Assalamualaikum..
baru ni saya ada crita tentang mesin neb dan mesin suction ni. Saja kali ni nak crita lagi psai benda alah ni.
Ikutkan saya tak mau beli mesin2 ni..tapi dengan adanya baby kembar ni memaksa saya untuk beli jugak mesin2 ni.
Sebabnya, masa depa baby..kerap jugak depa selsema..dah nama pun kembar..kalau sorang kena, maka berjangkitlah kat sorang lagi..bila dah selsema ni, bukan nak lega dengan cepat. Bila tak lega jadi pulak kahak. Pi ambik ubat kat PMC Alor Setar, under Dr Guna, doktor bayi/kanak2. Mula tu Dr suggest sedut hidung buang hingus, salah satu cara nak hilangkan selsema n senang nak bernafas.Biasa la kadang2 ramai orang..nak kena tunggu turn..
Kadang2 tu sehari 2 3 kali pi sedut..selalunya pi sebelum depa tidoq..dah sedut senang sikit tidoqnya. Lelama tu letih jgak ulang alik..last buat keputusan beli jgan mesin suction ni..tak ingat dah harganya..rasanya dalam rm 500 ++..buat di rumah senang. tapi kena blajar dulu..bukan buleh pakai buat ja..silap buat buleh ganggu percakapan baby..bila kembar dah besar sikit kurang dah guna mesin ni..sebabnya depa dah pandai nak buang hingus sendiri
ni mesin suction..ada nama dia tapi
panggei mesin suction ja..
Kisahnya bila kena pi guna mesin neb ni 3 kali sehari..sekali guna kena gap dalam 6-8 jam..kena ulang alik..kalau budak besar tak pa..ni baby..kekadang tu tengah malam pun kena pi guna mesin neb ni..kesian ganggu masa tidoq depa n kesian gak kat diri sendiri..memalam ngan mengantok gagah jugak pi PMC..
Lepas tu nurse suggest sruh beli mesin neb..buat kat rumah..beli jugak mesin neb ni..bila selsema kalau x lega jgak tapi kena blajar cara nak bubuh ubat yang dibekalkan doktor..tak ingat dah berapa harga mesin ni..bila dah ada senang..boleh usung ja..buat sambei depa tidoq. Sekarang pun kalau doktor sruh guna baru guna tapi tak la kerap cam dulu..Alahamdullilah..
ubat ubat untuk neb ada sukatannya
- Mummy Ira -
Selain Amerika
Syarikat, warga Jepun juga sering merangkul gelaran manusia tertua di dunia
untuk beberapa kali.
Apabila ditanya pada
warga tua di sini, apakah rahsia kesihatan dan awet muda mereka, ramai yang
menjawab sushi dan amalan berjalan kaki.
Rakyat Jepun sangat
mengutamakan kesihatan mereka, terutama sekali berkenaan makanan.
Tidak hairanlah jika
kebanyakan restoran turut menyenaraikan jumlah kalori terkandung dalam setiap
makanan di dalam menu mereka untuk rujukan pelanggan.
Sukar untuk bertemu
rakyat Jepun yang berbadan gemuk, tambahan lagi kaum wanita yang sentiasa
menjaga bentuk badan dan kecantikan mereka.
Tidak seperti di
Malaysia, jumlah pesakit kencing manis, penghidap darah tinggi dan penyakit
lain di Jepun sangat sedikit.
Makanan tanpa perisa
Warga asing yang
baru tiba di negara ini pasti terperanjat dengan makanan dan masakan Jepun yang
kurang atau kadang kala tidak ada langsung rasa manis dan masinnya.
Apatah lagi dengan
makanan laut yang dimakan mentah begitu saja seperti sushi dan sashimi.
Seperti Malaysia,
makanan utama rakyat Jepun adalah nasi, yang biasanya diambil pada setiap
sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
Bagaimanapun, jumlah
nasi dan lauk yang diambil dalam setiap hidangan adalah sedikit, malah tidak
sukar menambah makanan mereka.
Tidak sukar juga
untuk mencari makanan yang tanpa lemak atau kurang lemak di pasar raya dan
kedai serbaguna.
Saban hari, ada saja
keluaran makanan baru yang makin hari makin kurang penggunaan lemak dan gula di
dalam kandungannya untuk membantu rakyatnya menjaga kesihatan mereka.
Harga makanan
organik dan berfiber juga tidak mahal, membolehkan kami sebagai pelajar juga
mampu untuk membelinya.
Jus sayur-sayuran
dan jus buah-buahan yang terdapat dalam puluhan jenis dan rasa, banyak membantu
menambah khasiat dalam makanan harian kami.
Ada juga pepatah
yang bermaksud 'orang Jepun makan menggunakan mata' yang menunjukkan mereka
sangat mengutamakan persembahan dan susunan sesuatu masakan yang dihidangkan.
Ibu pasti menghias
'bento' (bekal) untuk anak mereka dengan pelbagai hiasan untuk menarik minat
terhadap makanan yang berkhasiat.
Bukan saja makanan,
kebanyakan rakyat Jepun juga tidak menggunakan gula atau susu di dalam minuman
mereka.
Teh hijau sudah
menjadi minuman utama yang dihidangkan secara percuma di setiap restoran.
Suka berjalan kaki
Kanak-kanak, remaja
mahupun warga tua, rakyat Jepun memang gemar berjalan kaki setiap hari ke
sekolah, kampus, pejabat atau membeli-belah.
Musim sejuk atau
panas tidak menjadi penghalang untuk berjalan kaki dari rumah ke stesen kereta
api dan dari stesen kereta api ke destinasi.
Saya berasa kagum
apabila melihat nenek dan datuk yang berjalan-jalan setiap petang di kawasan
kediaman walaupun dalam keadaan bongkok tiga.
Mungkin juga
kemudahan awam yang dikhaskan untuk pejalan kaki dan orang kurang upaya
menggalakkan lagi rakyat untuk berjalan kaki.
Sentiasa tepati
waktu
Sikap tidak suka
membazir masa juga mendorong rakyat Jepun sentiasa berjalan laju dan berlari ke
destinasi mereka mahupun ketika bekerja atau belajar.
Kadangkala mereka
menganggap gagal untuk menepati masa ketika temu janji rasmi atau tidak rasmi
adalah satu kegagalan besar yang membuatkan mereka sentiasa bergerak pantas.
Rancangan yang
disiarkan di kaca televisyen juga kebanyakannya berbentuk kuiz dan pengetahuan
walaupun dalam bidang hiburan, pendidikan dan kesihatan.
Tidak hairanlah,
rakyat sangat peka dengan setiap rutin harian dan makanan mereka.
Pada pemerhatian saya,
sifat orang Jepun yang suka berfikir dalam setiap perkara dilakukan turut
menyumbang kepada kesihatan mental dan fizikal mereka.
Sifat suka berfikir
inilah yang mendorong mereka menjadi sebuah negara maju yang terkenal dengan
teknologi dan produk yang tercanggih di dunia.
Bilangan restoran
makanan Jepun dan kemudahan untuk pejalan kaki yang bertambah di negara
Malaysia adalah kemajuan positif bagi saya.
Diharapkan rakyat
Malaysia juga boleh mencontohi gaya hidup sihat rakyat Jepun. Justeru, kita
juga dapat disenaraikan sebagai warga tertua di dunia pada suatu hari nanti.
Oleh Rohaslinda
Ramli
* Penulis pelajar
Kedoktoran Senibina, Universiti Kobe -
Ramai di antara kita menganggap kecantikan wanita Korea atau Jepun
disebabkan solekan dan pembedahan plastik semata-mata. Telahan itu ada
benarnya, namun ada faktor lain juga yang tidak boleh dinafikan.
Meskipun kedua-dua negara terbabit selama ini dikenali dengan kecantikan menerusi pembedahan plastik, tidak semuanya begitu. Ada juga wanita di sana yang menolak pembedahan plastik sebaliknya mereka hanya mengamalkan beberapa pertua kecantikan mudah.
Berikut adalah beberapa amalan masyarakat di sana yang dikatakan membantu mereka mendapatkan kulit wajah yang bersih dan cantik berseri.
• Masyarakat Korea dan Jepun amat mengutamakan kebersihan kulit dan mereka dididik sejak kecil untuk membersihkan wajah dengan sempurna sebelum tidur. Antara amalan yang dipraktikkan ialah membersih muka dengan air suam sebelum diakhiri dengan air sejuk. Teknik ini dikatakan dapat mengetatkan pori pada kulit wajah.
• Penyegar wajah juga sangat penting bagi mereka kerana ia dapat menanggalkan sel kulit mati. Masyarakat terutama wanita di sana sangat berhati-hati dalam memilih penyegar wajah, sebagai contoh wanita Jepun lebih memilih penyegar yang mengandungi etil alkohol, alkohol penyental dan alkohol isopropil. Selain itu, mereka juga jarang menggunakan kapas muka seperti amalan masyarakat di negara kita. Bagi mereka, penggunaan jari dapat membantu penyerapan maksimum.
• Pelembap muka juga rutin kecantikan biasa bagi masyarakat di Korea. Namun mereka hanya mempercayai produk pelembap yang diperbuat daripada minyak sayuran yang dikatakan lebih baik untuk kulit wajah.
Mereka berpendapat minyak mineral seperti jeli petroleum tidak memiliki bahan istimewa yang dapat membantu menjadikan kulit lebih lembut dan cantik.
Bagi memberi kesan lebih sempurna, mereka mengamalkan teknik sapuan sebarang krim bermula dari atas ke bawah sambil mengurut lembut kulit wajah.
• Untuk wajah yang lebih berseri, masyarakat di sana juga mengamalkan urutan dan menggunakan krim penyental muka. Amalan yang dilakukan dua hingga tiga kali seminggu ini dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keanjalan kulit wajah.
• Setiap kali selepas mengurut wajah, wanita di sana juga tidak ketinggalan menggunakan pupur pada wajah. Kebanyakan mereka memilih pupur pencerah untuk mencuci kulit dan pori dengan sempurna atau pupur pelembap yang membantu memberi kelembapan yang diperlukan kulit wajah.
Selebriti Korea tidak kira lelaki atau perempuan akan menggunakan pupur hampir setiap hari sebelum tidur bagi mengembalikan kesegaran wajah selepas berbelas jam mengenakan solekan tebal.
• Masyarakat Korea dan Jepun juga mengamalkan minuman teh hijau yang baik untuk kesihatan. Minuman yang sudah sebati dengan masyarakat dua negara itu dinikmati satu hingga dua kali sehari.
Pengambilan teh hijau yang berterusan turut membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana ia sumber antioksidan yang baik.
• Masyarakat di sana juga mengamalkan pengambilan makanan sihat dengan memperbanyakkan hidangan berasaskan sayuran.
Mereka gemar menikmati hidangan mentah atau separuh mentah seperti sashimi ikan salmon yang kaya dengan vitamin dan asid omega.
Pengambilan makanan berat yang bergoreng atau berlemak sangat jarang dilakukan melainkan meraikan sesuatu acara atau kejayaan tertentu.
• Masyarakat Korea dan Jepun percaya bahawa banyak minum air membantu untuk menyerlahkan keserian kulit mereka. Tidak hairanlah jika mereka mengambil bergelas-gelas air atau teh hijau setiap hari berbanding air manis lain. Ia turut menjadi amalan pelakon wanita terkenal Korea, Song Hye Kyo yang dianggap antara wanita tercantik di Asia.
• Kebanyakan selebriti di Korea juga mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir. Senaman ini juga menjadi amalan kebanyakan wanita di negara berkenaan.
• Wanita Jepun dan Korea juga tidak menggemari solekan. Jika perlu sekali pun, mereka hanya memakai solekan ringkas seperti menggunakan pensil mata untuk membentuk mata lebih besar dan pengilat bibir saja ketika keluar dari rumah. Ini kerana mereka percaya kecantikan bukan bergantung kepada solekan semata-mata, tetapi kesihatan kulit itu sendiri.-myMetro
-----------------------------------------------
Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos

Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan
Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..
Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..
Jom Like Page Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir
Contoh Inverted Nipple (Puting Tenggelam),Flat Nipple (Puting Leper

Adakah anak anda menghisap pada bahagian puting sahaja??Jika ya, ini akan menyebabkan puting luka dan melecet. Sepatutnya, mulut bayi perlu melekap pada areola (bulatan gelap pada payudara) semasa menghisap susu ibu. Justerua itu, para ibu perlu memastikan bayi menyusu susu ibu dengan posisi yang betul dan melekap pada areola dan bukan puting sahaja yang boleh menyebabkan puting luka.
Oleh itu, para ibu yang mempunyai inverted nipple atau flat nipple
tidak perlu risau untuk menyusukan bayi ketika bayi lahir. Ini kerana,
selepas beberapa ketika menyusukan bayi secara terus dengan susu ibu, maka inverted nipple atau flat nipple ini dapat diatasi, malah akan menjadi normal dan InsyaAllah, penusuan susu ibu akan bertambah mudah.
Tips Penyusuan Susu Ibu bagi yang Mempunyai Masalah Inverted Nipple dan Flat Nipple
- Yakin bahawa anda mampu menyusukan bayi dengan susu ibu sejak anda mengandung lagi.
- Sebaik sahaja bersalin, susukan bayi anda dengan susu ibu secara terus dengan cepat. Jangan gunakan puting tiruan atau botol susu.
- Pastikan mulut bayi anda melekap pada areola payudara dan bukan pada puting sahaja yang menyebabkan puting luka dan melecet.
- Jika bayi anda masih tidak mahu menyusu secara terus, pam keluar puting anda menggunakan pam susu dan cepat-cepat suakan payudara pada bayi anda.
- Tabah dan pujuklah bayi anda dengan lembut jika bayi anda mengamuk supaya bayi anda ingin menyusu dengan susu ibu dan jangan cepat mengalah.
- Pastikan anda minum air secukupnya dan makan makanan yang berzat seta mengambil supplement menyusu bagi memastikan susu yang dihasilkan banyak dan berkualiti!
Apa
pun keadaan puting anda, yakin yang ibu2 semua mampu menyusukan bayi
anda dengan susu ibu Saya amat menyokong penyusuan susu ibu kerana susu ibu adalah ibarat
titisan emas buat anak anda! Selamat mencuba..
-kredit blogger shaklee