Assalamualaikum..
Saya ada jumpa 1 resepi yang menarik dalam facebook..resepi BLACK PEPPER SAUCE..kkdg ramai dok tengok n baca pakat dok cari resepi ni..jom kita cuba resepi dari Chef Amer Hamzah
Bahan - bahan :
40 gm mentega
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5 gm bawang Holland
10 gm carrot
10 gm Celerry
1 keping Bay Leaf
1 gm Thyme
1 gm Oregano
1 gm Parsley
15 gm lada hitam biji
20 gm serbuk Stok Perang ~ jenama Knor
20 gm tepung
600 ml air
15 gm gula
5 gm garam
5 gm serbuk secukup rasa
25 ml krim tenusu
*Bawang putih, bawang merah, bawang Holland dikisar halus
*Karot dan celery juga di kisar
*Lada hitam pula ditumbuk atau dikisar kasar
(Bahan-bahan ini dikisar tanpa menggunakan air)
1. Mula-mula panaskan mentega
2. Tambahkan sedikit minyak olive oil
3. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan bawang Holland hingga garing
4. Kemudian masukkan karot dan celery masak lagi hingga garing
5. Selepas itu kita masukkan pula daun bay dan herba kacau perlahan
6. Masukkan pula tepung dan serbuk stok perang dan kacau hingga ia menjadi pes yang pekat dan hitam
7. Masukkan lada hitam dan kacau dengan api perlahan hingga naik bau
8. Tambahkan air dan bahan perasa, didihkan perlahan sambil di kacau hingga kuahnya sedikit pekat
9. Akhir sekali masukkan krim dan kacau rata.
Jom SHARE sama-sama...Selamat Mencuba..
kredit Media Sensasi'
- Mummy Ira -