Sambungan pic dari Jalan Jalan Family Day JLKC ALZA ke Gua Kelam, Perlis..Ni pic Haziq..Hazim dan Hadif pulak..tak dan nak snap bbnyk..bateri henset low..akibat dari kembaq main game kat henset..sempat snap yang mana dan jaa..apa pun feeling happy coz anak2 pun happy..
Hari ni hari Ahad..public holiday untuk Kedah pasai harijadi Sultan Kedah. So..ke mana kita..jalan jalan la jawabnya..alkisahnya..hari ni ikut konvoi MAOC..family day JLKC ALZA ke Gua Kelam, Perlis. Actually kena berkumpul awal..dalam pukul 8.00pg..tapi besa la kan..budak2 ni nak bangun pun susah..nak tunggu depa siap lagi..pukul 9:00 baru keluar..
Perjalanan tu sekurangnya 2 jam lebih..biasa la konvoi ramai2 ni..buan boleh bawak laju2..bahaya..ada marshall yang jaga sepanjang konvoi ni..marshall ni geng alza jugak..sampai sana dok kat Jabatan Perhutanan Negeri Perlis...ada tempat rehat..ada toilet..surau n ruang makan..dan yang best tepi sungai.. Ikutkan ada yang bawak makan..tapi lebih kepada buat barbeque..bakaq ayam..sotong. Sedap laaa..
Aktiviti tu pakat bagi anak mandi laa. Seronok tengok anak2 mandi..bukan senang nak bawak depa jalan..ni dah ada peluang bagi mandi puas2..tapi air sejuk tak boleh mandi lama..tak tahan..Kat sebelah dewan ni ada cam sungai..mai dari air terjun la.. tapi kalau nak lagi best kena masuk sampai ke dalam..ni kat luar ja..kalau masuk sampai dalam bukan setakat boleh lawat gua..tapi boleh mandi skali .
Balik pun kat pukul 3 ptg..tak boleh lama2 coz husband keja shif malam..nak masuk Gua Kelam pun tak sempat..maybe len kali..Balik tu letih tapi happy coz anak2 happy..
Adoi laaa..anak anak oii..tak ngantuk lagi kaaa. Rasanya semua budak2 pun sama. Depa semua ni susah nak tidoq. Macam la si kembar saya ni..Hazim n Hadif..cukup susah nak tidoq..kalau boleh main..lagi tu nak main. Kalau sorang dah tidoq..yang lagi sorang akan pi gerak suruh bangun ajak main. So..kalau nak tidoq saya suruh n paksa de 2 orang tidoq.
Kalau tidoq siang..malam lagi susah depa nak tidoq..dah tidoq cas bateri..malam berjaga alamatnya lambat lagi la nak low bateri tu. Kadang2 tak tidoq siang pun ssah nak tidoq malam. Memang kena paksa..bukan tak ngantok..ngantok sangat dah..cer sruh tidoq..tak sampai 10 minit tertidoq dengan sendirinya..
Kita ni yang dok tahan mata..kadang2 ngantok tu sampai ke laut dah..nak tidoq tak boleh..takut depa main benda yang ntah apa2..kacau pulak..apa yang boleh saya buat..tahan ngantok n sabooo je laaaaa...
Menerusi pengguna laman sosial yang
menetap di Kuala Krai, suhu sejuk melanda Pekan Kuala Krai Kelantan sudah dilanda musim suhu
sejuk mulai 17 Januari 2015.
purata dari 17 sehingga 19 darjah
celcius
Menurut penduduk lagi, Kuala
Krai kini sejuk dengan purata dari 17 sehingga 19 darjah
celcius seperti di kawasan peranginan Genting Highland dimana
kabus mula melitupi daerah tersebut.
Seperti sedia maklum, punca
fenomena sejuk terutamanya di Pantai Timur Semenangjung Malaysia berlaku
susulan cuaca sejuk melampau berlaku di Siberia, Rusia. Tiupan udara
bertekanan udara tinggi dari Siberia itu bergerak ke China dan akan
membawa cuaca sejuk memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke
negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia
Hari ni Sabtu..tetap sibuk macam selalu. Ikutkan sekolah cuti boleh la rest..tapi..Haziq ada pemilihan bola baling pulak. Kena hantar dalam pukul 8 pagi balik dalam pukul 10.30 pagi. Yang besynta jalan tak jem. walaupun rumah tak jauh dari sekolah..main ngan kereta banyak ni..kkdang tu jem jugak.
Bila dah mula sekolah ni..bukan ja parent yang busy anak2 pelajar pun sama naik busynya..Mana taknya..mula sekolah ni..bermacamlah aktiviti yang akan ada.. sukan.. kurikulum.. aktiviti dalam sekolah, luar sekolah. Dah Haziq nak masuk aktiviti sekolah ni.. bagi je laaa..bagi aktif sikit dari dok kat rumah tak buat apa. Sekurangnya saya tahu apa yang haziq buat dan aktiviti yang dia masuk tu aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah.. Balik dari sekolah..Haziq bagitau yang dia terpilih masuk sukan bola baling..Alhamdulillah...
Zahirah Dzahir.
Part Time Mommy Blogger | Full Time Housewife | Blogger Utara | Blogger Kedah | Mommy Anak 3 termasuk Kembar | Wife Haris Fadilah .
For Collaboration | Advertorial | Review | Event dan sebagainya. Boleh hubungi ieradzahir@gmail.com