Assalamualaikum
Untuk mendapat bayi kembar, nasihat doktor diperlukan terlebih dahulu. Ambil vitamin yang mengandungi folic acid, kalsium dan vitamin B6. Dari segi pemakanan, perlu lebihkan makan ubi kayu dan daging.
Faktor-faktor kebarangkalian mendapat anak kembar:
GENETIK
Jika dalam salasilah keluarga korang terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar korang juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan kat korang. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa.
UMUR
Perempuan yang berumur 35-40 dan keatas mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.
BILANGAN ANAK
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.
BERAT dan KETINGGIAN
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Info dari kajian saintifik.
DIET
Seperti yang dibincangkan diatas. Pengambilan makanan-makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.
PENGAMBILAN FERTILITY DRUG
Atau ubat untuk kesuburan. Pengambilan ubat tersebut meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.
sumber google
- Mummy Ira -
Assalamualaikum
kali ni saya nak storikan tentang ank2 saya plak...hmmm...Ye lah, asyik sibuk dengan stori yg lain jer kan, terlupa plak nak kemaskini stori yg lain ..
ok..Baru-baru ni saja jalan-jalan pergi shopping kat Tesco beli barang dapur...Macam biasalah, memang tak sah kalau tak singgah ke kedai makan.....Dengan anak anak ni, kita memang tak boleh nak berkira...Tak baik kedekut dengan budak-budak lebih-lebih lagi kalau bab-bab yang mana kita telah berjanji dengan mereka.Jangan sekali-kali memberi janji kosong kepada mereka...
Ada juga terdengar crita2 yg ada setengah, ibubapa yang selalu memberi janji kosong kepada anak mereka akan menyebabkan si anak itu tidak akan mempercayai ibubapanya dan mereka akan menganggap ibubapa mereka sebagai orang yang tidak bercakap benar. Erti kata lain,,pembohong
Hazim, Hadif, Haziq
Anak-anak sebesar ni memang perlu dijaga perasaannya...Kadang-kadang bila ada masalah mereka diamkan ajer...Inilah yang Saya takutkan...Kita kena selalu dekatinya dan selalu bertanya tentang keadaan dirinya....Barulah Saya sedar betapa susahnya nak jaga hati seorang kanak-kanak...Mereka ni ibarat sebiji benih...Kalau dibaja dan dijaga dengan rapi, buahnya akan menjadi lebat dan ranum...tapi kalau tak dijaga dengan baik, ianya akan menjadi sebaliknya. akan datangkan masalah lain pula di kemudian hari.
- Mommy Ira -
#Throwback - Alhamdulillah..Haziq n Husband Menunaikan Ibadah Umrah
9/04/2013 01:24:00 PTG
Assalamualaikum..
so..kat bawah ni saja saya nak kongsikan sikit pic2 umrah masa Hubby n Haziq kat sana..
kat KLIA..pakai ihram terus ke Mekah
first day kat Mekah
Menara Jam..Zamzam Tower
Gua Hira
jam 3.00 pgi kat Masjid Nabawi..muka ngantok..
ngantok sngt dah x tahan..tidoq dulu tnggu azan subuh..
- Mummy Ira -
Seperti yang kita semua sedia maklum, rezeki anak adalah daripada Allah S.W.T. Selain dari doa yang tak pernah putus agar dikurniakan cahaya mata, pengambilan supplemen juga merupakan salah satu daripada usaha kita untuk meningkatkan tahap kesuburan dan kesihatan kita. Itu yang perlu ye, yang tak perlu atau patut dielakkan pun kena ambil tahu juga. Kali ni, saya akan berkongsi dengan anda antara perkara-perkara yang patut dielakkan atau dikurangkan jika anda sedang mencuba untuk hamil :
Salah satu kajian mendapati pengambilan satu cawan kopi sehari boleh mengurangkan separuh kadar kesuburan.
- KAFEIN
Salah satu kajian mendapati pengambilan satu cawan kopi sehari boleh mengurangkan separuh kadar kesuburan.