Jawapan Untuk Pertanyaan ' Bila Bendang Kitchen Cuti/Off Day '
3/19/2015 11:21:00 PTG
Assalamualaikum..
Ada ramai yang tanya Saya bila Bendang Kitchen ni tutup. Ishh..Saya nak bagitau pun tak tau. Ikutkan kena follow FB Bendang Kitchen baru tau. Sebabnya..depa akan bagitau bila cafe tu tutup dan segala info cafe dalam fb tu.
Kebetulan pulak, Bendang Kitchen update status psai hal ni..
Haa..cam tu la bunyi statusnya..Bila masa cafe buka bila masa cafe tutup. Ok..sapa yang tak pi..pi cepat.. k..
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Ramai yang kata kek pisang ni sedap..so Saya jumpa resepi kek ni dalam FB Kerja dari Rumah
Jom cuba buat..
RESEPI KEK PISANG
Bahan – bahan
- 2 cawan tepung gandum (sila guna yg berkualiti, maaf trpksa jujur tp gandum yg cap kunci 1 mlysia tu xelok sngt)
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 cawan gula
- 3 biji pisang masak (warna kuning tu haaa...lenyekkan)
- ½ cawan minyak masak (sue guna minyak jagung lagi gebu sedap dan sihat!hehe)
- 2 biji telur
- esen vanilla
Caranya :
- ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder dan kemudian ketepikan. sementara tu, griskan dulu loyang kek dengan sedikit mentega/ marjerin. dan panaskan oven 180 darjah celcius.
- seterusnya, putar telur + gula sehingga kembang.
- pastu masukkan esen vanilla dan pisang, putar hingga sebati, dan masukkan tepung gandum + soda bikarbonat + baking powder yang telah diayak tadi...
- akhir sekali, barulah masukkan minyak dan pukul hingga sebati...
- tuang ke dalam loyang yang telah digriss td, dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 40 minit ataupun 1 jam. (cucuk la ngan lidi ke ape ke...untuk check masak xkt dalam)
- setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan....lepas tu boleh la nak makannn..

Kadang2 ada juga ibu bapa ni..kalau anak kecik demam atau selsema takut nak guna ubat klinik ni. Ada juga kata tak berapa elok untuk anak2 sebabnya masih kecil. Selain dari ubat klinik ..ada juga yang guna bahan semulajadi untuk rawatan demam/selsema ni.
Jom baca 1 tip yang saya share dari fb..
Tips rawatan demam selsema bagi bayi & kanak2 dengan bahan semulajadi:
Campurkan hirisan lemon, bawang putih & minyak zaitun komersial (mengandungi Vit A, C, E). Ramas campuran hingga mengeluarkan bau yg segar. Gunakan minyak ini untuk mengurut bahagian tapak kaki, belakang badan atau bahagian lain tubuh anak2. Ia bagi merawat/mengurangkan demam selsema yg sgt mudah menjangkiti kita terutama bayi dan kanak2. Usaha ini bolehlah dilakukan di samping memberi ubat-ubatan yg bersesuaian apabila anak2 dijangkiti demam selsema.

Selamat mencuba..
sumber dari facebook
- Mummy Ira -