menyusu yang dicipta khusus untuk ibu tugas menyusukan anak di khalayak menjadi semakin mudah tanpa masalah.
Bagi ibu baharu yang masih kekok, jadikan tip berikut sebagai pembakar semangat untuk anda terus menyusukan susu ibu di mana-mana pada bila-bila masa.
1. Yakin diri
Jangan ragu-ragu untuk melakukan penyusuan depan khalayak ramai.
Fikirkan bahawa kita mahu memberikan yang terbaik kepada bayi kita.
2. Fokus
Kita harus fokus kepada kebaikan semula jadi susu ibu. Perasaan malu dan
tertekan akan memberi kesan kepada kelancaran pengaliran susu ibu.
3. Lokasi
Cari tempat yang tidak terlalu ramai orang untuk melakukan penyusuan. Ketika penyusuan, bayi inginkan suasana yang tenang.
4. Pakaian khusus
Sarungkan pakaian penyusuan dan gunakan poncho atau kain pendakap ketika menyususkan bayi.
5. Bantuan
Jika tidak mempunyai kain atau pakaian penyusuan, suami atau pihak
ketiga boleh menjadi 'dinding' sementara saat penyusuan berjalan. Surau
atau bilik menukar pakaian adalah alternatif tempat penyusuan susu ibu
sekiranya tempat tersebut tidak menyediakan kemudahan bilik menyusu
untuk ibu dan anak.
Pa&Ma